Culik

2.3K 130 14
                                    

Pembunuhan pertama berlaku di Pulau Rintis. Kaizo berdiri di depan seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang telah dibunuh kejam, Kaizo melihat sahaja mayat perempuan itu, sungguh menyayatkan hati. Mata dia semenjak tadi lagi tidak mengalih pandangan ke tempat lain. Dia tidak tahu macam mana dia boleh mengambil jalan di taman permainan pada waktu malam dan bertembung dengan mayat itu

Kaizo dengan muka serius dia, dia tidak langsung kelihatan begitu takut atau cemas. Dia hanya berdiri di situ seperti sepohon kayu yang tidak bergerak-gerak. Dia terdengar bunyi siren kereta polis sedang menuju ke arah Kaizo tetapi dia masih lagi tidak lari dari tempat kejadian. Dia hanya berdiri di situ dengan perasaan simpati terhadap pelajar perempuan itu. Kaizo telah menjadi saksi pertama yang menemui mayat pelajar perempuan itu

Kaizo telah dibawa ke balai polis untuk memberikan keterangan lanjut. Fang yang berada di rumah, dia berasa sungguh risau sekali dengan abang dia. Dia mundar mandir di ruang tamu sambil menunggu kepulangan abang dia dari balai polis. Pintu rumah dia terbuka dan dapati abang dia sudah balik. Fang berlari ke arah abang dia dengan penuh kerisauan dia

"Abang!" Fang peluk abang dia yang masih lagi di muka pintu. Kaizo membalas pelukan adiknya. Fang menangis di situ kerana dia takut abang dia dituduh sebagai pembunuh

"Adik jangan risau, abang ok sahaja" kata Kaizo yang cuba tenangkan adiknya

"Lain kali jangan buat adik risau sangat. Kalau abang yang kena bunuh tadi, macam mana. Nanti adik sorang-sorang dekat bumi nie" Kaizo membelai rambut adiknya dan lalu dia menutup pintu rumah. Fang lepaskan pelukan abang dia dan terus membawa abang dia duduk di sofa "Apa polis kata tadi?"

"Polis tidak berkata apa pun, abang beritahu sahaja yang abang jumpa mayat tue" kata Kaizo "Hari sudah lewat, adik pergi masuk tidur"

"Adik nak tidur dengan abang malam nie boleh?" tanya Fang yang masih lagi dalam keadaan risau. Kaizo hanya tersenyum sahaja melihat adiknya, dia peluk adiknya agar dia tidak perlu bimbang dengan diri dia

"Boleh adik"

Malam itu Fang tidur di dalam bilik abangnya tetapi dia tidak boleh tidur dengan begitu tenang kerana dia mengalami mimpi buruk. Kaizo terjaga dari tidurnya dan nampaknya adiknya bergerak-gerak seperti dia dikejar oleh sesuatu atau seperti ada sesuatu sedang ingin membunuh dia

"Pang! bangun!" Kaizo cuba bangunkan adiknya "Pang! kenapa nie?" Kaizo nampak pernafasan adiknya tidak begitu sempurna sekali, pernafasan dia turun naik turun naik. Kaizo cemas melihat adiknya "PANG! BANGUN!"

"Ja-jangan... ja-jangan..." Fang bercakap dengan di dalam tidurnya

"Pang! PANGGGG!" Kaizo cuba kejutkan adiknya bangun tetapi gagal "PANGGG!" Terus Fang terbangun dengan pernafasan dia yang laju "Pang? kenapa? apa yang adik mimpi kan?"

"Adik.. adik mimpi buruk"

"mimpi buruk?" Selalunya kalau Fang mimpi buruk, mesti ada sesuatu yang tidak diingini akan berlaku "cerita dekat abang, apa yang kau mimpi tadi"

"Masalahnya, kali ini adik tak ingat apa yang adik mimpi" kata Fang

"Hmm... mungkin mainan mimpi sahaja"

"Entahlah abang"

"Adik pergi tidur balik" lalu Fang menutup mata dia balik tetapi kali ini dia dapat tidur dengan lena. Tiada mimpi buruk yang melanda lagi. Kaizo tidak tahu samada dia perlu risau atau tidak, dia tidak perlu risaukan sekarang. Dia ingin tidur balik dan risaukan tentang mimpi buruk adiknya pagi nanti sahaja

----------------------------------------

"Fang, abang kau ok tak semalam?"

"Fang, abang kau tahu tak siapa yang bunuh budak perempuan tue?"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now