BAB 23 👑

2.9K 221 40
                                    

IRFAN memarkirkan kenderaannya di garaj. Hari ni sangat penat baginya. Dari pagi, dia terpaksa mengurus Iman. Bawa Iman ke hospital, tunggu gadis dirawat, menghantar gadis itu pulang ke rumah sekali gus memaksa gadis itu makan sebelum pulang. Melayan karenah Iman tersangatlah penat. Tahulah kan, Iman tu degil. Susah nak dengar cakap orang.

Enjin kereta di matikan dan Irfan keluar dari perut kenderaan itu. Kereta dikunci dan dia mula menapak menuju ke pintu rumahnya.

"Baru balik, Fan? Dari mana?" Irfan berhenti melangkah. Dahinya dikerutkan sambil menoleh. Along balik? Segera dia melilau mencari kenderaan milik abangnya. Lah, ada rupanya. Irfan menyengih apabila menyedari kereta milik abangnya terparkir elok disebelah kereta. Segera dia menoleh.

"Jumpa Iman." Sahut Irfan pendek. Dia mendekati abangnya dan melabuhkan punggungnya di sebelah Aisy di atas buaian itu.

"Berdua?" Aisy yang masih dengan riak bekunya bertanya.

"Haah." Jawab Irfan tanpa berfikir panjang.

"Nak kena macam hari tu? Kes tu pun tak selesai lagi.."

"Rileks long. Lek..." Akibat memintas percakapan Aisy, kepala Irfan diluku dengan sedikit kuat.

"Apa lek lek? Benda macam tu bukan boleh dibuat main." Aisy mula membebel. Wajah ketatnya ditayang. Irfan sudah mencebik disebelah Aisy. Kepalanya yang sakit diusap perlahan.

"Apa ni long! Suka sangat main kepala orang." Bentak Irfan. Matanya sudah berkaca-kaca. Terjuih bibirnya menahan sakit di kepala.

"Cengeng! Umur memang dah tua bangka. Perangai macam Aina dan Ammara." Ejek Aisy. Hal ini menyebabkan Irfan bertambah jengkel. Muncungnya semakin panjang. Irfan memeluk tubuhnya.

"Yelah-yelah. Tadi Fan tolong Iman je. Iman tak berapa sihat. Dia pening-pening. Muntah-muntah pulak tu..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, bahunya dipegang oleh Aisy. Irfan tercengang dengan perangai abangnya. Bengong ke abang aku ni?

"Fan dah buat apa ni?"

"Buat apa?" Irfan masih tidak mengerti. Dia mengerutkan dahinya. Sesungguhnya dia tidak mengerti tentang ini!

"Irfan buat apa kat Iman sampai Iman muntah dan pening?" Aisy tanya lagi. Ya ALLAH! Irfan mengucap panjang. Dia masih tidak mengerti soalan abangnya.

"Fan mana ada buat apa-apa. Iman tu hah yang sakit. Apa kaitan dengan Fan?" Aisy mengeluh perlahan. Jantungnya berdegup kencang. Perkara yang bermain dibenaknya sungguh berat. Dia mahukan kepastian.

"Fan buat Iman mengandung ke?" Aisy tidak mahu berdolak-dalih lagi. Soalan direct dilontarkan kepada Irfan. Irfan tercengang. Mulutnya ternganga. Namun itu hanya sementara sahaja sebelum ketawanya terhambur.

"Kenapa gelak? Benda ni benda serius Irfan Aisy!" Aisy sudah bercekak pinggang di hadapan Irfan. Irfan menggigit bibir. Menahan tawanya dari terhambur lagi. Gerun dengan wajah ketat dihadapannya.

"Okay, sorry long. Tapi serius lawaklah soalan along ni. Irfan tak buat apa-apa lah kat Iman. Takkanlah Iman pregnant kot. Nak sentuh Iman pun, dah tentu kena karate dengan budak tu. Macam mana dia nak mengandung, long? Sperm terbang then berlaku fertilisation? Macam tu?" Tidak tahan lagi, sekali lagi tawa Irfan terhambur. Terpengaruh dengan drama melayulah abang aku ni. Kutuk Irfan dalam hati. Aisy mengeluh perlahan. Lega barangkali.

"Baguslah kalau macam tu."

"Iman tak cukup tidur. Tekanan darah dia rendah. Lepas tu, di tak makan. Sebab tulah dia jadi macam tu. Muntah dengan pening bukan simptom orang pregnant je long. Ni mesti dah terbiasa dengan semua ni, kan? Maklumlah setiap tahun ada baby baru." Perli Irfan. Dia bangkit awal-awal dari duduknya. Irfan yakin, selepas ini, dia bakal menerima balasan daripada abangnya.

"Irfan Aisy!" Panggil Aisy. Kan dah cakap. Irfan menjelirkan lidahnya sebelum berlari anak masuk ke dalam rumahnya dengan tawa yang terhambur. Suka benar menyakat abangnya.

