Personality

1.8K 102 8
                                    

Mata Fang asyik memerhatikan kawan baik dia kena kejar dengan pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Buku teks matematik dia masih terbuka tetapi orangnya tidak membaca pula. Kasihan Boboiboy kerana selepas sahaja mereka dapat tahu Boboiboy telah keluar bersama seorang perempuan dan seorang hantu, diri semakin popular pula. Mereka juga tahu Boboiboy tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Lily dan juga Ratu Lily. Maka dengan itu, pelajar-pelajar perempuan di sekolah Boboiboy, mereka juga ingin keluar bersama dengan Boboiboy juga

"Fang!" Fang melihat kawannya berlari ke arah dia "Tolong aku, Fang!"

"Hmmmm... apasal kau nak minta tolong daripada aku pulak" tanya Fang sambil berpura-pura baca buku teks matematiknya

"Kau kan kawan aku, kenalah tolong. Aku rimaslah dengan budak-budak perempuan asyik cari aku sahaja. Pagi tadi ada sorang budak perempuan ni bagi sekotak chocolate tapi aku bagi dekat Faye"

"Eh, Faye ada dekat sini?"

"Ha ah, dia cakap dia nak datang ke sini sebab bosan dekat rumah. Lama lagi ke sepupu kau dekat sini?" tanya Boboiboy. Dia terus duduk disebelah Fang dan melihat buku apa yang Fang sedang baca

"Entahlah, aku pun tak tahu berapa lama" Fang selak ke mukasurat sebelah "Selagi Faye ada dekat sini, selagi tu lah Lily tu asyik ada dekat sini. Semalam dia datang lagi, Faye yang bawa dia. Memang dia orang berdua tidak dapat dipisahkan. Kena halau dari Pulau Rintis pun, dia tetap datang juga. Abang aku serang dia dengan pedang tenaga pun, dia tak takut sangat" Boboiboy ketawa sedikit "Macam mana dengan hari tu? hari kau keluar bersiar-siar dengan hantu pontianak tu"

"Hmmm.. ini sudah kali kedua aku keluar dengan dia. Selamat kali ini tiada kegedikan dari dia"

"Cepatlah cerita, kau bawa dia pergi ke mana?" muncul pula Gopal dengan sekotak chocolate di hadapan mereka berdua. Boboiboy kenal dengan kotak chocolate itu. Bukan dia berikan kepada Faye tadi ke? fikir Boboiboy

"Ala, takde mana pun.. aku bawa dia pergi ke pusat hiburan sahaja. Main game dengan dia" kata Boboiboy "Gopal, dari mana kau dapat chocolate tu?"

"Chocolate ni Faye yang bagi tadi. Dia cakap dia sudah makan separuh dan lagi separuh, dia suruh aku habiskan. Kau nak?" dia hulurkan sekotak chocolate itu kepada Fang dan Boboiboy tetapi mereka berdua menolak dan datang pula satu tangan mengambil chocolate tersebut. Mereka pandang ketepi dan nampak Ying masukkan chocolate itu di dalam mulutnya

"Banyak sedap chocolate ini! mana kau beli?" tanya Ying

"Faye yang bagi tadi" kata Gopal dan lalu dia telan sebiji chocolate besar "Tapi aku rasa menyesal kerana tidak dapat sertai korang hari itu. Mesti seronokkan"

"Yolah, aku pun rasa nak sertai game korang tapi aku kena pergi ke KL pula hari itu. Kalau korang main game lagi, jangan lupa ajak kami nanti" terus Ying tersengih sambil melihat Boboiboy dan Fang

"Tapi Ying, itu sekali sahaja.. itu pun sebab dua-dua Lily rebutkan aku.. apalah istimewa sangat aku ni"

"Dey! kau tu kan superhero paling popular. Lebih popular daripada si Fang ni, sampai dua-dua Lily berebut nak dekat kau. Si Fang ni, mana ada macam tu" Berapi-api pula Fang dengan Gopal. Dia sebenarnya lebih suka kalau tiada siapa berebut nak kan diri dia sebab hidup dia lebih aman dan bahagia tapi kalau Boboiboy lebih popular daripada dia, itu kisah lain

"Yelah Gopal tapi aku tak nak lah sepopular begitu. Rimas aku kalau tiap-tiap hari kena kejar dengan budak perempuan" kata Boboiboy "Sudahlah aku jadi rebutan dengan dua-dua Lily. Selamatlah dia orang berkelakuan baik hari itu"

"Kau jangan risau, biar aku menjadi bodyguard kau! Kalau dia orang datang dekat, aku akan tukarkan dia orang menjadi makanan kecuali Lily dan Lily. Rasa macam dia orang sudah jadi kawan kita orang pula" Gopal terus keluarkan cermin mata hitam dan perhatikan pelajar-pelajar perempuan yang cuba untuk mendekati Boboiboy. Fang biarkan sahaja kawan dia menjadi bodyguard. Dia terus baca buku teks matematik dia. Yaya muncul dengan buku denda dia. Tadi dia ternampak beberapa pelajar buang sampah merata-rata tempat di kawasan sekolah, terus dia denda mereka

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now