PROLOG👑

11.2K 462 34
                                    

"Cengeng!" Ya, itu perkataan yang selalu telinga ini dengar. Perkataan itulan yang selalu sahaja menemani hidup lelaki ini sejak aku kecil. Zaman kanak-kanaknya tidak seindah orang lain. Zaman kanak-kanaknya merupakan satu jangka masa yang ingin diluputkan jika boleh.

Hidupnya seperti tiada saudara. Ada ayah, ayah sibuk dengan kerja. Ada abang, langsung tidak menghiraukan kewujudannya. Menurut cerita ayahnya, abangnya itu tidak menghiraukannya kerana mama. Ya, wanita yang melahirkannya.

Zaman kanak-kanak yang sepatutnya menjadi zaman yang paling gembira bagi seseorang manusia, hanya berlalu suram dan kelam. Tiada langsung kenangan manis yang tercipta. Hubungannya dengan abangnya boleh dikatakan tidak normal. Tidak seperti orang lain.

Angan-angan untuk bermain bola bersama abangnya hancur berkecai. Angannya untuk berlumba basikal bersama abangnya juga hancur. Tiada yang indah dalam tempoh masa itu.

Sehinggalah kebenaran segalanya terbongkar!

"Hai, saya Irfan Aisy. Jejaka yang bakal mencuri hati anda!" Irfan mengenyitkan matanya kepada dua orang gadis dihadapannya. Kedua-duanya hanya menayangkan riak menyampah dengan gelagat manusia dihadapannya.

"Dahlah Fan oi. Aku yang penat tengok kau. Kang aku baling kasut ni karang!" Bentak Iman yang memang sudah menyampah tahap gaban terhadap Irfan. Mahu sahaja dia menyumbat kasutnya ke dalam mulut lelaki itu. Langsung tidak reti berhenti bercakap.

"Lek ah! Aku tengah praktis ni kot. Persembahan kita dah dekat lah weh." Irfan meletakkan skrip ditangannya dan mula menapak ke arah dua orang gadis itu. Lengan bajunya disingkap dan dia melabuhkan punggungnya di hadapan Izzaty dan Iman.

"Tak masalahnya, nama kau dalam drama theater ni, Nadim Afham. Bukan Irfan Aisy. Perasan lah tu." Balas Iman lagi. Terjuih-juih mulutnya. Izzaty hanya menggeleng sambil tersenyum sahaja. Ada-ada je mereka berdua ni. Kalau sehari tak bergaduh, memang tak sah!

"Whatever Iman Hannan!" Irfan menjegilkan matanya sambil membuat gaya flip hair. Sesuailah tu jadi nyah agaknya. Kutuk Iman dalam hati.

"Korang ni, bergaduh je kerja. Tak elok tau. Nanti, atas pelamin, korang duk sebelah-menyebelah. Nak?" Canda Izzaty. Walaupun sedikit berat untuk melawak menggunakan lawak itu, namun dia terpaksa kerana sejak akhir-akhir ini, Irfan sepertinya sudah mengetahui tentang perasaannya.

"Oh no way!" Kedua-dua manusia itu menidakkan dengan riak wajah yang seakan jijik dengan perkara itu.

"Kau ni, T. Suka-suki je mendoakan aku dengan mamat ni. Eh pleaselah. Kalau kau doakan aku dengan si Afnan tu, cun jugak. Takdelah pondan macam dia ni." Iman bangkit dari duduknya dan berlalu meninggalkan Izzaty dan Iman disitu. Dia menuju ke arah kawan-kawannya yang turut serta dalam drama theater ini.

"Macamlah aku suka sangat. Kalau aku dengan kau, okay jugak. Kan T, kan?" Irfan mengenyitkan matanya kepada Izzaty. Bulu roma Izzaty tegak. Jantungnya berdegup kencang. No! No! Izzaty relaks. Bisiknya kepada diri sendiri. Namun, jantungnya tidak mengikut arahan. Darah dipam berkali ganda daripada biasa menyebabkan pipi gebunya memerah. Blushing.

"Errrrr. Iman!" Izzaty berdalih. Terus sahaja dia bangkit dan mengatur langkah mendekati Iman. Irfan ditinggalkan terkebil-kebil disitu.

"Woi! Apehal tinggal aku?" Bentak Irfan. Terus sahaja dia memuncung. Selalu je tinggalkan aku macam ni. Marah Irfan di dalam hati.

"Hai, Fan!" Dalam dia membebel berbakul-bakul dalam hati, dia disapa oleh seorang gadis yang ayu. Eh, boleh tahanlah. Cantik!

