BAB 1👑

7.1K 420 29
                                    

Suasana di dewan teater itu senyap seketika. Tirai dibuka dan kelihatan seorang lelaki yang memakai t-shirt polo dan berseluar slack berdiri. Cahaya ditumpukan ke arahnya. Dia memandang sekeliling.

"Dimanakah aku?" Matanya melilau. Sukar untuk ditafsirkan keberadaannya pada saat dan ketika ini. Sungguh suasana dan tempat itu begitu asing dengannya.

Tiba-tiba hadir seorang gadis yang berbaju kurung dan berkain batik. Kepalanya dilitupi dengan kain batik.

"Cik!" Lelaki itu memanggil gadis yang yang baru sahaja melewatinya. Langkah gadis itu terhenti. Dia menoleh.

"Adakah tuan hamba memanggil hamba?" Lelaki itu mengerutkan dahinya. Mungkin aneh dengan bahasa yang sedikit berlainan itu.

"Ya. Saya panggil awak. Kita kat mana ni?" Seraya itu dia mendekati gadis yang kelihatan sopan itu.

"Jangan dekati hamba. Tidak enak jika orang sekeliling memandang. Tidak elok juga jika jejaka dan perawan berdua-duaan." Usai dia berkata sedemikian, gadis itu kelihatannya mula melangkah meninggalkan jejaka itu.

"Cik! Saya kat mana ni?" Gadis itu berhenti melangkah.

"Negeri Di Bawah Bayu." Jawab gadis itu.

"Negeri Di Bawah Bayu?"

"Ya. Negeri Di Bawah Bayu."

Jejaka itu semakin terpinga-pinga. Dia menoleh sekeliling. Memang aneh suasana disini. Tidak seperti tempat asalnya.

"Nama saya Nadim Afham. Nama awak siapa?"

"Tiada keperluan untuk tuan hamba mengetahui nama hamba. Hamba minta diri dulu. Assalamualaikum." Gadis misteri itu berlalu pergi meninggalkanya jejaka yang bernama Nadim Afham itu. Lelaki itu menyambut salam si gadis.

"Aku kat mana ni? Aku bukan kat Malaysia? Macam mana aku boleh sampai ke sini?" Nadim Afham menyoal dirinya. Dia bingung.

Tirai ditutup. Babak pertama telah pun selesai. Seterusnya babak ke-dua. Babak yang mengisahkan pertemuan sekali lagi lelaki itu dengan gadis itu kerana ditangkap oleh tentera istana. Dia dianggap orang asing dan dibawa ke istana. Dia ditempatkan di dalam kurungan.

Ketika Nadim Afham berada di dalam kurungan, gadis yang pertama kali dijumpai tiba-tiba melawatnya dengan membawa makanan buatnya.

"Makanlah. Hamba pasti tuan hamba lapar." Senyumannya gadis itu tidak lekang dari bibir dan dia meletakkan bekas makanan ke dalam kurungan itu.

"Cik! Kita pernah jumpa, kan?" Nadim Afham menyoal gadis itu. Dia yakin gadis itulah yang ditemuinya sewaktu pertama kali dia berada disini. Gadis itu terpempan. Kaget barangkali berjumpa dengan jejaka itu sekali lagi.

"Tuan hamba..."

"Cik, tolonglah lepaskan saya. Saya tidak bersalah. Saya tak tahu macam mana saya boleh sampai ke sini. Saya bukan orang jahat." Pinta Nadim Afham dengan bersungguh.

"Ampunkan hamba, Tuan Puteri Cempaka Angsana! Jangan dekati orang itu. Dia mungkin berbahaya kepada tuan puteri. Lebih baik tuan puteri berlalu dari tempat ini." Seorang lelaki berbadan sasa mendekati mereka. Nadim Afham terpempan. Tuan Puteri Cempaka Angsana? Dia seorang puteri?

"Apakah tuan hamba buta? Tidak nampakkah orang asing ini terkurung di dalam sana? Bagaimana orang itu mahu mencederakan beta?" Tempelak Angsana. Lelaki yang mungkin seorang pengawal itu menunduk. Mungkin akur dengan kata-kata tuan puteri itu. Nadim Afham hanya memerhati.

"Sudahlah. Beta ingin menemui ayahanda. Di manakah ayahanda beta?" Angsana mula melangkah meninggalkan kawasan kurungan itu.

"Baginda sedang beristirehat di mahligai tuan puteri." Sahut sang pengawal.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now