Alam Mistik Part I

2.2K 113 13
                                    

"So, you knew my secret"

Bella dan Fang duduk di tepi pandai setelah Fang mengetahui rahsia Bella. Beberapa hari yang lepas, Fang selalu membuka satu website yang penuh dengan cerita-cerita detektif yang bernama Iris. Iris adalah seorang detektif wanita untuk membongkar disebalik rahsia-rahsia penjenayah yang berluasa di sebuah bandar, dia dan seorang pembantu yang bernama Hanna. Authornya seorang budak yang sebaya dengan Fang, dia tertarik dengan cerita detektif sehingga membuatkan dia tertunggu-tunggu dengan cerita yang seterusnya. Suatu hari, Fang mengulangkaji pelajarannya di perpuskataan Pulau Rintis, dia juga ingin melarikan diri daripada abangnya dan juga latihan tempur. Fang ternampak sebuah buku nota dan pen yang ada di depannya, pemilik buku nota itu telah pergi mengambil buku tetapi dia tidak sangka pula pemiliknya ialah Bella. Dia terbaca apa yang tertulis di dalam buku nota itu, terdapat nota-nota ringkas dan juga plot-plot untuk cerita seterusnya tentang detektif Iris

Fang terus mengemas buku-bukunya dan terus keluar dari perpuskataan tersebut. Dia tidak mahu Bella tahu dia telah mencuri baca nota-nota dia, jadi Fang terus sahaja pergi ke kedai Tok Aba dan mengulangkaji di sana sahaja walaupun dia tahu Gopal akan membuat bising nanti

"Hai korang" Suara Fang tidak begitu ceria, dia meletak buku-buku latihannya di atas meja kaunter kedai Tok Aba. Boboiboy dan Gopal ternampak sesuatu di wajah Fang, seperti dia mengetahui rahsia tentang seseorang. Fang duduk di bangku kedai dan dia hanya membuka buku latihan matematik dia. Gopal menyuruh Boboiboy pergi tegur Fang

"Fang? kau ok ke?" tanya Boboiboy. Dia berasa pelik dengan kawan baiknya, selalunya dia membuat bising tetapi hari ini dia senyap sahaja "Fang?" panggil Boboiboy lagi tetapi Fang tidak menyahut panggilan dari dia

"Dey! apasal kau senyap sahaja" giliran Gopal pula untuk memanggil Fang tetapi Fang masih lagi dalam keadaan diam. Dia hanya tumpukan perhatian dengan soalan-soalan matematik. Gopal pandang ke arah Boboiboy dan tidak tahu macam mana untuk memanggil Fang dan memberitahu mereka kenapa dan apa yang berlaku tadi "Wei, wei, tengok belakang kau" kata Gopal kepada Boboiboy

Boboiboy pusing kebelakang dan nampak Bella sedang bersilang tangan dengan muka marah dia "Kau buat apa dekat sini? Kau ke yang buat Fang sampai tak tegur kita orang" Bella hanya hiraukan sahaja mereka berdua, dia berjalan menuju ke Fang dan mengusik-usik bahu Fang

Fang pusing kebelakang dan tidak rasa terkejut melihat Bella ada di situ "Kau nak apa? nak cari pasal dengan aku lagi ke?"

"Yeah right, you know why am i here" kata Bella

"Aku tahu kenapa kau datang ke sini"

"Aku, kau, tempat lain, aku nak cakap dengan kau tentang sesuatu" Fang mengemas balik buku-buku latihan dia "Nanti aku datang balik" kata Fang kepada Boboiboy dan Gopal

"Hati-hati Fang. Kalau ada apa-apa hal, hubungi sahaja kita orang" Fang hanya berikan senyuman kepada kawan-kawan dia dan terus dia ikut Bella. Kemana dia nak bawa Fang, dia ikut sahaja. Mereka berhenti di tepi pantai dan duduk di tepi

"So, you knew my secret" kata Bella sambil bermain-main dengan pasir pantai dengan menggunakan kakinya

"So? kau nak aku bocorkan rahsia kau ke?"

"Aku kenal kau, Fang. Aku tahu kau tak kan bocorkan rahsia sesiapa walaupun orang itu adalah musuh kau sendiri" Bella berhenti main dengan pasir, dia pandang terus ke laut. Dia melihat orang-orang bermandi manda dengan gembira, gelak ketawa bersuka ria tanpa perlu risaukan masalah yang ada di dunia "Aku sebenarnya dipindahkan ke sini sebab kawan baik aku sendiri tapi aku tak tahulah nak panggil dia kawan baik aku atau tidak sebab sampai sekarang dia tidak menghubungi aku lagi"

"Kenapa dengan kawan baik kau?"

"Kau tak perlulah tahu sebab apa, biarlah perkara ini menjadi rahsia tapi apa yang aku, aku terima sahaja tuduhan dari dia dan orang lain. Tuduhan itu menyebabkan aku dibuang sekolah. Setelah aku masuk ke sekolah ini, aku mahu menutup kisah-kisah aku di sekolah lama aku, jadi aku mengubah segala-galanya tentang diri aku. Nota-nota yang kau baca tadi, itu sahajalah tempat yang aku dapat menjadi diri aku sendiri"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now