Alam Mistik Part II

1.7K 105 15
                                    

"RATU LILY!"

"BOBOIBOYYY!" Ratu Lily sangat teruja melihat Boboiboy ada di situ, terus dia mengejar Boboiboy kerana ingin memeluk dia tetapi Boboiboy sudah larikan diri daripada terkena pelukan dari Ratu Lily. Fang duduk bersila dengan rasa bosannya, dia melihat sahaja Ratu Lily mengejar Boboiboy

"Boboiboy! sinilah!" Ratu Lily memanggil dia dengan nada ceria tetapi Boboiboy hanya mengelengkan kepala dan sorok dibelakang Fang "Kenapa tak nak pulak?"

"Hehehehe... saya.. saya..saya.."

"Dia sebenarnya terkena penyakit kulit, jadi dia tidak boleh sentuh sesiapa pun" terus Fang menyampuk untuk selamatkan kawan baik dia "Itu sebab dia lari daripada Ratu Lily"

"Tapi... aku kan roh, kau pun roh juga.. macam mana nak berjangkit.. KAU TIPU AKU YEA!" Boboiboy dan Fang terus takut dengan suara garang Ratu Lily "Selama ini aku duduk di sini sorang sahaja, tiada siapa yang sudi datang untuk melawat aku di sini. Aku berhenti ganggu kamu semua, lebih-lebih lagi si Kapten Kaizo tue. Hari ini aku sangat bahagian kerana cinta hati ku datang ke sini tapi dia tidak sudi untuk menerima aku"

"Aduh, emo lah pula si ratu gila nie" Boboiboy menepuk dahinya

"Aku rasa, aku lebih suka dia jadi jahat daripada baik" bisik Fang kepada Boboiboy

"Kau nak dia pergi rasuk diri kau lagi ke, lepas tue pergi cuba bunuh abang kau lagi"

"Dah tue, kau nak dia ber feeling feeling dengan kau. Mesti kau rasa geli kan kan kan"

"Hmm.. betul juga kata kau" kata Boboiboy sambil melihat Ratu Lily yang masih beremosi di situ "Tapi lebih elok dia jadi baik, aku pun terpaksalah relakan hati ini menjadi mangsa cinta hati dia tue daripada dia mengamuk nak pergi bunuh orang"

"Yelah, kalau dia asyik nak bermanja dengan kau, jangan cari aku" Fang tinggalkan Boboiboy situ. Dia terpaksa mencari jalan untuk keluar dari sini dan kembalikan rohnya ke dalam badannya

"Fang! tunggu!" Boboiboy mengejar Fang, dia pun tidak mahu tinggal di situ bersama dengan Ratu Lily. Dia sendiri takut kalau Ratu Lily itu tiba-tiba nak mengedik dengan diri dia. Fang berjalan begitu cepat sekali, Boboiboy terpaksa mengejar dia supaya Fang tidak hilang dari pandangannya

"Boboiboy! tunggu saya!" Boboiboy menoleh kebelakang, dan nampak Ratu Lily sedang mengikut dia "Janganlah tinggalkan saya keseorangan di sini, bawalah saya sekali" Ratu Lily menangis di situ kerana di tinggalkan oleh kekasih hatinya

Fang berhenti berjalan dan pusing kebelakang "Wei Boboiboy, kau pergi pujuk dia balik"

"Apasal aku pula" Fang tiada masa untuk terangkan kepada kawan baik dia, dia pegang tangan Boboiboy dan lalu mengheret dia ke Ratu Lily "wei wei! janganlah heret aku" Fang pedulik apa, janji Ratu Lily berhenti menangis sebab tangisan dia bunyi macam hantu. Seram sejuk rasanya

"Ratu Lily, Boboiboy nak cakap sesuatu" Boboiboy merenung tajam dekat Fang tetapi Fang buat-buat tidak tahu sahaja "Dia cakap dia sudi menjadi kekasih hati Ratu Lily"

"APA KAU CAKAP!" Terus Fang kena kejar dengan Boboiboy "BILA MASA AKU NAK JADI KEKASIH HATI DIA PULA! KAU NIE MEMANG SAJA NAK KENAKAN AKU" Ratu Lily tergelak kuat di situ kerana dia tidak tahan melihat gelagat mereka berdua "Eh? dia ketawa pula" Boboiboy terus berhenti kejar Fang dan Fang pula, dia terjatuh kerana kakinya terlanggar dengan batu yang tidak begitu besar, sederhana sahaja. Hidung dia terkena lantai dan lalu menjadi merah hidungnya

"Terima kasih kerana kamu berdua berjaya membuat saya ketawa begini untuk pertama kali" Ratu Lily mengelap air matanya "Saya sendiri tidak tahu saya boleh gelak begitu, selama ini saya cuma ketawa kejahatan saya sahaja"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now