Sepupu

1.5K 97 5
                                    

"Selamat Pagi OCHOBOT!" Faye yang baru sahaja tiba di bumi, terus ke kedai Tok Aba kerana Fang tiada di rumah. Sesi persekolahan pertengahan tahun sudah pun bermula dan dia di paksa oleh Kaizo untuk menunggu Fang pulang dari sekolah di kedai Tok Aba sahaja kerana Kaizo ingin sepahkan rumah

"Selamat Pagi.. eh! FAYE! sudah lama Faye tidak datang ke sini"

"Ha ah, kamu nampak semakin comel lah, Ochobot" Faye mengusap-usap robot bulat kuning itu

"Errr.. saya mana ada semakin comel, saya sentiasa nampak macam ni. Alangkah indahnya kalau aku seorang manusia atau alien seperti kamu, sudah tentu aku bertambah comel, lagi comel daripada Rizu" Ochobot pura-pura menangis di depan Faye

"Kasihan kamu tapi siapa Rizu?"

"Rizu tu adik kesayangan Fang" kata Ochobot sambil buat Ice Blended Chocolate Special untuk Faye "Faye belum pernah jumpa dia lagi kan" Faye hanya mengelengkan kepalanya "Rizu selalunya ada dengan Fang, tak kira lah masa bila pun. Tak tahulah kalau Rizu ikut Fang datang ke sini selepas sekolah nanti"

"Oh, tapi... BILA MASA FANG ADA ADIK?! aunty Keiko ada anak rahsia yang tak beritahu keluarga dia ke tentang kewujudan anak ketiga dia? Kalau atuk dan nenek tahu, mesti mereka terkejut nanti. Nak kena beritahu mereka ni" Faye baru sahaja nak hantar mesej kepada atuk dan nenek mereka tetapi dia dihalang oleh Ochobot

"Adik angkat sahaja.. bukan adik betul pun"

"Oh! begitu rupanya. Jadi si Fang tu ambik adik angkat sebab abang dia selalu buli dia ke atau nak merasa diri dia jadi seorang abang atau nak buli adik angkat dia sendiri?" Faye tersenyum sambil bayangkan bagaimana Fang buli adik angkat dia sendiri. Mesti lagi teruk daripada abang dia si Kaizo. Faye tergelak sedikit

"Isk, mana ada Fang buli Rizu. Fang dan Rizu tu sudah macam adik beradik, atuk selalu nampak dia orang duduk lepak dekat sini" muncul Tok Aba dengan ice cream chocolate dan lalu dia berikan kepada Faye

"Terima kasih, atuk" Faye makan ice cream tersebut "Baguslah dia tak buli Rizu"

"Bagus memang bagus.. tapi si Fang dengan abang dia tu, memang selalu tak puas hati dengan aku" muncul Lily dengan satu kotak penuh dengan kerepek pisang "Hai Ochobot!"

"Eh, bukan kau sudah pulang ke? kau tak pergi sekolah ke hari ini?" tanya Ochobot

"Ponteng sekolah lah tu" Tok Aba gelengkan kepalanya "Apa nak jadi dengan kau Lily, boleh juga kau nak ponteng sekolah. Ini mesti nak tengok cucu atuk ni, tak puas lagi ke kau nak cubit pipi Boboiboy tu?"

"Siapa ni atuk?" tanya Faye sambil melihat muka Lily yang begitu ceria "Boboiboy punya buah hati ke?"

"Ha ah! SAYA ADALAH PEMINAT NO.1 BOBOIBOY! DAN BAKAL MENJADI- ADOI!" Ochobot ketuk kepala Lily dengan periuk "Apasal kau ketuk kepala aku? apakah salah aku sampai kena ketuk dengan periuk?"

"Hehehehe... saja nak ketuk kepala kau, supaya kau sedar" Ochobot terus simpan balik periuk itu

"Lily, sudah-sudahlah tu dengan berangan kau. Nak jadi peminat cucu, atuk. Sopan santunlah tapi jangan nak mengaku kau tu buah hati dia pulak. Dia tu baru darjah 6, kau tu tua sedikit daripada dia" terus Lily rasa malu dengan Tok Aba "Kerepek pisang ni semua, Lily nak buat apa? nak suruh atuk jualkan ke?"

"Takde, Lily nak bagi dekat Rizu. Dia suruh Lily bawak kan untuk dia. Jadi Lily mengambil kesempatan ini, untuk menghantar kerepek pisang ini terus untuk Rizu dan boleh juga melihat idola ku si pipi tembam" Lily terus berangan dia dan Boboiboy pergi berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis. Mesti Boboiboy adalah perfect gentleman untuk dia, fikir Lily. Faye hanya melihat Lily dengan perangai pelik dia

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now