Buli II

2.2K 136 15
                                    

"Satu, dua, tiga, empat..."

"Apa yang kau tengah kira tue Fang?"

Fang pandang ke arah kawan dia yang bertopikan oren itu. Dia tunjuk buku latihan matematik dia dan menyuruh kawan baik dia senyap kerana dia ingin fokuskan dirinya untuk selesaikan jalan kerja matematik tersebut. Boboiboy terpaksa duduk senyap di bangku sekolah sambil melihat kawan baiknya yang begitu rajin sekali mengulangkaji matematik. Semenjak Fang meletak jawatan sebagai ketua kelas, dia kelihatan lebih tenang dan relax sekali dan semenjak itu juga, makin lama makin rajin kawan baik dia. Waktu rehat, Fang tidak kelihatan di kantin sekolah lagi, dia akan duduk di perpuskataan sekolah atau di bawah pokok bersebelahan dengan gelanggang bola keranjang. Ada juga sesetengah pelajar perempuan duduk di sebelah dia dan menyuruh mengajar mereka matematik. Fang buat-buat tidak tahu sahaja, dia menghiraukan sahaja pelajar-pelajar perempuan tersebut tetapi kadang-kadang, kalau mood dia begitu baik, dia akan mengajar mereka. Kalau mood tidak baik, dia akan terus menghalau mereka

Fang menutup buku latihan matematik dia dan simpan di dalam beg sekolahnya "Rajin betul kau pagi-pagi nie"

"Mestilah, aku kenalah belajar daripada asyik bermain sahaja. Dahlah minggu lepas aku tak dapat nak belajar sangat sebab pertandingan tue, jadi aku kenalah kejar balik masa ulangkaji aku" kata Fang. Dia rasa sedikit menyesal kerana memasuki pertandingan tersebut tetapi pada yang sama, dia rasa gembira sangat kerana menang dalam pertandingan membuat pastri

"Baguslah kau jenis yang rajin belajar" Boboiboy rasa bangga kerana mempunyai tiga orang kawan yang pandai. Dia tidak begitu cemburu dengan mereka, dia tahu dengan kebolehan yang ada di dalam diri masing-masing "Fang, aku nak tanya boleh tak?"

"Tanya apa?"

"Kenapa kau semenjak akhir-akhir nie tak rehat dengan kita orang? Kau ada masalah ke?" tanya Boboiboy

"Takde, aku mana ada masalah pun. Aku cuma nak cari ketenangan untuk ulangkaji. Itu sahaja. Kau janganlah risau sangat" Fang senyum kepada Boboiboy "Kenapa? kau nampak aku ada masalah ke?"

"Takdelah Fang, kalau kau duduk bersendirian, kau mesti ada apa-apa masalah. Betul tak? Semenjak abang kau ada dekat bumi, banyak betul masalah kau timbul"

"Banyak ke? sedikit sahaja aku tengok. Ala, lagipun aku bukannya suka cari masalah tapi masalah yang suka cari aku" Bila Fang berfikir balik, memang banyak betul masalah dia hadapi. Sebelum abang dia duduk di bumi, tiada pula masalah yang dia hadapi. Mungkin duduk sorang dekat bumi, tiada masalah yang timbul kot, fikir Fang. Sementara mereka berdua menunggu kehadiran tiga kawan mereka yang lain, mereka berborak dan bergurau senda sesama sendiri. Robin, iaitu kawan baik kepada Zakwan, datang ke arah Fang

"Kau ikut aku" kata Robin

"Ikut kau? buat apa?"

"Baik kau berambus dari sini. Jangan kacau Fang lagi" Boboiboy berdiri di depan Robin dan menghalang dia dekati Fang

"Baik kau ketepi, ini adalah urusan aku dengan dia" Robin menolak bahu Boboiboy untuk menyuruh dia ketepi tetapi Boboiboy tidak berganjak dari situ "Aku cakap ketepi!"

Fang bangun dari situ "Kau nak apa hah! kau nak cari gaduh dengan aku ke?" kata Fang dengan kemarahan dia. Dia menolak Boboiboy ketepi supaya dia dapat bersemuka dengan Robin "Takpe Boboiboy, biar aku uruskan dia sendiri"

"Fang, tak kan kau nak ikut dia pula. Aku tak nak kau kena buli lagi"

"Jangan risau, aku tidak akan benarkan dia buli aku lagi"

"Betul cakap kawan kau, aku tak kan buli dia. Jangan risau, aku akan jaga kawan baik kau elok-elok" kata Robin dengan nada sinis. Boboiboy tidak percaya dengan kata-kata dia tetapi dia percaya Fang dapat jaga diri dia dengan baik. Jadi dia benarkan Fang ikut Robin ke belakang sekolah tetapi Boboiboy tidak boleh ikut mereka, jika tidak. Fang akan menjadi mangsa buli lagi. Boboiboy terpaksa duduk di bangku sekolah sambil risaukan tentang Fang

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now