Cabaran

1.9K 121 22
                                    

Fang begitu kagum sekali melihat abangnya berlawan dengan Lynna di kapal angkasa. Ini pertama kali Lynna menjalani latihan tempur bersama dengan Kaizo tetapi perbezaan latihan tempur kali ini, mereka tidak menggunakan kuasa mereka. Kaizo dan Lynna menggunakan kemahiran mereka dalam bidang lawan menggunakan skill ninja, taekwondo, karate, silat, judo dan segala tekniklah yang ada, gusti pun ada juga. Ada juga sampai tahap Lynna berlawan menggunakan satu tangan sahaja, tangan kirinya dia letak dibelakang badannya. Bukan itu sahaja, Kaizo dan Lynna juga berlatih di dalam kemahiran mereka dalam berlawan pedang. Fang tidak sangka Lynna begitu mahir sekali dalam lawan pedang. Perlawanan mereka berdua begitu pantas dan kemas, dua-dua sama kuat. Dia duduk bersila di tepi medan latihan tempur sambil melihat mereka berdua jalankan latihan tempur mereka dari pagi tadi lagi. Susah untuk dikatakan siapa yang akan menang di dalam latihan tempur ini, dua-dua tidak langsung nampak mahu mengalah dan akhirnya Lynna menang di dalam pertarungan ini

Fang tergelak sedikit kerana abang dia kalah dengan perempuan. Kaizo merenung tajam ke arah adiknya "Cubalah kau lawan dengan Lynna, mesti kau akan kalah teruk nanti. Aku cabar kau lawan tanpa menggunakan kuasa kau" kata Kaizo dengan nada sinis dia

"Errr.. kalau tak nak lawan boleh tak?" tersengih Fang di situ

"Tahu takut!"

"Fang tak baik ketawakan abang sendiri. Walaupun sekuat mana abang kamu, kita tidak boleh jangka jika abang kamu boleh menang atau tidak di dalam situasi yang berbahaya. Even sebutir peluru pun boleh kalahkan abang kamu tapi itu tidak bermaksud abang kamu lemah. Akak tahu abang kamu kuat, tapi kita kena berfikir, orang kuat pun boleh kecundang juga. Jadi, kita jangan terlalu yakin sangat dengan diri kita yang kuat dapat kalahkan orang yang lebih lemah daripada kita, mana tahu orang yang lemah dapat kalahkan orang yang lebih kuat" Fang hanya diam sahaja kerana dia sungguh tekun mendengar kata-kata Lynna tadi. Dia sebenarnya suka mendengar kata-kata nasihat dari Lynna

"Akak pernah kalah dengan musuh-musuh akak?"

"Pernah tapi akak akan bangkit juga untuk kalahkan musuh akak"

"Kita akan berehat sebentar" kata Kaizo kepada Lynna. Mereka kelihatan begitu penat kerana latihan tempur mereka dari pagi sehingga sekarang tidak berhenti, mereka teruskan sahaja sampai lupa sekarang sudah pukul 1 tengahari. Lynna duduk bersila di sebelah Fang sambil mengambil botol airnya di tangan Fang. Kaizo pula mengelap peluhnya di muka dia

"Wah! tak sangka kak Lynna nie mahir dalam bab-bab lawan" kata Fang "Fang nampak kak Lynna nie macam tiada kelemahan" Selama ini, Fang melihat Lynna adalah seorang yang sempurna, tiada cacat celanya. Dia tidak pernah terfikir Lynna mempunyai sebarang kelemahan yang tersendiri

"Mana adalah Fang, setiap manusia mesti ada kelemahan yang tersendiri. Tidak semua manusia adalah sempurna. Kita nampak sahaja dari luar, dia cukup sempurna tetapi sebenarnya dia ada kelemahannya" kata Lynna "Kelemahan akak adalah selalu korbankan diri akak sendiri demi keselamatan kawan-kawan akak walaupun nyawa akak sendiri yang terancam. Akak juga seperti Fang, suka sangat bersendirian, suka simpan masalah sendiri dan degil"

"Hehehe... tapi mana kak Lynna belajar berlawan?"

"Hmmm.. akak belajar berlawan semasa akak mempunyai kuasa satu sahaja iaitu kuasa premonition. Masa itu akak tidak mempunyai kuasa lain lagi, jadi akak terpaksa berlatih dan belajar pelbagai teknik dalam berlawan. Sampai sekarang akak masih lagi berlatih walaupun sudah mempunyai kuasa yang aktive. Kalau akak tak berlatih, nanti akak akan lupa" kata Lynna

"Jadi, kawan-kawan akak pun begitu juga ke?" Fang melihat Lynna seperti melihat idola dia tersendiri. Dia ingin sahaja belajar berlawan seperti Lynna. Berlawan tanpa menggunakan kuasa

"Tak, akak seorang sahaja" kata Lynna, lalu dia minum air dia "Kalau Fang nak tahu, akak pernah berlawan dengan musuh akak dekat atas bumbung sekolah tanpa menggunakan kuasa tapi itu cerita zaman akak sekolah dulu"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now