BAB 41 👑

3.2K 201 21
                                    

IRFAN menanggalkan kasutnya sebelum menapak masuk ke dalam rumah banglo itu. Keadaan rumah yang riuh dengan suara kanak-kanak sedikit sebanyak menambahkan rasa gugupnya. Nafas ditarik perlahan lalu dia mengatur langkah ke ruang tamu. Irfan yakin, sudah pasti ahli keluarganya sudah ramai berkumpul di situ.

"Assalamualaikum." Irfan melontarkan salamnya. Benar telahannya apabila melihat abangnya serta papanya telah berada disitu. Begitu juga dengan Syazana dan Farain. Semua yang ada menjawab salamnya.

"Ada apa suruh kami berkumpul? Selalunya nak jejak kaki ke rumah ni pun tak nak." Sinis Encik Hakeem bersuara. Sejak Irfan tidak menunaikan permintaannya dahulu, hati tuanya sedikit terguris. Tambahan lagi, sejak hari itu, Irfan jarang pulang ke rumahnya. Semakin terkilanlah dek perbuatan Irfan itu.

"Abang sabarlah." Farain yang berada disebelah menenangkan suaminya. Aisy dan Syazana diam sahaja. Anak-anak mereka sedang seronok menonton televisyen.

"Fan nak kahwin." Padat dan tepat Irfan menuturkan hajatnya. Riak wajah selambanya ditayang. Aisy kaget. Begitu juga dengan Syazana dan Farain. Lain pula dengan riak wajah Encik Hakeem. Senyumnya melebar.

"Dengan Izzaty?" Soal Encik Hakeem.

"Bukan. Dengan Iman." Kali ini, semua yang berada di situ kaget. Semua tidak menyangka bahawa Irfan masih ingin mengahwini Iman setelah gadis itu meninggalkannya lima tahun dahulu. Mereka juga terkejut apabila Irfan menemui Iman kembali setelah lama gadis itu menghilang.

"Kenapa nak kahwin dengan orang yang buat keluarga kita malu!" Suara Encik Hakeem sedikit meninggi. Irfan buat muka acuh tak acuh.

"Iman ada sebab, pa. Iman ada sebab tinggalkan majlis itu. Irfan yakin, Iman memang langsung tak berniat untuk buat kita macam tu." Jelas Irfan. Syazana yang berada di sebelah Aisy hanya menunduk. Sesungguhnya, Syazana mengerti dengan apa yang ingin disampaikan oleh adik iparnya itu.

"Tapi, dia tinggalkan Fan.."

"Papa, Iman tak berniat langsung. Tolonglah. Ini permintaan Fan. Fan tak minta lebih." Kali ini suara Irfan seakan merayu. Walau apapun, Irfan tetap berkeras untuk mengahwini Iman.

"Papa, along pun rasa kita patut terima permintaan Fan. Tengoklah macam mana dia tunggu Iman. Along rasa Fan memang betul-betul sayangkan Iman." Aisy mula menyokong adiknya setelah lama berdiam diri. Lelaki itu pun sudah mengetahui segalanya daripada Syazana. Ditatap wajah papanya agar bersetuju untuk menyatukan Iman dan Irfan.

"Izzaty..." Encik Hakeem memgeluh perlahan. Rasa bersalah kepada Izzaty mula meresap ke dalam hatinya. Dia serba salah. Rasa kesiannya terbelah bahagi untuk anak sendiri dan anak saudaranya.

"Abang... Nanti kita cakap elok-elok dengan Izzaty, ya? Tengoklah jodoh Irfan dengan Iman ni, bang. Walau jauh mana mereka berpisah, tapi mereka akhirnya berjumpa lagi." Farain menggenggam erat tangan suaminya. Kata-kata yang ditutur sopan sahaja bagi menenangkan hati lelaki itu.

"Haih. Semua nampaknya tak sokong papa. Okaylah. Bila nak langsungkan?" Lama Encik Hakeem berfikir dan akhirnya lelaki itu bersuara. Irfan mengucap syukur dalam hati. Syazana sudah menggenggam erat tangan Aisy dek terlalu gembira dengan keputusan bapa mertuanya.

"Terima kasih, bang." Syazana berbisik ditelinga Aisy. Aisy mengangguk sahaja sambil mengusap kepala Syazana dengan lembut.

"Esok bertunang. Dua minggu akan datang, kahwin." Ujar Irfan dengan penuh bersemangat. Mulut Aisy ternganga. Begitu juga dengan yang lain. Ternyata terkejut dengan bicara adiknya.

"Jangan gelojoh sangat boleh tak, Fan?" Aisy menumbuk bahu Irfan dengan perlahan. Irfan garu kepala.

"Betullah. Fan serius ni."

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now