Telinga, Mulut dan Mata

1.7K 111 23
                                    

My Little Pony, My Little Pony,
What is friendship all about?
My Little Pony, My Little Pony
Friendship is magic!

(My Little Pony)
I used to wonder what friendship could be.
(My Little Pony)
Until you all shared its magic with me.

When I was young I was too busy to make any friends.
Such silliness did not seem worth the effort it expends.
But my little ponies, you opened up my eyes
And now the truth is crystal clear, as splendid summer skies.
And it's such a wonderful surprise

Gopal terkantoi dengan kawan-kawan dia apabila dia menyanyikan sebuah lagu dari katun kegemaran di kalangan kanak-kanak dan juga segelintir dewasa. Gopal tersengih besar kepada kawan-kawan dia. Boboiboy dan Fang ingin sahaja ketawa di situ tapi disebabkan Yaya dan Ying sedang merenung tajam ke arah mereka, jadi mereka menahan diri mereka

"Tak tahu pula kawan aku sorang nie suka tengok My little pony" kata Fang dengan sindirannya "Nanti hari jadi kau, aku bagi kau anak patung besar my little pony, ok tak?" Fang tersenyum sinis kepada Gopal

"Biarkan ajelah dia Fang, itu minat dia" kata Boboiboy "Kita semua mempunyai minat yang tersembunyikan.. betul tak betul tak betul tak" Boboiboy melihat Fang seperti dia tahu rahsia Fang "Kau pun mesti ada minat sesuatu yang tak nak beritahu kita orang semua kan"

"Err.. aku mana ada nak sembunyikan minat aku kepada korang"

"Jangan nak tipulah Fang" kata Yaya "Masa aku tanya kau novel apa kau tengah baca, kau cakap kita orang sibuk kan"

"Ala, lepas tue korang tahu juga kan" Fang terus berjalan, dia malas nak cerita lagi tentang minat dia terhadap buku novel detektif "Kata nak pergi ke kedai Tok Aba, yang korang masih berdiri dekat situ kenapa?"

"Yelah, yelah.. tunggulah kami!" kata Boboiboy. Dia berjalan di sebelah Gopal dan baru perasan Gopal sedang pegang sebuah beg plastik yang besar dan nampak begitu berat "Apa kau bawa tue Gopal?"

"Ada orang bagi dekat aku tadi, dia cakap Appa aku belikan untuk aku" Dia tunjuk di dalam beg plastik itu kepada Boboiboy. Di dalam beg plastik tersebut terdapat 5 tin air yang berlainan perisa. Gopal mengambil perisa oren dan berikan kepada Boboiboy "Kau ambik nie, aku tahu kau suka minum air oren kan" Boboiboy mengambil air itu tanpa berasa ragu-ragu

"Untuk kita orang takda kaa?" tanya Ying yang muncul disebelah Gopal

"Ada.. kau ambil perisa vanilla" dia mengambil satu lagi tin dan berikan kepada Ying "Yaya ambik strawberry, aku ambik chocolate dan yang akhir nie untuk Fang" Gopal keluarkan satu lagi tin dan berikan kepada kawan dia. Yaya mengambil air perisa strawberry itu dari tangan Gopal

"Aku punya perisa apa?" tanya Fang yang berjalan di depan mereka. Gopal pergi ke hadapan dan berjalan di sebelah Fang. Dia memberikan tin air berperisa lobak merah "Hmm.. baik juga ayah kau sampai tahu aku suka lobak merah"

"Tahu takpe" kata Gopal. Fang mengambil tin air itu dan terus buka tin tersebut. Dia sebenarnya memang sangat dahaga, dia rasa lega apabila Gopal membawa air itu semua untuk mereka. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying juga turut membuka tin air itu dan terus minum tanpa rasa ragu-ragu, yang mereka tahu, air itu diberikan kepada Gopal dan berkongsi kepada mereka semua

-------------------------------------

Kaizo yang berada di rumah, dia terdengar satu ketukan di pintu. Dia terus bangun untuk membuka pintu tersebut. Dia berjalan ke pintu rumahnya dan terus membuka pintu itu, tetapi dia hanya nampak halaman rumah dia sahaja "Siapa yang main ketuk pintu nie? ada juga nak kena dengan pedang tenaga aku" kata Kaizo. Sebelum dia menutup pintu tersebut, dia ternampak ada surat tampal di hadapan pintu rumahnya. Dia mengambil surat tersebut dan membelek-belek untuk melihat surat itu untuk siapa dan dari siapa. Kelihatan tiada sebarang tulisan yang ada. Kaizo menutup pintu rumahnya

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now