Pendam

2.6K 144 7
                                    

"ACHUMMMMM!"

Kaizo mencari-cari kotak tisu di dalam biliknya. Baru dia teringat, tisu di dalam bilik tidurnya sudah habis. Lalu Kaizo turun ke bawah untuk mengambil kotak tisu yang baru. Setelah sampai sahaja di dapur, dia mencari-cari lagi kotak tisu tersebut. Adik dia selalu simpan kotak tisu di dalam kabinet dapur tapi dia telah membuka kesemua kabinet dapur dan tiada satu pun kotak tisu yang dijumpai olehnya. Adiknya pula tiada di rumah, dia berada di kedai Tok Aba sekarang ini, sedang mengulangkaji bersama kawan-kawannya

"ACHUUUMMM!" Selesema dia begitu teruk sekali. Ini pertama kali dia mendapat selesema, sebelum ini dia hanya demam sahaja, itu pun jarang juga dia demam. Kaizo memang seorang yang jarang sakit, setiap hari badan dia sihat dan bertenaga. Kaizo terpaksa keluar untuk pergi ke kedai Tok Aba, dia ingin menyuruh adiknya pergi beli kotak tisu. Dia sebenarnya malas hendak ke bandar kerana terlampau jauh dari rumah dan dia tidak larat untuk berjalan jauh pada hari ini. Sebelum dia keluar rumah, dia sempat memberikan Shadow makanan

"Pang makan sampai habis, kalau nak buat sepah lepas tue, sepahkan bilik adik aku" kata Kaizo sambil mengusap-gusap kepala Shadow. Kaizo tinggalkan Shadow dengan makanannya di dapur dan dia terus keluar dari rumah. Angin di luar begitu kencang sekali, semua daun-daun di atas pokok berterbangan di halaman rumah dia. Kaizo hiraukan sahaja, dia pasti adik dia akan sapu nanti kesemua daun-daun itu

"ACHUMMMMM!" Dia bersilang tangan dan masukkan kedua belah tangannya ke dalam jaket birunya dan terus sahaja ke kedai Tok Aba

---------------------------------------------------------

"Tok Aba! Ice Chocolate Blended Special satu!" kata Gopal yang baru sahaja selesai menyiapkan kerja sekolahnya. Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying tengah mengulangkaji mata pelajaran. Dia tidak kisah jika Gopal membuat bising tetapi jangan ganggu mereka mengulangkaji

"Hah Gopal, kau dah habis buat kerja sekolah. Apa kata kau ulangkaji pula" kata Tok Aba sambil membuat permintaan dari Gopal tadi

"Saya baru nak berehat Tok Aba, bagilah saya rehat sebentar"

"Rehat apanya, kejap lagi mesti kau terlelap dekat sini juga macam semalam" Ochobot mengingatkan balik Gopal tentang kejadian semalam. Selepas sahaja Gopal habis membuat kerja sekolahnya, dia akan menunggu rakan-rakannya habis mengulangkaji sampai dia tertidur di kedai Tok Aba. Fang sangat geram dengan dia semalam kerana bunyi berdengkur Gopal begitu kuat sekali, sampai hilang fokus dibuatnya. Fang menggunakan kuasa bayangnya dan lalu mengikat Gopal di pokok. Gopal tidak sedar yang dia berada di atas pokok, dia terlampau nyenyak sangat. Masa mereka semua hendak pulang ke rumah, barulah Boboiboy kejutkan dia. Menjerit-jerit Gopal di pokok, sehinggalah Fang lepaskan Gopal dari ikatan tersebut

"Janganlah ingatkan aku tentang semalam Ochobot" Fang ketawa kecil, dia tidak mahu Gopal terdengar gelakan dia. Dia rasa sungguh bahagia sekali dapat kenakan Gopal. Dia sambung balik ulangkaji

"Itulah kau, siapa suruh tertidur semalam, kan dah kena dengan Fang" kata Ochobot

"Kau tak tahu ke Ochobot, Fang tue suka sangat kenakan aku. Cubalah dia kenakan si Boboiboy, asyik-asyik aku, asyik-asyik aku. Kalau orang kenakan dia, mesti kena belasah dengan harimau bayang dia. Ingat dia tue hebat sangatlah" Terus dia kena ikat lagi sekali di pokok oleh Fang

"Kau cakap pasal aku yea, kau duduk situ sampai esok" kata Fang

"Janganlah ikat aku dekat pokok lagi! turunkan lah aku!" menjerit-jerit Gopal di atas pokok

"Sudahlah tue Fang, kau turunkan ajelah Gopal tue" kata Yaya "Lagipun kita orangkan tengah ulangkaji, nanti dia ganggu kita lagi dengan jeritan dia tue"

"Yolah, baik kau turunkan sahaja dia maaa... aku pun tak larat nak dengar dia menjerit-jerit dekat pokok macam orang gila"

"Yelah, yelah" Lalu Fang menurunkan Gopal "Selamatlah kau Gopal. Kau cakap pasal aku lagi, jaga kau Gopal"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now