Hari Kantin

1.8K 118 4
                                    

"Apa yang kamu tengah buat nie Pang?" Kaizo melihat adiknya sedang membuat cupcake kecil yang begitu banyak di dapur mereka. Kaizo ingin mencuba salah satu cupcake yang baru sahaja siap tetapi tangan dia sudah di tepuk oleh adiknya

"Abang jangan nak rasa, ini semua untuk hari kantin sekolah esok"

"Hari kantin?" Kaizo tidak tahu apakah itu hari kantin "apa hari kantin itu adik?"

"Kalau abang nak tahu, hari kantin itu adalah dimana pelajar-pelajar dapat pengalaman kecil dalam membuat sesuatu bisnes atau maksud lain, hari untuk kita orang bersuka ria" kata Fang sambil meletak cream chocolate di atas cupcake tersebut "Setiap kelas darjah 5 dan 6 akan membuka satu booth atau gerai kecil tapi disebabkan cikgu Papa Zola kata kita orang ini superhero Pulau Rintis, jadi dia bukakan sebuah booth khas untuk kita orang"

"Jadi, kamu berlima nak jual cupcake lah nie?"

"Ini semua idea daripada Gopal" kata Fang. Dia pula cadangkan buka mini konsert supaya dia dapat menunjuk bakat dia dalam nyanyian tapi tidak adil lah pula kalau dia seorang sahaja yang nyanyi. Jadi mereka terpaksa menolak cadangan Fang. Mereka berbincang balik dan akhirnya, semua setuju sahaja dengan cadangan dari Gopal. Jual cupcake dan kek sedap Yaya dan juga sesi autograph dan tangkap gambar bersama dengan Superhero Pulau Rintis

"Oh begitu cerita kau. Kenapa tidak mengajak abang sekali?"

"Ajak abang? buat apa, nanti abang pergi belasah semua orang dekat sekolah" kata Fang sambil terbayangkan abang dia merosakan hari kantin mereka esok. Habis semua khemah dan gerai-gerai kecil menjadi mangsa abang dia nanti. Rasa takut pula aku, fikir Fang

"Jadi, kau tak nak abang datanglah nie"

"Datanglah abang, kalau abang nak. Adik tak kisah pun" kata Fang dengan nada bosan dia. Dia perlu siapkan semua cupcake ini dengan segera, selepas ini dia perlu packing kesemua cupcake tersebut supaya tidak masuk angin. Banyak betul kerja dia kena buat, fikir Fang. Tapi apasal aku sorang sahaja yang kena buat semua nie! Fang berapi-api pula kerana tiada kawan-kawan dia yang datang untuk menolong dia "Cheh, tak guna punya kawan"

"PANGGG!"

"APAAA DIA!"

"KAWAN KAU DATANG!" Fang melihat di luar dapur dan dapati Boboiboy dan Gopal datang untuk menolong dia. Mereka berdua jalan menuju ke arah dapur "Maaf Fang, aku lewat pula datang sebab aku tadi buatkan poster untuk booth kita orang esok" Boboiboy menunjuk cardboard besar dan menunjukkan hasil kerja dia kepada Fang "Ok tak?"

Fang melihat nama booth mereka iaitu Superhero dan ada juga lukisan gambar mereka berlima dalam bentuk chibi "Bolehlah" kata Fang '"Kau pula Gopal, apa alasan kau?"

"Aku, aku sebenarnya kena tolong Appa aku tadi. Tolong dia buatkan ice cream untuk dijual esok"

"Aik, ayah kau pun jual ice cream dekat sekolah kita orang esok?"

"Ha ah, cikgu Papa yang suruh"

"Oh, tapi kau nanti tolong kita orang jual cupcake ini semuakan?" tanya Fang

"Jangan risau Fang, kita orang akan tolong kau. Apa kita orang kena buat?" Fang memberikan beberapa kotak kepada Gopal dan menyuruh dia masukan cupcake di dalam setiap kotak dan Boboiboy pula kena ikat kotak-kotak tersebut dengan ribbon "Jangan bagi koyak kotak tue, aku beli mahal tue"

"Kau pula kena buat apa Fang?" tanya Boboiboy sambil mengisi sebiji cupcake di dalam kotak ungu yang comel itu

"Aku kena habiskan buat semua cupcake ini lah, ada lagi dalam oven tue" kata Fang sambil menunjuk oven dia. Fang yang terlampau rajin sangat, dia telah membuat cupcake hampir 50 biji cupcake, semuanya dia buat seorang diri "Dasyat betul kau"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now