Trauma

2.5K 144 19
                                    

Sudah 3 hari Fang tidak datang ke sekolah, sudah 3 hari Boboiboy, Gopal, Yaya dan juga Ying tidak nampak kawan baik mereka. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying masih tertanya-tanya lagi, apa yang telah berlaku sewaktu Fang dan Kaizo tersedut ke dalam lohong hitam tersebut. Boboiboy cuba menghubungi Fang tetapi tiada panggilan yang diangkat olehnya, begitu juga dengan Kaizo. Kedua-dua mereka seperti hilang di bumi tanpa berita

"Boboiboy, kau nak pergi rumah Fang tak selepas habis sekolah nanti?" kata Yaya sambil melihat kawannya yang duduk kemurungan di dalam kelas. Dia tidak turun pergi berehat kerana tiada selera. Jadi, Gopal sahaja yang pergi turun ke kantin

"Nak tapi aku takut abang Kaizo tapi bagi kita melawat Fang. Aku sudah banyak kali cuba menghubungi dia orang tapi semuanya gagal"

"Kita cuba dulu, Boboiboy. Kalau Kapten Kaizo tak bagi, esok kita datang lagi"

"Ha ah, betul kata Yaya. Kita jangan putus asa maaa... tak mungkin Kapten Kaizo nak pisahkan kita dengan adik dia"

"Terima kasih Ying, terima kasih Yaya" Boboiboy tersenyum sedikit "Gopal masih lagi dekat kantin ke?"

"Ha ah, dia tengah makan donut lobak merah tadi. Dia cakap dia makan donut tue sebab rindu sangat dekat Fang" kata Yaya. Boboiboy tergelak sedikit, dia terbayangkan Gopal sedang makan donut lobak merah dengan muka sedih dia sambil menangis-nangis kerana terlalu rindu sangat dekat Fang. Loceng sekolah sudah berbunyi, waktu rehat sudah pun tamat. Yaya dan Ying terpaksa balik ke kelas mereka

"Jumpa lagi Boboiboy" kata mereka berdua

-----------------------------------------------------

"FANGG! ABANG KAIZOOO! BUKALAH PINTU NIE!"

"Fangg! kau ada dekat rumah tak?"

"FANGG! KAMI DATANG NIE!"

"Kapten Kaizo! kami datang nak melawat Fang!"

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying menjerit-jerit sambil mengetuk pintu rumah Fang dan Kaizo. Mereka tidak berputus-putus memanggil nama Fang "FANGG! BUKALAH PINTU NIE!" menjerit Boboiboy lagi

"Macam takde orang sahaja dekat rumah" kata Yaya. Dia pergi ke halaman rumah dan melihat di tingkap bilik Fang. Tingkap itu tertutup dan langsir bilik dia, terbuka luas "FANGGG! KAMI DATANG NAK MELAWAT KAU!" menjerit Yaya. Tiada sahutan dari Fang, mahupun Kaizo

"Tak kan dia orang dah lari kot" kata Gopal

"Tak mungkinlah. Lagipun, buat apa dia orang nak lari pula. Mana ada orang jahat serang dia orang ataupun kita"

"Betul juga kata Boboiboy tue" kata Ying

Mereka berempat duduk di tangga depan pintu rumah, mereka sudah putus asa "Macam mana sekarang?" tanya Gopal

"Entahlah Gopal. Aku pun tak tahu nak buat apa dah" Boboiboy semakin sedih. Sedang mereka asyik duduk di situ, pintu rumah itu terbuka. Mereka menoleh kebelakang dan nampak Kaizo berdiri di muka pintu "Masuk" kata dia. Mereka semua bangun dan lalu masuk ke dalam "Aku ada benda nak di bincangkan dengan kamu semua"

Bincang? tentang apa? fikir Boboiboy. Mereka melihat ada beberapa barang dan gambar hilang dari tempat asalnya. Kebanyakkannya adalah gambar ibubapa Fang dan Kaizo. Mereka semua duduk di sofa sambil melihat Kaizo berdiri di hadapan mereka "Errr.. mana Fang?" tanya Boboiboy

"Pang ada dekat kapal angkasa"

"DEKAT KAPAL ANGKASA?!" terkejut mereka berlima. Kaizo menghela nafas dan lalu berkata lagi dengan nada yang serius "Sebelum itu, ada sesuatu aku nak beritahu kamu semua. Kita ada musuh baru di Pulau Rintis"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now