Gila

2.2K 125 14
                                    

"ABANGGG! KENAPA MAKAN SANDWICH ADIKK!"

Pagi-pagi lagi Fang sudah menjerit dekat abang dia. Sandwich yang dibuat oleh dia tadi, sudah di habis makan oleh Kaizo. Fang yang bersungguh-sungguh untuk membawa bekalan makanan ke sekolah hari ini, semuanya sudah habis di makan, yang tinggal hanyalah piring kosong sahaja. Kaizo masuk ke dalam dapur dengan tuala mandinya di lehernya dan lalu berkata "Yang kau pergi tinggalkan dekat atas meja buat apa, jadi abang makanlah"

"Dah tue, kenapa tak tanya adik dulu. Adik baru sahaja nak bawa pergi sekolah"

"LAIN KALI LETAKLAH NOTA DEKAT SITU, SUPAYA ABANG TAK MAKAN MAKANAN KAU!" Kaizo menjentik hidung adiknya "Sudah! abang mahu pergi mandi!" lalu Kaizo keluar dari dapur, tinggalkan adiknya yang sedang berapi-api di situ. Fang tiada masa untuk membuat sandwich lobak merah yang baru, dia terpaksa beli sahaja makanan pada waktu rehat nanti. Dia baru hendak berjimat cermat kerana dia ingin mengumpul wang untuk membeli buku latihan baru. Kalau dia minta wang dekat abang dia, mesti abang dia kedekut tak bagi

"Abang aku nie, memang sahaja nak bagi aku marah" Fang dengan mood tidak baik, terus keluar dari dapur dan terus sahaja ke sekolah. Sepanjang perjalanan dia ke sekolah, hati Fang asyik berapi api. Dia berjalan begitu pantas sekali, dia langsung tidak hiraukan tentang persekitarannya. Sampai sahaja di sekolah, dia terus sahaja ke kelas dan lemparkan beg sekolahnya di atas meja. Seperti biasa, dia akan kemaskan bilik darjahnya sebelum pelajar-pelajar lain sampai. Dia akan tenangkan dirinya dengan mengemas kelas. Mengemas adalah salah satu kegemaran dia, dia sudah terbiasa dari dulu lagi. Dia memang seorang yang pentingkan kebersihan, tak suka bila tengok bilik atau rumah atau mana-mana tempat bersepah.

Sedang dia asyik menyapu sampah, Fang terjumpa sehelai kertas di bawah meja. Dia mengangkat kertas itu dan membaca isi kandungannya. Fang berasa geram membaca kertas itu, dia telah di panggil budak alien gila kerana kelakuan dia pelik-pelik dari awal persekolahan sehingga sekarang. Fang meremuk kertas tersebut dan buang di dalam bakul sampah

"Fang! SELAMAT PAGI!" Dia menoleh kebelakang dan nampak Boboiboy sedang berdiri di pintu kelasnya. Dia kelihatan begitu ceria sekali, lalu Fang berikan senyuman kepada kawan baik dia

"Selamat pagi Boboiboy" kata Fang sambil menyambung menyapu sampah

"Kenapa kau takde dekat bawah tadi? kita orang cari kau" tanya Boboiboy. Dia masuk ke dalam kelas, dan duduk di atas salah satu meja yang berdekatan

"Maaf, aku bad mood tadi. Terus aku naik ke kelas" kata Fang

"Kenapa dengan kau? macam ada sesuatu tak kena aje"

"Isk kau nie! banyak sangat tanya!"

"Maaf Fang, aku banyak sangat tanya pula"

"Takpe" kata Fang "Aku sebenarnya sakit hati dengan kelas nie. Tadi aku baru sahaja terjumpa satu kertas nie, nak tahu apa dia orang panggil aku. BUDAK ALIEN GILA! dia orang panggil aku nie gila. Itu baru sahaja dari kelas ini, belum lagi dari kelas-kelas lain"

"Biarkan ajelah dia orang tue Fang. Dia orang bukannya tahu pun apa yang kau lalui sebelum ini, lagipun, kau masih ada lagi kawan macam aku, Gopal, Yaya dan Ying. Jangan lupa juga, adik kesayangan kau tue si Rizu" Fang tersenyum sedikit

"Hah! betul cakap Boboiboy! kau tak payah fikirkan sangat orang nak panggil kau gila pun" muncul pula Gopal dengan bungkusan nasi lemak dia "Aku makan dalam kelas nie boleh tak? aku sudah lapar nie"

"Makanlah tapi jangan kau buat sepah sudah" Gopal mengambil tempat duduk di salah satu kerusi dan terus sahaja membuka bungkusan nasi lemak dia, sebelum dia menjamu selera, dia pandang ke arah dua kawan dia yang sedang melihat dia "Err.. korang pun nak juga ke?" tanya Gopal sambil tersengih

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now