Musuh

2.1K 115 8
                                    

"TIDAKKKKKKKKKKK!"

Kenapa, bagaimana, dimana, mengapa, why why why! jam kuasa dia boleh hilang. Fang mencari-cari jam kuasa dia yang hilang di sekitar rumah, dari bilik dia ke bilik abang dia sehinggalah ke basement rumah. Dia masih juga tidak jumpa jam kuasa dia. Fang menjadi cemas, dia takut abang dia tahu yang dia telah hilangkan jam kuasanya tetapi macam mana dia boleh hilangkan jam kuasa itu? fikir Fang. Dia mula fikirkan balik, apa yang dia buat semalam. Fang bermundar-mandir di ruang tamu rumahnya untuk berfikir kali terakhir dia buat semalam

"Semalam aku ingat, aku ada latihan tempur dengan abang aku. Lepas tue abang buli aku, dia suruh aku... ALAMAK!" Baru dia teringat, dia tertinggal jam kuasa dia dekat kapal angkasa tapi abang sudah terbang jauh dengan kapal angkasa dia. Kaizo telah mendapat berita kecemasan dan dia perlu pergi dengan segera, dia kata dia pergi tidak lama "Aduh, macam mana aku boleh lupa jam kuasa aku" Fang menepuk dahinya. Dia terpaksa pergi ke sekolah tanpa jam kuasanya dan berharap sangat tiada alien, musuh-musuh abang dia atau Adudu cuba menyerang dia atau kawan dia. Kalau ada musuh yang menyerang, apa yang boleh dia buat, baling batu? lari? sorokan diri? malas aku nak fikir, kata dihati Fang. Dia mengambil beg sekolahnya dan terus ke sekolah

Dia asyik fikirkan tentang jam kuasanya sampai dia tidak sedar bahawa ada lohong hitam di belakangnya. Fang terasa dirinya sedang terapung, dia menoleh kebelakang dan terkejut melihat lohong hitam yang begitu besar daripada sebelum ini. Fang cuba turunkan badannya untuk lari dari sini tetapi sedutan lohong hitam itu terlalu kuat. Siapa yang boleh dia panggil untuk menyelamatkan dirinya, jam kuasa pun sudah tiada. Baru dia teringat, kuasa penembus dia. Mungkin lohong hitam tidak dapat menyedut dia masuk, mungkin sahaja dia dapat tembuskan dirinya daripada lohong hitam tersebut. Fang cepat-cepat menekan logo F di cermin matanya sebelum dia tersedut masuk ke dalam lohong hitam tersebut tetapi dirinya tiba-tiba jatuh dan dia cepat-cepat matikan kuasa penembus dia sebelum dia tertembus ke dalam tanah. Fang terjatuh di atas jalan raya, dia nampak lohong hitam itu sudah hilang

"Pelik aku, kenapa tiba-tiba sahaja hilang?" Fang melihat sekelilingnya, dia takut jika lohong hitam itu muncul balik. Dia perlu lari dari tempat itu sebelum lohong hitam itu muncul balik. Secara tidak langsung, dia terdengar seseorang sedang menyanyikan lagu tidur dia. Fang menjadi panik, dia tidak sempat untuk lari dari tempat itu, dia terus tertidur di situ juga. Seorang lelaki yang sebaya dengan abangnya, tersenyum sinis melihat Fang sudah tertidur di atas jalan raya. Dia mengangkat Fang dan terus membawa dia ke kapal angkasanya

----------------------------------

Mata Fang terbuka secara pelahan-lahan. Dia nampak dirinya berada di dalam sebuah makmal. Makmal ini bukan makmal biasa yang ada di bumi tetapi ini adalah makmal mempunyai teknologi tinggi, ini makmal milik alien. Dia cuba bangunkan dirinya tetapi badannya sudah diikat di sebuah katil besi. Tangan dan kakinya juga turut diikat. Dia cuba lepaskan tangannya tetapi gagal kerana ikatan itu adalah ikatan besi "Siapa yang tangkap aku?" Fang melihat sekelilingnya, matanya agak silau kerana cahaya lampu yang begitu kuat memacar ke arahnya

"Selamat pagi Fang" Fang kenal suara itu dan lalu dia melihat ke tepi dan dia terkejut "KAU! kenapa kau tangkap aku!"

"Hehehehe... bukan aku yang tangkap kau tapi abang aku yang tangkap kau" Selama ini dia tidak sangka bahawa Robin adalah alien juga seperti dia "Kau ingat kau seorang sahaja alien dekat sekolah, aku juga alien, macam kau. Aku juga tahu kesemua rahsia pelajar-pelajar di sekolah kita, rahsia kau juga aku tahu. Berguna juga lagu tidur kau, begitu senang sekali abang aku tangkap kau" Fang terkejut, dia ingatkan tiada siapa tahu tentang rahsia lagu tidur dia, kecuali kawan baik dia

"Jadi! kaulah yang bocorkan rahsia Zakwan" kata Fang yang begitu marah sekali "kau sengaja buat begitu untuk buli aku lagi!"

"Betul tue Pang! abang kau selalu panggil kau Pang.. tak sangka abang aku dapat tangkap kau begitu mudah sekali, rahsia kau cukup berguna" Robin tergelak sinis

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now