Aku Kembali!

1.8K 104 7
                                    

"Aduh, susahnya ujian tadi" Gopal mengeluh kerana ujian matematik yang telah disediakan oleh Cikgu Papa Zola amatlah susah sekali "Kenapalah cikgu Papa yang buat soalan, apasal bukan cikgu lain aje"

"Habis tue, tak kan kau nak soalan senang-senang sahaja. Macam mana nak pandai kalau asyik dapat soalan senang sahaja" kata Yaya yang berjalan bersama dengan Ying. Mereka kini dalam perjalanan pulang ke kedai Tok Aba

"Ala, bagi kau senanglah nak jawab soalan yang susah-susah" kata Gopal "Bagi aku, rasa macam nak meletup kepala nie"

"Tu lah kau, aku ajak ulangkaji sama-sama, kau cari alasan" muncul Fang disebelah Gopal

"Buat apa nak ulangkaji dengan kau. Tak pasal-pasal, kena latihan tempur macam hari itu. Abang kau tu, kejam sangat!"

"Yelah, abang aku memang kejam pun tapi kalau kau merungut lagi selepas ni. Nahas lah kau nanti" Gopal malas nak dengar cakap Fang, apa yang dia tahu sekarang, dia tengah mengidamkan Ice Blended Chocolate Special dekat kedai Tok Aba. Hari ini cuaca sungguh panas, sampai Gopal rasa nak pengsan. Gopal terus keluarkan sesuatu dari poket seluar sekolahnya. Dia mengambil sekotak chocolate kecil yang dia beli pagi tadi

"Korang nak tak?"

"Apa tu Gopal? Tak pernah pula aku nampak chocolate ni" Boboiboy berasa pelik melihat kotak chocolate yang dipegang oleh Gopal. Dia menadah tangannya dan Gopal tuangkan sedikit chocolate di atas tapak tangan Boboiboy "Chocolate apa kecik macam ni?" Boboiboy melihat chocolate berbentuk pula dan size dia seperti size pil vitamin

"Makanan ajelah, pagi tadi aku pergi beli" kata Gopal "Ada satu budak kecik nie, kasihan dia. Dia tolong mak dia jual chocolate sebab kehidupan dia begitu susah. Mak dia sakit, dia pula cacat" Gopal berdrama di situ "Ayah dia pula, sudah tiada. Jadi aku beli lah chocolate ni untuk membantu dia"

"Hmmm..." Fang yang terdengar perbualan mereka, dia menoleh kebelakang sedikit "Betul ke apa budak tu cerita? entah-entah budak tu tipu kau sahaja kot"

"Tak baik kau cakap macam tu Fang" kata Yaya "Kalau cerita dia betul, macam mana. Kita kenalah bantu orang yang susah"

"Orang susah ke, orang senang ke, kau cepat sangat percaya" Fang merampas kotak chocolate itu, dia juga seperti Boboiboy, rasa pelik melihat kotak itu "Baik kau buang sahaja, aku tak yakin sangat dengan chocolate ni" Semenjak mereka menerima surat dari seseorang yang misteri, Fang menjadi lebih berhati-hati. Dia langsung tidak mahu makan atau minum benda yang pelik-pelik. Dia takut diri dia akan diseksa lagi atau menjadi budak kecil atau hilang apa-apa deria, atau apa-apa sahajalah. Dia hanya makan dirumah atau di kedai Tok Aba sahaja sekarang ini

"Kau ni Fang, takut sangat lah" Gopal mengambil balik kotak itu "Biar aku tunjukkan keberanian aku" Dia membuka mulutnya seluas-luasnya, dia ingin menuangkan kesemua chocolate itu tetapi Fang menepuk tangan Gopal dan kotak chocolate itu terjatuh. Fang pijak kotak chocolate tersebut

"Wei Fang! apasal kau pijak chocolate aku!" marah Gopal

"Entahnya, kau ni kenapa Fang? tak baik tau pijak makanan!" marah Yaya pula

"Kau ni suka hilang akal ke hah!" Ying pula marah Fang

"Hmm.. Fang, kau ok? janganlah kau lepaskan kemarahan kau dekat chocolate Gopal. Chocolate tu tak bersalah pun" Boboiboy pula berkata tetapi dia tidak marah, dia cuma kecewa sedikit dengan sikap Fang

"Dey! kau ganti balik chocolate aku!" marah Gopal

"Malas aku nak gantikan dan ikut suka hati korang lah! Aku cuma nak korang selamat sahaja" terus Fang beredar meninggalkan mereka "Aku nak korang berhati-hati pun, kena marah juga. Korang tu kawan baik aku, kalau terjadi apa-apa nanti, salah aku tidak menasihati korang" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying pandang satu sama lain. Mereka tidak tahu samada rasa bersalah atau Fang yang bersalah dengan mereka

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now