BAB 25 👑

3K 217 27
                                    

"Cempaka tak sihat ke?" Secara tiba-tiba satu suara menyapa gegendang telinga Cempaka. Habis hancur segala lamunan miliknya. Segera dia menoleh ke arah empunya suara yang berada di sebelah kanannya.

"Tak adelah. Orang sihat. Chong jangan risau." Senyumnya ditayang untuk mengaburi mata lelaki cina itu. Chong mengeluh perlahan. Sebenarnya dia tahu apa yang mengganggu gadis itu. Gadis yang dahulunya ceria kini berubah menjadi sangat pendiam.

"Betul?"

"Ya, betul." Cempaka mengangguk laju; berharap Chong mempercayainya.

"Cempaka bohong." Kali ini Warren pula mengambil tempat duduk di sebelah kiri Cempaka. Sedikit sebanyak gadis itu terkejut kerana Warren muncul secara tiba-tiba.

"Orang tak tipulah. Orang okay." Kali ini sengihnya pula ditayang sehingga menampakkan giginya. Seboleh-bolehnya dia tidak ingin Warren dan Chong mengetahui masalahnya.

"Cempaka masih tunggu Nadim?" Warren merenung Cempaka dengan lembut. Chong juga merenung gadis itu. Cempaka menunduk. Soalan itu mengganggu gugat hatinya. Sungguh, soalan itu paling sukar untuknya.

"Cempaka suka Nadim?" Warren bertanya lagi. Cempaka makin gelisah apabila dihujani dengan soalan Warren. Perlahan-lahan Cempaka menarik nafasnya dan mendongak. Kepalanya digeleng seraya mengukir senyum paling manis.

"Tak adalah. Orang tak tunggu sesiapa pun."

"Cempaka bohong. Saya tahu, Cempaka tunggu Nadim sebab Cempaka suka Nadim. Cempaka jangan macam ni loh. Jangan selalu termenung. Jangan tak makan." Pesan Warren sambil menayang riak risau. Sesungguhnya dia dan Chong sudah menganggap Cempaka seperti adik mereka kerana dari kecil mereka mengenali antara satu sama lain.

"Orang okaylah."

"Cempaka dah nampak kurus sangat dah sekarang. Jangan macam ni, ya? Kami risau." Sambung Chong pula. Cempaka mengangguk laju untuk menyedapkan hati dua orang lelaki itu.

"Baguslah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa, bagitahu kami saja maa. Kami sudi tolong Cempaka." Pesan Warren sebelum bangkit dan berlalu pergi. Walaupun lelaki itu tidak suka senyum, dia tetap mengambil berat akan Cempaka.

"Ingat tu. Kami selalu ada untuk Cempaka."Chong juga memesan benda yang sama kepada Cempaka. Senyumnya ditayang sehingga menyebabkan matanya yang sepet itu bertambah sepet.

"Baik." Cempaka mengiyakan sahaja. Chong bangkit dari duduknya dan berlalu pergi meninggalkan Cempaka. Cempaka mengeluh perlahan.

Sebenarnya, dia sedang memikirkan sesuatu dibenaknya. Satu perkara yang sudah lama difikir olehnya setelah mendapat idea dari sebuah buku yang dibaca. Adakah dia patut melakukannya? Cempaka mengeluh lagi. Hatinya berbelah bahagi.

-----

"Iman..." Kaki Iman segera berhenti melangkah apabila satu suara menyapa gegendang telinganya. Terus dia menoleh ke belakang.

"Aucakk!" Irfan menjauhkan kedua belah tangannya yang menutupi mukanya. Berpura-pura mengacah Iman bagaikan gadis itu seorang bayi. Iman tercengang. Dia memandang ke arah Irfan dengan pandangan kosong.

"Alaaaa. Kau ni, responlah." Irfan mencebir. Iman sudah tayang muka menyampah.

"Hah yelah yelah. Buat sekali lagi." Iman melayan sahaja karenah lelaki itu. Kalau tidak dilayan, semakin dia menganggu ketenteraman hidupnya.

"Aucakk!" Irfan melakukannya lagi. Iman tayang muka terujanya yang terang-terangan kelihatan fake.

"Terkejut tau!" Ujar Iman dengan teruja yang penuh kepura-puraan. Senyum yang ditayang juga fake. Tidak sampai beberapa saat selepas itu, dia kembali kepada muka asalnya. Tiada senyuman dan serius.

FLOWER PRINCE 👑 ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن