BAB 46 👑

3.8K 233 18
                                    

MAJLIS resepsi yang sederhana dijalankan untuk kedua-dua mempelai. Irfan yang segak berbaju melayu merah hati membetulkan songkok yang sedikit senget di kepalanya. Sempat lagi dia menoleh ke arah Iman yang kelihatan penat.

Ya, sejak semalam, mereka memang sibuk memandangkan tempoh persiapan perkahwinan mereka hanya dua minggu. Usai sahaja majlis ijab kabul, mereka terpaksa ke hlur dan ke hilir untuk mencari barang bagi melengkapkan majlis resepsi pada hari. Bersyukur kepada ALLAH kerana majlis mereka berjalab dengan lancar.

"Penat eh?" Bisik Irfan. Matanya masih terarah ke hadapan memandangkan tetamu berada dihadapan mereka. Sebentar lagi pasti sesi bersanding ini berakhir. Iman mengangguk sahaja. Siapa kata kahwin ni hanya sekadar seronok? Penat pun ada! Rintih Iman dalam hati.

"Kesiannya.." Irfan berjeda seketika. Kemudian dia menoleh ke arah Iman dan merenungnya tajam.

"Tapi senyum!" Sambungnya lagi. Wajah ketat ditayang. Iman mengeluh perlahan. Singa kalau dah mengaum, naya je kena baham kalau tak dengar cakap dia. Iman memekarkan senyuman di bibirnya.

"When I see your smile, the whole world stand still for a while. Cause you are amazing, just the way you are." Bisik Irfan di telingan Iman. Tangan Iman yang terletak elok di atas peha gadis itu dicapai dan digenggam erat. Iman terkedu. Jantungnya mula mengepam darah dengan lebih laju.

Lidah Iman kelu. Segala kepenatan yang dilalui bagaikan terusir seketika dek kejutan yang dialaminya. Iman menoleh ke arah Irfan namun lekas dia melarikan anak matanya apabila bertentangan dengan Irfan yang juga sedang merenungnya.

Dia ni dah sewel ke? Bisik Iman dengan tidak senang duduk.

"Ehem!" Situasi 'panas' mereka itu akhirnya diganggu oleh seseorang. Iman lekas mendongak dengan wajah yang membahang. Malu apabila drama cinta pendek antara dia dan Irfan ditonton oleh pemilik suara.

"Sudah-sudahlah buat sesweet kat sini. Jom, makan beradab pulak." Izzaty tersengih melihat keadaan dua sahabatnya itu. Harus dia akui, Irfan dan Iman sepadan bersama. Bagai pinang dibelah dua bak kata pepatah melayu. Irfan dan Iman hanya menurut.

Belum sempat Iman menonong berlalu bersama Izzaty dan meninggalkan Irfan, tangannya dicapai oleh Irfan. Terpaksa gadis itu  menghentikan langkahnya.

"Kenapa tak tunggu aku?" Mata Irfan mencerlung ke arah Iman. Sedikit berang apabila ditinggalkan oleh Iman. Iman buat tak endah. Dia mula membuka langkah untuk berlalu biarpun tangannya digenggam erat oleh Irfan. Irfan merengus geram.

"Kang ada je orang tak makan secara beradab lepas ni." Gumam Irfan sedikit kuat sambil menjeling ke arah Iman. Iman mengerutkan dahinya. Masih mencerna apa yang dibebelkan oleh lelaki itu.

"Aku angkut kau pergi bilik, aku yang makan nanti." Sambung Irfan lagi. Sengaja memancing Iman atau lebih tetap mengugu gadis itu. Iman meneguk liur. Itu seram! Lekas dia memperlahankan langkahnya. Secara terpaksa, dia memaut lengan Irfan.

"Ni baru sweet." Ujar Irfan sambil menahan tawa. Wajah Iman yang cemberut itu menggelikan hatinya. Sweet jadah dia! Bebel Iman dalam hati.

"Senyum sikit." Arah Irfan lagi. Iman menurut sahaja. Senyum terpaksa diukir. Akhirnya mereka tiba di meja makan untuk makan beradab. Mereka menjamu selera bersama-sama dengan ahli keluaga terdekat.

------

IMAN menyandarkan badannya pada kepala katil. Penat seharian melayan tetamu yang tidak putus-putus menghadiri majlis resepsinya. Tidak semenanya mata Iman tertutup seketika sebelum dia tersedar kembali akibat tersengguk.

"Mengantuknya." Bisiknya. Akibat tidak tahan dengan kantuknya itu, Iman lekas merebahkan badannya di atas katil itu. Niatnya untuk menunggu Irfan terbantut. Tidak sampai beberapa minit kepada berada di atas bantal, matanya mudah sahaja tertutup. Dia dibuai mimpi yang indah.

FLOWER PRINCE 👑 ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें