Kasihan Fang

2.3K 115 18
                                    

Kehidupan Kaizo di bumi bukanlah perkara asing lagi kepada dia, dengan bantuan daripada adik dia juga rakan-rakan dia, dia sudah sesuaikan dirinya di bumi. Kaizo selalunya akan berada di kapal angkasanya semasa adiknya berada di sekolah. Setiap hari, itu sahajalah kerja dia, latihan tempur. Sampai Lynna pernah bertanya dengan dia sendiri, tidak bosan ke setiap hari asyik dengan latihan tempur seperti Kaizo tiada kehidupan selain daripada latihan tempur, misi dan buli adik dia. Kaizo hanya menjawab "Aku tidak pernah rasa bosan"

Hari ini lain pula ceritanya, dia cuba menahan dirinya daripada pergi berlatih latihan tempur. Dia terfikir, mungkin Lynna katakan pada hari itu, mungkin ada kebenarannya juga. Dia fikir, hari ini untuk hari berehat dia, jadi dia hanya duduk diam di atas sofa sambil bermain mata dengan kucing kesayangan adiknya, Shadow

"Aku akan kalahkan kau, Pang" Dia masih lagi memanggil Shadow, Pang. Pertandingan dia dan Shadow agak sengit, dua-dua tidak mahu berkelip mata. Mata Kaizo sudah berair tetapi dia menahan sahaja, dia ingin buktikan bahawa dirinya kuat bukan lemah. Dia tidak akan kalah dengan seekor kucing. Lynna yang baru sahaja muncul di situ, melihat sahaja Kaizo dan Shadow sedang beraksi dalam pertandingan lawan mata. Lynna hanya mengelengkan kepalanya sahaja

"Kau takde kerja ke Kaizo?" terus mata Kaizo berkelip-kelip kerana dia telah di ganggu oleh Lynna. Kaizo bangun dari sofanya dengan muka masam dia "Errr.. aku ganggu kau ke?" Lynna tersengih kepada Kaizo

"Kenapa kau ganggu aku! Aku baru sahaja nak kalahkan kucing ini"

"Sah si Kaizo nie takde kerja" bisik Lynna "Kenapa kau panggil aku hari ini?"

"Hari ini aku nak kau mengajar aku bagaimana hidup di bumi ini sebagai manusia biasa" Lynna nak sahaja ketawa di situ tetapi disebabkan kawan baik dia itu adalah Kapten Kaizo, alien paling digeruni di galaxy, jadi dia menahan sahaja. Dia hanya tersenyum kepada Kaizo

"Bukan kau sudah duduk dekat bumi lama ke? apasal kau nak tahu bagaimana kita hidup di sini"

"Jangan banyak soal boleh tak!" kata Kaizo dengan nada garang dia tetapi Lynna hiraukan sahaja suara garang Kaizo "Apa kau selalu buat waktu begini?"

"Hmmm.. aku biasanya hari biasa macam ini, aku ada kelas"

"Kelas? kau sekolah lagi ke?" Kaizo melihat Lynna dengan penuh curiga

"Umur kita sekarang ini, selalunya akan pergi mencari kerja tak pun, akan masuk ke kolej atau maksud lain university. Aku hari ini tiada kelas, jadi bolehlah aku bantu kau. Kau nak suruh aku bantu kau buat apa?"

"Bukan aku sudah cakap ke tadi, bantu aku bagaimana hendak menjadi manusia yang sempurna duduk di bumi! kau sendiri cakap kehidupan aku sungguh membosankan, asyik dengan latihan tempur aku sahaja" Lynna melihat sahaja kawan dia yang entah betul ke tak betul sekarang ini. Ada orang sumbat dia makan durian lagi ke? fikir Lynna. Tapi akhirnya dia sedar juga dengan kehidupan dia dengan latihan tempur dia, fikir Lynna lagi

"Baiklah, tapi kau kena ikut semua cakap aku! kau tidak boleh marah aku atau menghukum aku"

"Hmm.. yelah" Lynna dengan senyuman sinis dia, dia membawa Kaizo berjalan-jalan di bandar dan kedai pertama mereka masuk adalah kedai pakaian. Mengikut kata Lynna, Kaizo tiada pakaian lain ke selain daripada baju kelabu dia yang tiada lengan dia. Lynna telah mememilihkan beberapa baju dan seluar jeans untuk Kaizo dan paksa dia cuba baju dan seluar yang telah dipilih oleh Lynna

"Cuba sahajalah!" Lynna menolak Kaizo masuk ke dalam bilik salinan pakaian dan terus dia menutup pintu tersebut. Dia duduk di kerusi khas yang ada di depan tempat bilik persalinan, sambil menunggu, sambil itu dia membaca majalah yang ada di situ. Dia membelek-belek sahaja majalah itu sehingga pintu bilik persalinan di buka, Kaizo keluar dengan baju t-shirt dan jaket denim dia dan berseluarkan seluar jeans "Wow" bisik Lynna

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now