Nama aku Fang!

2.2K 109 12
                                    

"Biskut no 32" Fang merasa biskut yang telah dibuat olehnya. Rasanya ok, tidaklah sesedap biskut no 31, fikir Fang "Biskut no 32, hazelnut campur dengan lobak merah, tak sedap" dia terus buang di dalam tong sampah. Fang rasa sangat bosan kerana dia tiada benda hendak dibuat di rumah. Takpe, minggu depan dia sudah boleh pergi ke sekolah, fikir Fang. Dia tidak sangka dia digantung sekolah selama seminggu, padahal itu bukan kehendak dia nak bawa parang ke sekolah atau nak pergi bunuh abang dia sendiri. Fang cuba untuk ingatkan balik siapa yang tangkap dia hari itu, dia seperti ingat ingat lupa. Suara orang itu seperti seseorang yang dia kenal, tapi siapa? Dia dapat rasakan abang dia dan juga kawan-kawan dia tahu siapa musuh baru mereka tetapi mereka tidak beritahu dia sahaja. Kenapa? fikir Fang

"Mesti dia orang nak bagi aku tenang.. tak nak bagi aku mengamuk.. bla bla bla" kata Fang dengan nada sindiran dia

"Biskut no 33, biskut chocolate oatmeal" ini sahajalah kerja dia dalam masa satu hari, membuat biskut dengan semua bahan yang ada dekat rumah. Buku-buku latihan dia sudah habis dibuat, ulangkaji pun semua dia sudah habis buat. Kalau boleh, nak sangat keluar dari rumah tersebut tetapi abang dia melarang dia jejak kaki di luar rumah. Jadi dia habiskan masa dengan membuat biskut. Kawan-kawan dia ada datang ke rumah, mereka ada juga membawa Rizu sekali. Dia rasa sangat gembira apabila kawan-kawan dia datang ke rumah dia selepas habis sekolah, lebih-lebih lagi apabila mereka bawa donut lobak merah khas untuk dia. Abang dia pula, entah hilang ke mana, dari pagi lagi dia sudah keluar dari rumah

Fang merasa biskut no 33 dan rasanya sungguh sedap. Dia menulis kesedapan di buku notanya dan seterusnya dia merasa biskut no 34 pula, iaitu biskut peanut butter campur dengan white chocolate "Sedap juga rasa peanut butter nie" Shadow dari tadi lagi asyik perhatikan tuannya yang asyik makan sahaja. Dia juga ingin merasa biskut tersebut, dia ber meow meow di kaki Fang

"Shadow pun nak rasa juga?" Fang berikan shadow biskut no 2 iaitu biskut tuna. Mengikut kata dia, biskut tuna itu tidak sedap tetapi tidaklah seteruk biskut Yaya. Jadi dia bagi sahaja Shadow habiskan biskut tersebut. Biskut terakhir dia adalah biskut red velvet. Dia terlalu suka dengan rasa red velvet itu, ada rasa chocolate sedikit

"Kalau aku bagi Gopal, mesti dia suka" dia melihat semua jenis-jenis biskut yang ada di atas meja dapur, apa dia nak buat dengan biskut-biskut yang berlebihan? Bagi kawan dia rasa? jual biskut macam Yaya? Tak, tak mungkin dia akan menjual biskut, itu hanya merosakkan imej dia lagi. Dia tahu imej dia sudah tercalar begitu teruk. Habislah kalau satu sekolah ingat aku nie gila, mesti dia orang tak pandang aku budak paling bergaya dekat sekolah lagi, fikir Fang. Dia menghantuk-hantuk kepalanya di meja dapur

"Mesti cikgu Papa tak panggil aku pelajar contoh dah.. pelajar contoh banyak buat hal tahun nie... " Fang mengeluh dengan nasib malang yang di timpa olehnya "Ini baru awal tahun, belum lagi pertengahan tahun lagi.. sudah macam-macam aku kena"

meow meow meow

Fang melihat Shadow, biskut tuna dia sudah pun habis dimakan olehnya "Maaf shadow, biskut tuna dah habis" kata Fang sambil mengemas meja yang penuh dengan biskut dan juga peralatan untuk membuat biskut. Dapur dia sudah menjadi sepah akibat dia terlampau banyak sangat buat biskut. Dia kena kemaskan dapur sebelum abang dia balik. Dia simpan dulu biskut-biskut tersebut di dalam satu balang biskut yang besar. Dia fikir dia nak bagi kawan-kawan dia rasa biskut-biskut tersebut, siapa dapat yang tidak sedap, nasib dia lah

30 minit kemudian,

Dapur sudah kelihatan bersih dan kemas "Apasal aku rasa diri aku nie macam perempuan. Kemas rumah, buat biskut... nampaknya aku perlu kurang tabiat aku, betul tak Shadow?"

Shadow hanya menjawab "meow meow meow meow"

"Betul cakap kau Shadow, aku kan budak lelaki yang sejati cuma aku suka jagakan kebersihan, aku sudah terbiasa masak sendiri masa tinggal sorang-sorang, buat biskut tadi tue pun sebab aku sudah bosan duduk dekat rumah nie" Fang keluar dari dapur dan lalu dia duduk di atas sofa. Shadow melompat ke atas sofa dan baring di sebelah Fang "Agaknya bagaimana kalau abang aku ada seorang adik perempuan" Fang bayangkan diri dia ada rambut panjang, ikat rambut, berpakaian seperti perempuan tapi masih lagi nampak keperempuanan. Terus dia rasa geli "Rasa nak muntah pula"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now