BAB 15👑

3K 251 30
                                    

"Saya mintak diri dulu, Pak Hamid." Nadim atau nama sebenarnya Irfan, menyalami tangan Pak Hamid. Lama.

"Mak Teh, Cempaka, saya mintak diri dulu. Terima kasih atas jasa baik semua yang sudi beri tempat tinggal kepada saya, memberi makanan kepada saya. Saya sangat berterima kasih." Irfan berjeda seketika. Matanya beralih ke aeah Cempaka. Senyum paling manisnya terukir.

"Cempaka Angsana, terima kasih kerana telah menyelamatkan saya. Saya tak tahu nak balas budi awak macam mana. Tapi in shaa Allah, saya janji, saya akan balas budi semua orang yang membantu saya kat sini." Mata Irfan berkaca. Sungguh dia sebak untuk meninggalkan mereka semua. Mereka sangat baik terhadap dirinya sewaktu dia menginap disini.

Cempaka sebak. Matanya sudah berkaca. Hatinya sakit. Dadanya senak. Berat untuk dirinya melepaskan Irfan pergi. Irfan mula menuruni tangga. Setapa demi setapak dia memulakan langkah untuk meninggalkan tempat itu.

"Nadim..." Cempaka memanggil Irfan. Airmatanya sudah mengalir dipipi.

"Awak akan datang sini lagi ke? Jenguk orang dengan ayah dan mak?" Tanya Cempaka tersekat-sekat. Irfan menoleh ke belakang kembali seraya senyum. Tercuit hatinya saat memandang wajah polos itu.

"In shaa Allah. Kan saya dah janji dengan Angsana sesuatu. Nanti saya datang balik dan saya tunaikan in shaa Allah. Angsana jaga diri elok-elok. Jaga mak ayah, ya? Kerja elok-elok. Jangan mudah percaya orang cakap, okay?" Irfan mengenyitkan matanya. Cempaka terpempan. Sungguh senyuman yang tidak lekang dari bibir lelaki itu membuatkan hati Cempaka sedikit terubat. Setiap pesanan Irfan disematkan di dalam kepalanya.

Janji sesuatu? Janji dia nak kahwin dengan aku? Pipi Cempaka blushing. Tidak menyangka Irfan masih mengingati hal itu.

"Terima kasih, Irfan Aisy." Walaupun kekok, dia cuba juga memanggil nama sebenar lelaki itu. Tidak syok seperti memanggil nama Nadim Afham. Irfan mengangguk. Langkahnya diatur kembali. Dia menumpang kereta jiran Pak Hamid untuk ke pekan. Basnya akan bertolak pada pukul 9.30 pagi.

------

Akhirnya selama 6-7 jam perjalanan ke Kuala Lumpur, Irfan akhirnya sampai di stesen bas. Telefon awam dicari. Tidak sampai beberapa minit, dia menemui pondok telefon awam yang berdekatan.

"Bismillahirrahmanirrahim.." Irfan bisik kalimah basmalah sebelum menekan butang yang tertera disitu. Nombor seseorang didail.

"Harap maaf. Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan." Irfan menggigit bibir. Nombor yang didail sudah tidak aktif. Jadi, nombor siapakah seterusnya? Lekas dia mengerah otaknya. Beberapa minit cuba memgingati, akhirnya nombor seseorang diingati walaupun hanya samar-samar.

Punat disitu ditekan lagi.

"Tuttttt..... Assalamualaikum." Sekali cubaan sahaja panggilannya sudah bersambut. Irfan mengucap syukur ke hadrat Ilahi.

"Assalamualaikum. Siapa ya?" Sekali lagi suara ditalian bergema. Irfan speechless. Dia tidak mampu untuk memberi respon terhadap pertanyaan itu. Dia gembira kerana nombor yang digunakan oleh orang ditalian masih sama. Dia juga bersyukur kerana nombor itu masih utuh diingatannya.

"Assalamualaikum.." Sekali lagi salam diutarakan.

"Waalaikumussalam..." Sahut Irfan tergagap-gagap.

------

Sedang asyik dia menyiapkan assignmentnya, Iman dikejutkan dengan deringan telefon miliknya. Paparan skrin dilihat buat seketika. Nombor tidak dikenali? Jawab jelah. Bisik Iman.

"Assalamualaikum..." Iman mengutarakan salam kepada sang pemanggil.

Senyap.

"Assalamualaikum. Siapa ya?" Sekali lagi Iman bersuara. Namun masih lagi tiada respon. Iman sudah mengetap bibir. Call aku, api tak nak cakap. Apalah! Bentak Iman di dalam hati.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now