Mimpi dan Memori

2.6K 106 28
                                    

"ABANG PAIZOOOOO!" terkejut Kaizo dengan jeritan Rizu tadi. Selamat jari dia tidak terkena pisau. Rizu hari ini begitu gembira sekali, dia asyik tersenyum sahaja dekat Kaizo dengan anak patung penguin dia. Semenjak Lynna cerita apa yang terjadi pada hari itu, Rizu tak habis-habis panggil Kaizo, Paizo "Abang Paizo masak apa?" Kaizo sabar sahaja dengan Rizu kerana memanggil dia Paizo

"Hmmm... abang tengah nak buat bubur lobak merah"

"Asyik bubur lobak merah sahaja. Abang Paizo buatlah benda lain selain daripada lobak merah tapi kalau abang Paizo buat masakan lain pun, mesti masinkan. Abang Paizo suka sangat bubuh garam banyak sangat. Abang Paizo nak bagi abang Fang sakit perut ke? Kasihan abang Fang tau, dia terpaksa makan semua makanan abang Paizo buat sebab dia tak nak abang Paizo kecik hati. Abang Paizo kalau nak Pizu bantu, Pi-" terus dia kena sumbat dengan lobak merah sebab Kaizo tidak tahan dengan celoteh Rizu yang panjang lebar. Sampai esok cerita dia tak nak berhenti. Rizu kunyah lobak merah itu

"Rizu pergi kejutkan si Pang tu. Kalau dia tak nak bangun, Rizu tendang sahaja dia" kata Kaizo sambil memotong lobak merah

"Baik abang Paizo!" Rizu keluar dari dapur dengan gembiranya. Hari ini ibu dia benarkan Rizu tidur di rumah Kaizo dan Fang, jadi dia bawa video game dia, buku lukisan dia, anak patung penguin dia dan juga beg pakaian dia. Pagi-pagi lagi Rizu sudah sampai tetapi Fang masih lagi membuta di dalam biliknya. Rizu naik ke atas dan mengetuk bilik Fang tetapi Fang tidak menjawab

"Abang Fang, Pizu masuk bilik abang Fang ok" Rizu membuka pintu bilik tersebut. Bilik itu kelihatan gelap kerana langsir belum di buka lagi. Dia masuk secara pelahan-lahan dan menuju ke katil Fang. Dia kejutkan Fang secara pelahan-lahan "Abang Fang, bangun... bangun... Pizu datang ni" kata Rizu

"Ja.. ja.. jangan... ganggu... aku" kata Fang di dalam tidurnya "Aku... tak.. mahu.. mengingatinya"

"Abang Fang?"

"JANGAN GANGGU AKUUUU!" Rizu terkejut dan lalu dia menjerit sekuat hati sehingga Fang terbangun dari tidurnya. Kaizo muncul di muka pintu dengan sebilah pisau dan mereka berdua menjerit sekuat hati kerana takut melihat muka serius Kaizo sambil pegang sebilah pisau macam nak bunuh orang

"KENAPA KAMU BERDUA MENJERIT PAGI-PAGI NI?" terus mereka senyap. Rizu menggigil kerana masih lagi dalam ketakutan

"Yang abang tiba-tiba muncul dengan pisau tu kenapa? Mana kita orang tak takut" marah Fang balik

"Kalau orang jahat yang cuba bunuh adik, abang kenalah bersedia"

"Yelah abang... cakap ajelah abang lupa nak letak pisau tu. Kalau orang jahat cuba bunuh adik pun, adik kan boleh mempertahankan diri adik"

"Banyak jawab pula budak ni" bisik Kaizo "Abang nak sambung potong lobak merah. Kau pergi mandi, jangan nak sambung tidur" Kaizo keluar dari bilik adiknya dan tidak perasan Fang menjelir lidah kepada abangnya. Rizu ketawa sedikit. Dia sudah pun berhenti menggigil. Rizu dengan sukanya, dia letak anak patung penguin di sebelah anak patung landak di atas katil Fang

"Siapa bagi penguin ni?"

"Kakak Lily bagi. Semalam dia hantar 2 kotak kerepek pisang! Oh yea, tadi abang Fang mimpi apa sampai mengigau?" tanya Rizu sambil melihat Fang mengemas katilnya "Abang Fang cakap jangan ganggu abang Fang. Abang Fang mimpi buruk ke?"

"Entahlah, abang tak ingat apa yang abang mimpi tadi" Fang tidak tipu, dia memang tidak ingat apa yang dia mimpikan tadi. Selalunya, kalau dia mimpi buruk, mesti dia akan ingat tapi kali ini dia langsung tidak ingat apa-apa. Mungkin mimpi sahaja "Rizu sudah sarapan pagi?"

"Sudah! Sebelum Pizu datang ke sini, ibu buatkan sarapan pagi. Ibu buat pancake! Sedap sangat! Ibu siap letak chocolate chip dalam pancake tu, lepas tu ibu letak ice cream atas pancake. Ada chocolate syrup, maple syrup dan pisang!"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now