Huru-Hara

1.6K 102 21
                                    

"Apa khabar semua? Saya adalah Probe, host untuk Edisi Malam Minggu" Probe dengan gembiranya, dia dapat pergi bertemubual tetamu-tetamu khas dia untuk minggu ini iaitu Boboiboy, Kaizo dan juga Ratu Lily. Sebelumnya tiba hari sabtu (atau ahad), dia akan keluar dari markas kotak untuk cari pasal dengan tetamu-tetamu beliau. Tempat pertama mereka singgah adalah rumah Kaizo dan Fang

"Inilah dia, rumah tetamu kita untuk minggu ini. Rumah yang lebih menakutkan daripada hantu, rumah Kapten Kaizo. Saya sekarang berada di depan pintu rumah beliau. Mari kita saksikan apabila saya mengetuk pintu rumah ini" Adudu sebagai jurukamera, dia menggigil pegang kamera tersebut. Apatah lagi si host Edisi Malam Minggu yang juga turut menggigil, dia mengetuk pintu rumah tersebut dan berharap sangat Kaizo tiada di rumah. Kalau Fang yang buka pintu, mereka rasa selamat sedikit

Pintu rumah terbuka sedikit, Probe boleh nampak mata merah Kaizo sedang mengintai dan terus dia membuka pintu dengan luas "KAMU BERDUA NAK APA?" Menggigil Probe dan Adudu. Suara garang dia menyebabkan Shadow terjaga dari tidurnya di atas tembok pagar rumah dan lalu dia terjatuh di atas rumput halaman rumah

"Kami datang sini sebab nak temubual Kapten Kaizo" kata Probe

"Temubual untuk apa?" nada dia begitu serius sekali

"Temubual dengan tetamu khas kita untuk Edisi Malam Minggu. Semua tengah berdebar-debar kerana tidak sabar bagaimana Kapten Kaizo dan Ratu Lily akan menjawab soalan-soalan hangat nanti. Saya telah menerima pelbagai soalan panas. Jadi, bagaimana perasaan Kapten Kaizo sekarang?" Probe mengacukan microphone ke mulut Kaizo, manakala Adudu pula fokuskan kameranya dekat muka serius Kaizo

"PEDANG TENAGA!" terus Probe dan Adudu lari dari situ "JANGAN NAK DATANG BALIK! KALAU TIDAK, AKU AKAN CINCANG-CINCANG KAMU BERDUA!" Terus Kaizo menghempas tutup pintu rumah dia

"Aduh" Adudu sudah penat berlari dengan kamera yang berat itu "Apasal aku kena pegang kamera ini untuk kau? Aku kan bos kau"

"Ala encik bos, saya nak cari hiburan untuk penduduk Pulau Rintis dan juga para readers sekali. Bukannya selalu kita jadi macam ni, asyik jadi orang jahat sahaja. Sekarang kita jadi orang media pulak! Encik bos janganlah marah saya"

"SUDAHLAH KAU PROBE! KAU NI, SUKA SANGAT MENYUSAHKAN AKU! SELAMAT KITA TAK KENA BELASAH DENGAN KAPTEN KAIZO TADI!" Adudu ketuk-ketuk kepala besi Probe dengan kamera. Selepas itu, dia bagi kamera itu kepada Probe "Aku balik dulu daripada melayan benda merepek kau ni!"

"Habis tu, siapa nak jadi tukang kamera saya?" Probe buat-buat sedih

"KAU CARILAH SENDIRI!" marah Adudu. Dia terus balik ke markas kotak. Tinggallah Probe dengan kamera di lorong yang sunyi, dia terpaksa pergi mencari pengganti jurukamera, tapi siapa dia nak jadi jurukamera dia? Probe pergi ke kedai Tok Aba, mungkin salah seorang kawan Boboiboy dapat membantu dia. Kalau Gopal ada, mesti lagi senang. Kalau Fang, sudah lama dia kena belasah

"Aduh, apasal lah dapat superhero yang suka sangat nak marah orang. Sudahlah abang dia tu garang semacam, nak kata kapten gila pun boleh juga. Mentang-mentanglah muka kacak macam pelakon jepun, tapi perangai macam orang gila. Selamatlah kau ramai peminat Kapten Kaizo, kalau tidak, memang sudah lama aku tak jemput kau ke Edisi Malam Minggu. Adik dia pun sama juga, kaki kecoh, sombong, belagak tapi dia takde lah gila sangat macam abang dia. Abang dan adik, perangai sama sahaja" Probe membebel sepanjang perjalanan dia ke kedai Tok Aba

"Dey, yang kau membebel sorang-sorang ni apasal?" muncul Gopal disebelah Probe

"Hah! jumpa pun mangsa aku!"

"Kau.. kau.. kau nak buat apa dengan aku" terus Probe bagi kamera dekat Gopal "Kau nak suruh aku buat apa?" Gopal melihat kamera itu dengan muka pelik

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt