Pencarian Shadow

1.4K 106 11
                                    

"Abang, ada nampak Shadow tak?"

"Tak, aku dari semalam tak nampak si Pang tu" Kaizo tidak mengalih perhatian dia dari novel baru cerita hantu. Kali ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak di kejar oleh hantu gila, kanak-kanak itu telah mendapat pelindungan dari seorang lelaki dewasa dan dia terpaksa mencari jalan untuk menghapuskan hantu gila

"Nama dia Shadow lah!" Kaizo hiraukan sahaja adik dia kerana dia terlalu memberikan tumpuan perhatian terhadap jalan cerita tersebut. Fang mencari lagi Shadow di tempat yang dia selalu bermain, di bilik dia, di bilik tetamu, di dapur, di luar halaman rumah tetapi Shadow masih lagi tidak dijumpai. Fang masuk ke dalam rumah, dia teringat balik kata-kata abang dia tadi, dari semalam abang dia tak nampak? Dia pergi periksa bekas makanan Shadow dan ternyata, makanan dia tidak tersentuh

"Tak kan dia lari dari rumah pula" Fang terpaksa mencari Shadow. Dia tahu Shadow suka sangat merayap di sekitar kawasan perumahan dia tetapi Shadow tidak akan pergi jauh dari sini. Dia membuat keputusan untuk mencari Shadow di luar kawasan rumah dia. Fang mengambil jaket ungu dia dan juga topi dia. Dia menjalankan tugas dia sebagai detektif tidak bertauliah. Fang melihat di sekitar halaman rumah dia jikalau ada tapak kaki Shadow dan ternampak kesan tapak kaki di tepi tembok pagar

"Hmm.. dia mesti lompat dan berlari dekat atas tembok ni" kata Fang sambil melihat tembok pagar rumah dia. Dia terus keluar dari kawasan rumah dia dan mulakan pencarian dia "SHADOW! OH SHADOW!" Fang menjerit nama kucingnya "SHADOW!" Dia berjalan lagi, sambil itu, dia melihat di tempat-tempat yang sempit atau kecil, samada Shadow terperangkap di situ atau tidak "SHADOW!" Dia ternampak kucing lain di tepi-tepi tong sampah sedang makan sisa-sisa ikan. Kucing itu sangatlah kurus, Fang rasa kasihan pula. Fang ingin membelai kucing itu tetapi kucing tersebut lari dari dia kerana ketakutan. Dia teruskan mencari lagi

"SHADOW!" Fang lalu di kawasan yang berdekatan dengan taman permainan. Disitu, dia boleh nampak Gopal sedang bergelek-gelek dengan beberapa orang budak "Apa dia tengah buat tu?" Dia terdengar sebuah irama hindustan sedang berkumandang di taman permainan

Hati ku berdegup degup,

Apabila aku berjumpa dengan kamu,

Mari lah kita makan biskut ranggup,

Sambil itu kita menari-nari seperti lembu

OH HOOOIIIIII!

Aku sangat sayang pada cik adik manis!

Janganlah kau menangis!

Fang rasa nak tergelak melihat Gopal bergelek sakan dengan kanak-kanak dekat taman permainan dan dia juga rasa pelik dengan lirik lagu Gopal tadi "Menari seperti lembu?" Dia tiada masa untuk melihat persembahan Gopal, dia teruskan pencarian dia "SHADOWW!"

"FANG!"

"NAMA DIA SHADOW LAH! BUKAN FANG! eh Fang? bukan Pang ke?" Fang rasa pelik, dia pusing kebelakang dan nampak Gopal tersengih besar kepada dia "Kau nak apa, Gopal?" Fang nampak Gopal sedang bercakap sesuatu dengan kanak-kanak yang ada di sekeliling dia dan terus dia pandang Fang sambil tersenyum sinis "Erkk.. baik aku lari dulu"

"ABANG FANGG!" Kanak-kanak tadi berlari dan menarik Fang dan mengheret Fang pergi ke Gopal "Abang Fang! jomlah kita bergelek sekali dengan abang Gopal"

"Tapi.. tapi.. tapi abang Fang nak pergi cari Shadow" kata Fang

"Kau jangan nak hampakan budak-budak ni, aku sudah beritahu dia orang yang kau pun suka bergelek dalam cerita hindustan"

"APA KAU CAKAP!" Fang terus tunjuk penumbuk dekat Gopal. Kanak-kanak yang ada dekat situ takut dengan kemarahan Fang

"DEY! kau jangan nak takutkan dia orang pulak. Lagipun, mana boleh tunjuk aksi ganas depan kanak-kanak, nanti dia orang terikut pula" Gopal semenangnya nak cari pasal dengan Fang "Cepatlah, dia orang tengah tak sabar nak tengok kau gelek sambil nyanyi"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now