Putera Fang

2.1K 96 7
                                    

Donut Lobak merah!

Tiada siapa nak marah!

Sebab ini dunia ku!

Kebahagian ku!

Fang rasa sangat bahagia berada di taman donut lobak merah. Bunga berbentu donut lobak merah, buah-buah di pokok pun berbentuk donut lobak merah, semua benda yang ada di dalam mimpi Fang, semuanya berbentuk donut lobak merah. Fang berguling-guling di atas rumput hijau. Bau rumput itu seperti bau donut lobak merah. Semuanya rasa sangat bahagia. Dia memejam matanya untuk menikmati saat keindahan mimpi dia. Fang membuka matanya dan ternampak muka garang abang dia

"Abang? APA ABANG BUAT DALAM MIMPI ADIK!"

"KAU TU SEPATUTNYA BANGUN! BUKAN MASIH BERMIMPI LAGI! KAU NAK TERPERANGKAP LAGI DALAM MIMPI KAU KE HAH?!" Fang terus bermuka masam

"Yelah! adik bangunlah" Tapi kalau dia tunggu abang dia hilang, mesti dia boleh sambung balik mimpi indah dia lagi. Fang tergelak sedikit tetapi abang dia terus piat telinga dia

"BANGUN AKU KATA!"

------------------------------------

"ADIK BANGUNLAH NI! JANGANLAH PIAT TELINGA ADIK!" Fang terbangun dari tidurnya "Ganggu betul abang aku ni. Dalam mimpi aku sendiri pun boleh dia nak kacau" Fang turun dari katil dia dan lalu kemas katilnya dengan muka masam dia "Kalaulah satu hari dia tak ganggu hidup aku, kan bagus. Bahagia rasanya tapi abang juga yang buat kehidupan aku ceria sekarang ini"

"Apa yang kau sedang membebel tu?" Kaizo muncul di muka pintu dengan sebuah hadiah besar

"Takde apa abang" Fang pusing kebelakang dan mata dia bersinar-sinar melihat hadiah tersebut "Untuk adik ke?" Fang buat muka comel dia dekat Kaizo

"Bukan, ini untuk Rizu. Kau sudah lupa ke, hari ini hari jadi dia. Bukan ke kau nak buat kejutan birthday party dia hari ini"

"ALAMAKKKK! ADIK LUPA!" Fang dengan terburu-burunya, dia mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air "NANTI ADIK CARI HADIAH UNTUK RIZU, AJAK KAWAN-KAWAN ADIK DAN DIA SEKALI, BELI KEK, MASAK MAKANAN UNTUK PARTY NANTI! NANTI ADIK AKAN URUSKAN!" Menjerit Fang di dalam bilik air tetapi Kaizo sudah pun keluar dari bilik adiknya. Jadi Fang jerit sorang-sorang sahaja tadi

10 minit kemudian...

Fang cepat-cepat pergi ke kedai Tok Aba untuk memesan beberapa jenis makanan chocolate dari situ. Sampai sahaja di sana, dia nampak Gopal dengan muka mengantuk dia "Kau apasal? Tak cukup tidur ke?"

"Ini kau punya pasal!" marah Gopal

"Apasal aku pulak! Aku mana ada cari pasal dengan kau selama 2 minggu ni"

"Dey! Kau tak ingat ke tentang mimpi hantu badut kau tu! Aku tak boleh tidur sebab mimpi ngeri kau tu lah! Asal aku pejam mata sahaja, hantu badut datang nak gigit aku. Seram tahu tak!"

"Ala, mimpi aje.. bukannya betul pun" kata Fang "Atuk! Saya nak pesan cekodok chocolate untuk birthday party Rizu nanti"

"Wah! Baiknya kamu nak buat hari jadi dia. Tengahari nanti kamu ambik cekodok chocolate. Ada apa-apa lagi kau nak pesan?" tanya Tok Aba

"Takde apa kot. Itu sahaja" kata Fang "Saya pergi dulu atuk" Fang terus beredar dan terus ke bandar Pulau Rintis. Gopal pun turut ikut sekali sebab dia rasa bosan duduk sorang-sorang dekat kedai Tok Aba. Boboiboy dan Ochobot pergi hantar barang sekejap sebelum pulang ke kedai Tok Aba. Jadi Gopal ikut sahaja Fang. Mereka berdua berhenti di kedai kek terlebih dahulu untuk membeli Blueberry cheesecake tapi Gopal suruh beli kek chocolate. Mereka berdua bergaduh di dalam kek kedai itu dan akhirnya, Fang beli bluberry cheesecake dan Gopal beli kek chocolate. Jadi sekarang ini, Rizu mendapat dua kek hari jadi. Seterusnya mereka ke kedai party untuk membeli belon dan banner besar. Itu pun dia orang nak bergaduh juga

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now