BAB 20👑

3.1K 224 16
                                    

Gadis yang berusia 17 tahun sedang memeluk lututnya dibawah gelongsor yang tertutup. Hujan yang lebat membasahi bumi menyebabkan dia terpaksa berteduh di dalam gelongsor itu. Dia bimbang dibasahi hujan dengan baju yang tersarung badannya.

Itu sahajalah baju yang dia ada tatkala ini kerana melarikan diri dari satu pusat pelacuran. Dia hampir menjadi makanan seorang lelaki durjana sebentar tadi. Tanpa disangka, lelaki yang membantunya pada pagi tadi merupakan tauke pusat pelacuran itu.

Air matanya mengalir. Dia amat bersyukur kerana ALLAH masih menyelamatkannya. Gadis itu sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyelamatkan maruah dirinya.

Sesaat kemudian, empangan air matanya pecah. Bahu yang terdedah diusap perlahan agar haba dapat dihasilkan. Dress yang hanya separa peha itu mendedahkan sebahagian besar tubuhnya. Keadaan dingin menyebabkan bibirnya terketar-ketar.

Saat ini, dia mampu bersembunyi. Ketika ini, dia mampu berlindung di sini. Andai esok masih ada buatnya, di mana dia ingin berteduh?

Hampir sejam rahmat ALLAH itu membasahi bumi, akhirnya ia berhenti.

"Iman bangkit. Kau kena ikhtiar cari baju yang elok." Bisik gadis itu kepada dirinya sendiri. Lekas sagaja dia menggelongsor turun daripada gelongsor itu dan mula menapak. High heels yang tinggal sebelah sahaja ditangannya dicampakkan jauh ke dalam semak. Biarkan!

Dengan hanya berkaki ayam, Iman berjalan di persekitaran kawasan itu. Ketika dia melewati sebuah rumah yang tidak berpagar, Iman terlihat baju yang masih tersidai di ampaian. Tanpa berfikir panjang, lekas dia berlari anak dan mengambil sehelai t-shirt berlengan pendek dan sehelai seluar jeans. Saiz pakaian yang besar itu tidak diendahkan. Usai itu lekas sahaja dia berlari anak menuju ke surau yang berdekatan.

Pakaian disalin dan akhirnya dia keluar dengan imej yang berbeza. Dengan berani dia melangkah meredah larut malam itu tanpa hala tujuan. Ke mana dia harus tuju?

Melihat masjid yang berdekatan, Iman hanya menunduk. Terasa diri tidak layak untuk menapak ke dalam rumah ALLAH itu. Terasa dirinya terlalu kotor untuk memasuki perkarangan rumah ALLAH yang suci itu.

Iman akhirnya tiba di kaki lima shopping mall yang masih beroperasi. Dari luar dia melihat banyak makanan yang dijual di dalam premis itu. Sambil mengusap perutnya, Iman meneguk liur. Terus sahaja dia gagahkan kakinya meninggalkan tempat itu. Dalam perjalanannya, matanya tertangkap dengan gelandangan-gelandangan yang tidur di kaki lima dengan beralaskan kotak.

Selesai satu masalah, terbit lagi satu masalah. Kali ini Iman diculik oleh sindiket pemerdangan orang. Mungkin ALLAH masih menyayangi gadis itu, dia sekali lagi diberi kekuatan untuk melarikan diri. Nasib sahaja dia masih berada di dalam kawasan itu. Setiap hari, air matanya menitis.

Setiap kali malam menjelma, pasti ketakutan menyelubungi dirinya. Dia takut! Takut diberkas oleh bapak ayam seperti hari itu. Dia juga khuatir sindiket penculikan itu menemuinya kembali. Saat dia tidak tahu arah tuju, kelihatan rumah ALLAH seperti memanggilnya.

Namun, layakkah dia menjejakkan kaki ke rumah suci itu setelah beberapa tahun tidak menjalankan suruhan-NYA yang wajib itu? Adakah ALLAH masih menerima taubatnya?

Ada satu hari, dia melangkah masuk ke dalam perkarangan masjid itu walaupun dengan teragak-agak. Namun, dia telah diherdik dan dicaci maki oleh mak cik-mak cik yang baru sahaja selesai menunaikan solat asar berjemaah. Beginikah masyarakat ingin mengajak muda-mudi untuk mendekati masjid?

Sehinggalah suatu hari, malam yang dia takuti sudah menjelma. Matanya tidak mampu dipejam walaupun sedikitpun. Begitulah rutinnya pada setiap malam. Dia bimbang, jika dia terlelap, dia sudah berada ditempat lain.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now