Rizu

1.5K 93 4
                                    

"RIZU!" Lynna melompat dan tolak Rizu ketepi, tembakan itu terkena lengan Lynna tapi dia tidak akan mengalah. Hanya sedikit kecederaan sahaja, dia masih lagi boleh berlawan, fikir Lynna

"Kakak Lynna!" Rizu ingin berlari ke arah Lynna tetapi dia telah dihalang oleh Kaizo "Abang Kaizo?"

"Jangan, nanti kau juga akan tercedera. Aku telah diarahkan untuk menjaga kau, jadi aku tidak mahu melihat kau tercedera akibat dalam pertarungan ini" kata Kaizo dengan sifatnya yang begitu tegas "Kau lari dari sini, biar aku dan Lynna uruskan"

"Tapi..." Rizu tidak mahu meninggalkan mereka berdua. Ini semua salah dia, kerana dia lah yang membuat sebuah portal ke dunia lain. Dia yang termakan dengan kata-kata seorang lelaki tua. Lelaki tua itu memujuk Rizu, agar dia dapat lepaskan dirinya daripada gangguan mimpi ngeri di dalam cermin tetapi semuanya hanyalah satu tipuan sahaja. Rizu rasa bersalah, dia ingin menolong mereka berdua, ingin betulkan keadaan tetapi dia tidak mempunyai kuasa seperti Kaizo dan Lynna. Rizu melihat mereka berdua menghalang makhluk-makhluk dari dunia lain masuk ke dalam dunia mereka. Mereka sudah kelihatan letih tetapi semangat perjuangan mereka tetap ada dihati mereka untuk melindungi Pulau Rintis dan juga planet bumi

Bagaimana ini semua boleh berlaku?

-------------------------------------

Rizu melompat-lompat di atas sofa ruang tamu rumah Kaizo dan Fang. Dia terlalu gembira sangat kerana ibu dia membenarkan dia duduk di sini buat sementara. Ibu Rizu terpaksa pergi ke luar negara untuk kerja dia yang terlampau sibuk itu. Rizu telah memujuk ibunya untuk menyuruh Kaizo dan Fang menjaga dia sementara ibu dia pergi. Dia bukannya tidak suka duduk di rumah tapi dia rasa sunyi. Orang gaji dia pun tidak terlalu banyak cakap dengan dia, jadi ibu Rizu benarkan dia duduk di rumah Kaizo dan Fang

"Yeah! Pizu nak tidur dengan abang nanti!" Rizu melompat kegembiraan "Abang Fang! nanti kita tengok movie sama-sama ok! Pizu ada bawa dvd movie!" Fang keluar dari dapur dan membawa segelas cucu dan satu pinggan penuh dengan chocolate chip cookies "YEAHHH! COOKIES!" Rizu terus berhenti melompat

"Rizu makan elok-elok" kata Fang sambil meletakkan gelas dan pinggan itu di atas meja ruang tamu "Abang nak pergi ambik makanan abang dekat dapur"

"OK!" Rizu mengambil satu biskut dan lalu dia makan. Dia membuka television tersebut dan mencari channel kartun sampai lah dia ternampak movie kartun Rugrats the Movie, sambil dia menonton movie itu, sambil itu dia makan. Fang kembali ke ruang tamu dengan popcorn dia berperisa keju "Abang Fang! jom tengok dengan Pizu. Ini kartun kegemaran Pizu juga" Fang duduk bersila di atas lantai rumah bersama dengan Rizu. Mereka berdua duduk bersandar di sebalik sofa

"Rizu berapa hari akan duduk dekat sini?" tanya Fang

"Hmm.. ibu kata mungkin seminggu" muka Rizu sedih tetapi pada yang sama, dia dapat meluangkan masa bersama dengan Fang dan Kaizo "Tapi Pizu tidak terlalu sedih sangat sebab abang Fang dan abang Kaizo akan jaga Pizu. Esok kita nak buat apa? jalan-jalan dekat bandar? atau pergi ke kedai Tok Aba?"

"Abang tak pasti lagi"

"Abang Kaizo mana?"

"Hmm.. abang Kaizo dekat kapal angkasa"

"Oh, Pizu tak pernah pergi ke kapal angkasa abang Kaizo. Nanti bawalah Pizu ke sana, Pizu pun nak tengok juga. Boleh kan abang Fang?"

"Boleh" Fang senyum kepada Rizu "Tapi Rizu jangan takut pula"

"Tak! Pizu tak kan takut! mesti seronok duduk dekat kapal angkasa. Satu hari nanti kita tidur dekat kapal angkasa?" Rizu dengan karenahnya yang suka banyak sangat bercakap dan suka sangat tanyakan bermacam-macam. Tiada siapa yang boleh musnahkan kebahagian Rizu bersama dengan Fang dan Kaizo. Mereka sudah menerima Rizu di dalam kehidupan mereka dan anggap sebagai adik kecil mereka. Rizu juga menganggap mereka sebagai abang sendiri, mereka belum pernah lagi bergaduh dengan Rizu kerana mereka tahu Rizu tidak suka bergaduh. Mereka inginkan Rizu sentiasa ceria tetapi dalam keceriaan itu, mereka risau dengan penyakit Rizu. Setakat ini, belum lagi Rizu diserang oleh penyakitnya

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now