"Hah Irfan." Kali ini dia disapa oleh papanya pula. Segera dia menghentikan langkahnya dan menayang sengih.

"Dari mana?"

"Jumpa Iman." Jawab Irfan pendek.

"Berdua?" Encik Hakeem menyoal Irfan sebijik dengan soalan Aisy. Maklumlah, like father like son.

"Okay papa. Tadi Fan dah kena soal siasat dengan polis pencen kat depan sana. Apa-apa papa boleh tanya polis pencen tu." Irfan terus memotong sesi soal jawab itu. Bosanlah kalau benda yang sama ditanya berulang kali. Ye dak?

"Amboi. Suka hati panggil along polis pencen." Kali ini Aisy sudah berada disebelahnya. Bahu Irfan ditumbuk kasar oleh Aisy.

"Papa! Tengok along ni. Sakit tau!" Bentak Irfan lagi. Dia mengusap bahunya. Tadi kepala, ini bahu pulak. Dia fikir aku ni punching beg ke? Marah Irfan dalam hati. Mulutnya memuncung lagi.

"Tengok tu, pa. Budak cengeng." Ejek Aisy. Encik Hakeem hanya mampu menggeleng melihat telatah dua beradik itu. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Nasib sahaja mereka melayan adik baru mereka dengan baik. Kalau tidak, mahu hari-hari si Syakir tu menangis.

"Suka hati Fan lah." Rajuk Irfan.

"Ayah Usu jangan mawah." Tiba-tiba tangan si kecil Ammara sudah berada di hujung bajunya. Irfan menunduk dan senyumnya terukir melihat anak kecil itu. Di angkat Ammara ke dukungannya. Suka benar dia melihat si kecil ini. Wajahnya mirip abangnya tapi versi yang suka senyum. Comel je kalau budak ni senyum. Tak macam Aisy, senyum tu jarang bebenor.

"Ayah Usu tak marahlah." Pipi Ammara dikucup perlahan.

"Dahlah pa, along. Fan nak naik dulu. Nak mandi." Irfan meminta diri. Sambil mendukung Ammara, dia melangkah menuju ke biliknya. Tiba-tiba, dia menghentikan langkahnya dan menoleh ke belakang.

"Papa, along, nanti hujung minggu ni, bolehlah bawak rombongan pergi meminang Iman. Iman dah setuju nak kahwin dengan Fan. Tapi dia nak tunang dulu. Habis belajar, baru kitorang kahwin." Ujar Irfan sebelum mendaki tangga menuju ke biliknya.

"Malam ni, kita bincang lain." Sahut Encik Hakeem.

"Baik, pa." Irfan akur.

"Acik Iman nak kahwin dengan Ayah Usu?" Soal kanak-kanak perempuan itu. Tangannya dilingkarkan dileher Irfan.

"Haah. Acik Iman nak kahwin dengan Ayah Usu. Ammara suka tak?" Sekali lagi hidung mancungnya tenggelam dipipi gebu milik Ammara.

"Ammawa suka. Ammawa suka acik Iman. Acik Iman baik." Ammara bersuara dengan mata yang bersinar. Irfan turut mengukir senyum. Namun lama kelamaan, senyumnya mula pudar dan akhirnya diganti dengan keluhan.

"Betul ke apa yang aku buat ni ya ALLAH?" Irfan melabuhkan punggungnya di atas katil. Di letakkan Ammara di atas katil; bersebelahan dengannya. Irfan mengeluh lagi. Dia melakukan semua ini demi Iman. Dia tidak sanggup Iman dipandang serong oleh masyarakat seandainya hal mereka pernah ditangkap khalwat tersebar.

Andai perkara itu tersebar, siapa je yang ingin berkahwin dengan Iman nanti? Bukan dia ingin mempersoalkan jodoh Iman, tetapi orang zaman sekarang, mudah sangat percaya dengan khabar angin. Dia tidak ingin Iman menderita di kemudian hari.

Bahagiakah Iman dengan kau, Fan?

Soalan itu sering sahaja bermain dibenaknya. Bahagiakah Iman seandainya mereka disatukan? Sewaktu mereka bersama, Iman lebih banyak makan hati. Gadis itu sering sahaja menangis sejak akhir-akhir ini. Dia tahu, luaran Iman sahaja yang keras, tapi hati Iman rapuh. Dia tekad untuk membahagiakan Iman.

Dan jika selepas dia berkahwin dengan Iman, Iman menemui orang yang menyayanginya sepenuh hati, dia rela melepaskan Iman. Anggaplah dia sebagai penjaga jodoh orang. Dia tidak kisah. Asal sahabatnya bahagia.

ALL RIGHTS RESERVED BY RealStarlight.
FP- BAB 23.
02/04/2017.

Rindu tak Aisy gaduh dengan Irfan? 😂

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now