Ibu

2.5K 138 13
                                    

"Abang! adik tengah potong kentang nie, janganlah kacau adik!"

"Kau tue patut ketepi, abang nak basuh daging-daging nie"

"Sibuk ajelah abang nie, suka kacau adik"

"Habis tue, kau juga nak abang tolong kau kan. Selama nie kau merungut sahaja kena buat kerja seorang, bila abang tolong kau, nak merungut lagi"

Fang mengambil tempat memotongnya dan letak di atas meja makan, dia bawa bekas yang berisikan kentang tadi dan letak di atas meja makan juga "Pergilah basuh, jangan kacau adik!" Fang memotong kentang-kentang itu dengan begitu geram sekali. Habis kesemua kentang itu menjadi tidak sekata. Selalunya dia akan memotong dengan baik dan sekata, tiada yang berlainan saiz. Kaizo perhatikan adiknya yang sedang geram itu, ada setengah kentang dia pergi tonyoh-tonyohkan dengan pisau yang tajam itu "Yang kau hancurkan kentang tue kenapa? Geram sangat dengan abang ke?"

"Mestilah geram, adik tak panggil pun abang suruh tolong adik. Abang sendiri yang nak tolong adik kan. Yang daging-daging tue semua kenapa abang pergi basuh dengan sabun pula. Macam mana nak masak kari ayam. Abang nie, suka sangat hancurkan masakan adik" kata Fang yang begitu geram sekali. Dia tikam kentang itu dengan begitu dasyat sekali. Kaizo menepuk kepala adiknya

"Kau nie kenapa, marah sangat dengan abang sampai kentang pun nak jadi mangsa kau"

"Abang sendiri lah buat semuanya, adik nak pergi ulangkaji" Fang bangun dan meninggalkan kesemua bahan-bahan untuk memasak kari ayam dekat abangnya. Kaizo pegang tangan adiknya

"Yelah, abang tak kan ganggu adik lagi, pergi siapkan masakan kau"

"Abang sendiri lah yang pergi buat, adik nak pergi belajar"

"kenapa abang pula yang kena buat, kalau abang buat tak sedap, nanti kau juga yang akan marah abang, merungutlah, salahkan abang lah, merajuklah, lari dari rumahlah, apa lagi kau akan buat selepas ini"

"Yelah yelah, adik buatkan lah. Tak guna punya abang" Fang sambung balik memotong kentang tersebut dan Kaizo meninggalkan adik dia bersendirian di dapur "Bila dah buat, lepas tue bising, tak sedaplah, rasa sabunlah, kata adik tak pandai masaklah" Fang membebel di dapur sorang-sorang. Kaizo hanya mahu menolong adiknya tetapi mesti ada sahaja pergaduhan dari mereka berdua. Semuanya menjadi tidak betul. Jadi, dia malas nak menolong adiknya buat kerja selepas ini. Kaizo terus keluar dari rumah tanpa memberitahu kemana dia pergi. Dia membawa dirinya ke bandar untuk melihat ada apa-apa benda yang menarik yang ada di bandar. Dia tidak perasan Ying dan Yaya sedang berjalan di sebelah dia

"Kapten Kaizo kenapa? kenapa muka Kapten Kaizo serius sangat?" tanya Yaya. Kaizo melihat kiri dan kanan, baru dia perasan kawan adiknya sedang berjalan bersama dengan dia

"Serius? aku nampak serius sangat ke?"

"Ha ah, Kapten Kaizo serius macam ini sebab Fang buat hal lagi ke?" tanya Ying. Kaizo hanya senyap sahaja, mereka berdua menunggu jawapan dari Kaizo

"Aku bergaduh dengan adik aku tadi" Kaizo menghela nafas "Aku cuma mahu menolong dia sahaja, terus kami berdua bergaduh"

"Bergaduh lagi" Yaya hanya gelengkan kepala dia sahaja. Sampai bila mereka berdua nak berhenti bergaduh tetapi dia tahu, beginilah kehidupan adik beradik yang suka sangat bergaduh tetapi dalam hati tetap sayang satu sama lain. Ying berbisik sesuatu kepada Yaya "Yaya, apa kata kita ajak Kapten Kaizo pergi berkaraoke dengan kita orang"

"Eh, boleh juga Ying" Yaya dengan gembiranya, dia pegang tangan kanan Kaizo, manakala Ying pula pegang tangan kiri Kaizo

"Apa kamu berdua sedang lakukan?"

"Kami nak ajak Kapten Kaizo pergi berkaraoke dengan kita orang" Mereka mengheret Kaizo ke pusat karaoke yang ada di bandar Pulau Rintis. Kaizo relakan sahaja mengikut kawan-kawan adiknya. Kaizo tahu mereka ingin cuba untuk ceriakan hati dia daripada fikirkan tentang pergaduhan dia dengan adik dia

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now