"Hai Shu." Sahut Irfan dengan gembira. Shu atau nama sebenarnya Nashuha merupakan gandingannya di dalam drama theater itu; memegang watak sebagai Puteri Cempaka Angsana yakni heroin.

"Sorang je?"

"Haah! Sorang je. Dua bodyguard aku dah lari." Canda Irfan diiringi dengan tawanya. Nashuha juga ketawa. Iman dan Izzaty sememangnya terkenal sebagai bodyguardnya di kolej itu memandangkan mereka bertiga selalu bersama. Di mana ada Irfan, disitu ada Izzaty dan Iman. Ya, bagaikan belangkas. Eh belangkas kalau berdua. Bertiga apa eh?

"So skrip semua dah hafal ke?" Nashuha menyoal Irfan dengan penuh minat. Dipandang wajah lelaki dihadapannya. Smart! Handsome!

"Alhamdulillah semua dah. Kau?"

"Dah, jugak. Jom praktis sama-sama." Ajak Nashuha dengan gembira. Irfan mengangguk setuju.

------

"Tengok tu T! Amboi bukan main dia dengan Nashuha tu." Adu Iman kepada Izzaty. Mereka berdua dari tadi duk perhati Irfan dan Nashuha sedang berdua-duaan. Praktis sama-sama pulak tu.

"Biarlah dia." Izzaty bersuara. Sedikit pasrah.

"Masalahnya, penyakit sweet talker di semakin menjadi-jadi sekarang. Ramai gila orang jatuh hati kat dia weh." Ujar Iman lagi. Termasuk aku, T. Bisik Iman di dalam hati. Senyum pahit disembunyikan.

"Itu hak dia. Biarkan jelah." Sekali lagi, Izzaty bersuara pasrah. Mungkin sedikit patah hati melihat kemesraan Irfan dan Nashuha. Untunglah Nashuha. Bisik hatinya. Jam ditangannya dikerling. Lagi lima minit, waktu makan tengah hari hampir tiba. Izzaty mengambil beg sandangnya dan dia mula berlalu pergi. Iman ternganga kerana Izzaty berlalu meninggalkan tanpa suara. Tidak seperti selalu. Makan hati kah?

"Kau nak pergi mana woi?" Laung Iman. Tak padan dengan perempuan, perangai lagak jantan. Aduh! Hancur imej gadis melayu kalau wujud manusia seperti Iman ini.

"Makan!" Jawab Izzaty.

"Nak ikut!" Terus sahaja dia menyambar beg sandangnya dan mula berlari mendekati Izzaty. Irfan yang sekali-sekala mengerling ke arah dua orang gadis itu turut meminta diri daripada Nashuha. Nashuha mengetap bibir. Izzaty, Iman. Mereka berdua je ada dibenak kau, ya? Bentak Nashuha dalam hati.

"Boleh join?" Irfan yang mengekori mereka dari belakang bersuara. Dua orang gadis itu kaget.

"Kau tak boleh bagi salam ke? Nasib aku dengan T tak goal tahu?" Marah Iman. Memang langsung tiada tersimpan keayuannya. Izzaty masih senyap.

"T, nak ikut boleh?" Irfan menayangkan riak kesiannya. Tanyalah Asyraf Aisy, comfirm, Aisy tahu betapa meluatnya riak itu. Hohoho.

"Jomlah." Sahut Izzaty manakala Iman menunjukkan riak tidak berpuas hati. Kau ingat comel? Bentaknya dalam hati.

"Aku drive!" Kunci kereta dipinta dari Izzaty. Izzaty akur. Dia menghulurkan kunci kereta kepada Irfan.

"Apa? Kalau aku nak drive, kau selalu tak kasi. Dengan Irfan, laju je. Okay. Aku merajuk setahun dengan korang." Iman merengus. Tidak puas hati. Izzaty dan Irfan ketawa mengekek. Tahu bahawa rajuk Iman hanya seketika. Wait and see.

"Weh, abang kau dengan kak Ana, macam mana? Masih membesarkan skuad Aisy dan Aisyah ke?" Tengok? Kan dah cakap. Minah kepoh ni, takde maknanya nak berhenti bercakap. Cakap Irfan, dia tu dua kali lima je. Izzaty dan Irfan ketawa lagi.

"Yelah kot!" Jawab Irfan selamba. Malas berbicara mengenai abangnya. Ini cerita aku, bukan cerita dia. Bisik Irfan di dalam hati.

ALL RIGHT RESERVED BY RealStarlight.
FLOWER PRINCE.
PROLOG.
27/11/2016.

Komen? 🌷

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now