Firasat

1.9K 100 13
                                    

"KAKAK LYNNA! ABANG KAIZO!"

Lynna dan Kaizo menoleh kebelakang dan nampak Rizu sedang berlari-lari ke arah mereka dengan sehelai kertas di tangannya. Rizu baru sahaja habis sekolah. Fang tiada bersama dengan dia kerana Fang terpaksa menghadiri mesyuarat sukan sekolah

"Rizu!" Lynna lambai-lambai ke arah Rizu

"Kakak Lynna! Kakak Lynna ada dekat sini!" Rizu peluk Lynna kerana dia terlalu rindu sangat dengan Lynna "Kakak Lynna nak tahu tak, Pizu rindu sangat dengan kakak Lynna" kata Rizu di dalam pelukan Lynna

"Kenapa Rizu rindukan akak pula? Bukan ke kita baru berjumpa hari itu?"

"Tahu tapi Pizu tetap rindukan kakak Lynna" Lalu dia lepaskan pelukan dia. Rizu berikan kertas tadi itu kepada Lynna dan Kaizo "Tengoklah apa yang Pizu lukiskan" Mereka melihat lukisan Rizu "Pizu lukis masa kelas seni tadi" Lukisan tersebut terdapat gambar beberapa orang yang Rizu sayang, Fang, Kaizo, Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Tok Aba, Faye, Lily, ibu Rizu dan juga Lynna

"Cantik lukisan Rizu"

"Terima kasih kakak Lynna!" Rizu duduk disebelah Lynna sambil memesan Ice Blended Chocolate Special "Kakak Lynna buat apa dekat sini?"

"Abang Kaizo suruh akak datang ke sini"

"Sebab abang perlukan pertolongan dari dia" tiba-tiba sahaja Kaizo bersuara "Mana si Pang?"

"Abang Pang kena lempang dengan cikgu dia" terkejut Lynna dan Kaizo "Hehehehe.. Pizu gurau sahaja" terus lega Kaizo. Dia ingatkan betul-betullah tadi "Abang Fang ada mesyuarat dengan cikgu sukan dia, jadi dia lambat sikit. Kejap lagi abang Boboiboy, abang Gopal, kakak Yaya dan kakak Ying akan sampai. Dia orang lambat sebab kena tunggu abang Gopal siapkan latihan matematik dia. Abang Boboiboy suruh Pizu datang ke sini dulu. Pizu tak sabar nak tunjuk lukisan Pizu dekat dia orang. Mesti dia orang suka dengan lukisan Pizu. Cikgu seni Pizu suka dengan lukisan Pizu, dia cakap Pizu ada bakat. Pizu besar nanti nak buat komik tersendiri-" Kaizo rasa bosan pula dengar Rizu cerita begitu panjang sekali. Dia hanya buat-buat dengar sahaja sambil makan cekodok chocolate dia. Lynna pula tekun setia mendengar celoteh Rizu "Lepas tu Pizu kalau boleh nak buat animasi yang terhebat! Pizu takde idea lagi cerita apa untuk animasi tu tapi Pizu berharap sangat animasi Pizu akan menjadi popular. Pizu macam nak masuk kan abang Fang yang suka sangat mengamuk tak tentu pasal. Mesti watak dia jadi popular, betul tak kakak Lynna?"

"Betul betul! tapi Rizu kena belajar pandai-pandai ok! Akak pula nak jadi seorang novelist yang terkenal. Jadi kena berdua kena berusaha untuk mencapai impian kita" Rizu terus peluk tepi badan Lynna

"Terima kash kakak Lynna" Lynna mengusap-usap kepala Rizu "Kakak Lynna baik! Pizu suka kakak Lynna! sebab itu Pizu sayangkan kakak Lynna"

"Abang tak sayang ke?" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Mestilah sayang! Abang Kaizo dan kakak Lynna selalu jaga Pizu masa Pizu sakit. Terima kasih kakak Lynna, terim kasih abang Kaizo!" Lynna dan Kaizo tersenyum melihat Rizu "Kakak Lynna ada dekat sini, bolehlah tolong Pizu siapkan kerja sekolah. Abang Kaizo pun boleh tolong Pizu"

"Hah, sambil buat kerja tu.. atuk bagi chocolate milkshake untuk Rizu. Nanti sudah siap, atuk buatkan waffle special khas untuk Rizu" kata Tok Aba. Muka Rizu bertambah ceria, lalu dia keluarkan buku-buku latihannya "Buat kerja sekolah elok-elok"

"Hehehe.. comel aje tengok budak ni" muncul Ochobot dengan Hot Chocolate Special untuk Kaizo "Oh yea, Lynna datang ke sini untuk apa?" tanya Ochobot sambil berikan itu kepada Kaizo

"Lynna datang ke sini sebab Kaizo minta tolong. Entah siapa pergi letak itik banyak-banyak dekat halaman rumah dia. Kaizo masih lagi kerja adik dia sebab adik dia nakal tapi bagi Lynna bukan Fang yang buat"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now