Seksaan

2.7K 120 22
                                    

 "Akhirnya! PEPERIKSAAN UPSR SUDAH HABIS!" menjerit Gopal di tengah-tengah kawasan halaman sekolah "BOLEH MAIN GAME LEPAS NI!" melompat-lompat Gopal sambil nyanyi lagu hindustan dekat situ

Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying gelengkan kepala mereka sambil melihat gelagat Gopal di situ menari-nari lagu hindustan. Gopal menari-nari berhampiran mereka dan ajak mereka menari bersama tetapi mereka menolak

"Kau menari sorang-sorang ajelah, Gopal" kata Fang dengan nada bosan dia "Aku balik dulu, entah apa abang aku sudah buat dekat rumah" Fang terus berjalan ke pintu pagar sekolah. Dia nampak Rizu sedang melambai-lambai ke arah Fang

"ABANG FANG!"

"Rizu buat apa dekat sini?" tanya Fang. Rizu hanya tersengih dan pegang tangan Fang. Dia terus mengheret Fang "Eh, kita nak pergi mana?"

"Balik rumah lah!" kata Rizu "Abang Kaizo suruh abang Fang balik rumah dengan segera. Dia hantar Pizu ke sini dan suruh Pizu heret abang Fang balik rumah dan jangan merayap ke mana-mana"

"Hmmm.. dia suruh Rizu heret abang? Dia suruh abang balik rumah cepat sebab apa?"

"Entah" kata Rizu lagi sambil mengheret Fang lagi

"Kak Lynna ada dekat rumah juga ke?"

"Kak Lynna takde, dia pergi bercuti dekat luar negara. Seronoknya kak Lynna dapat pergi bercuti, Pizu pun nak bercuti juga dekat luar negara. Banyak tempat Pizu nak pergi tapi ibu selalu sangat sibuk"

"Ala, nanti ibu Rizu bawaklah Rizu pergi jalan-jalan suatu hari nanti" kata Fang "Abang pun nak juga pergi ke luar negara, mesti seronok! Tapi abang Kaizo tu asyik fikirkan misi misi misi misi misi misi misi dan latihan tempur dia aje" Rizu ketawa sedikit "Rizu lain kali jangan ikut latihan tempur dia macam hari itu tapi kenapa Rizu ikut juga dengan latihan tempur dia hari itu?"

"Sebab Pizu nakal. Pizu gigit tangan kakak Bella" Mereka belok ke lorong kawasan rumah Fang "Kakak Yaya pesan jangan ikut sangat perangai abang Fang sebab abang Fang nakal sangat"

"Hmmm.. memang betul kata dia. Abang nakal macam abang Kaizo juga tapi dia tak tunjuk pun kenakalan dia. Abang Kaizo cuma tegas sahaja tapi abang tetap degil" mereka berdua ketawa sedikit "Tapi Rizu lain kali jangan ikut perangai nakal abang ok. Abang tak nak Rizu jadi macam abang, kalau nak pandai macam abang, takpe. Itu abang terima" Fang belai kepala Rizu sedikit. Mereka sudah sampai di hadapan rumah Fang dan Kaizo. Fang membuka pintu pagar dan lalu masuk ke dalam bersama dengan Rizu. Pintu rumah terbuka dan muncul Kaizo dengan senyuman sinis dia

"Sampai pun kau" kata Kaizo "Peperiksaan kau sudah pun tamat. Jadi, mulai hari ini, kau akan dikenakan latihan tempur selama seminggu!"

"Erkk! Bagi lah adik rehat dulu" Kaizo bagi renungan tajam kepada adiknya sehingga membuatkan rasa berpeluh. Fang menelan ludah dan kedua belah tangannya di pegang oleh abangnya "A-a-a-abang nak buat apa?"

"LAHAP! AMBIK KAMI DI SINI!" Kapal angkasa Kaizo muncul di langit. Entah bagaimana suara garang dia boleh sampai ke angkasa lepas tetapi semuanya hanyalah misteri "Kau ikut aku! jangan nak ingkar kata-kata aku" Rizu dengan senang hatinya, dia pegang jaket biru Kaizo. Dia pun mahu ikut juga naik ke kapal angkasa. Lahap mengambil mereka bertiga dan terus ke kapal angkasa. Lalu mereka semua pergi ke angkasa lepas untuk menjalani latihan tempur

Setelah sampai di kapal angkasa. Kaizo lepaskan kedua tangan adiknya "Isk, orang nak berehat. Boleh pula dia nak bagi latihan tempur" merungut Fang. Dia silangkan tangannya dengan muka masam dia. Rizu telah berlari ke tepi tingkap untuk melihat bintang-bintang di luar tingkap "Mentang-mentanglah adik sudah habis peperiksaan, bolehlah abang nak buli adik sesuka hati. Bulilah adik sampai adik sakit, baru abang tahu!"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now