BAB 44 👑

3.3K 226 25
                                    

Siapa kata melepaskan seseorang merupakan perkara yang mudah? Berkorban. Banyak orang kata, berkorban adalah sesuatu yang terbaik untuk dilakukan. Memang! Memang berkorban untuk orang yang tersayang merupakan perkara yang terbaik tetapi hati ini tidak mudah untuk ikhlas.

Sekeping hati ini, masih menyayangi walaupun telah dipujuk agar merelakan Irfan. Tetapi, itu mustahil untuk dilakukan dalam masa yang terdekat. Dia bukan watak novel yang baik dan sepertinya pasrah sahaja diperlakukan apapun. Dia berbeza. Dia hati hati.

Pasti Iman juga seperti ini sewaktu dahulu. Sudah pasti hatinya perit tatkala melepaskan Irfan untuknya. Bagaimana gadis itu bertahan agar tidak menangis? Bagaimama sahabatnya itu menyembunyikan rasanya? Sudah semestinya sakit.

Izzaty mengeluh perlahan. Pantulan pada cermin dipandang. Hari ini, dia akan menyaksikan Iman dan Irfan diijab kabulkan. Mampukah dia bertahan?

Nafasnya ditarik sedalam mungkin sebelum dihembus sekuatnya. Tudung dirapikan buat kali terakhir.

Kau boleh, T! Ikhlaskan hati. Bisik Izzaty perlahan. Senyum diukir dengan bersusah payah kerana hari ini merupakan hari bahagia Iman. Iman bahagia, dia turut bahagia.

"T!" Tiba-tiba satu suara kedengaran dari luar biliknya. Ketukan di pintu biliknya juga kedengaran. Aku dah lewat ke? Lekas jam dinding dikerling. Liurnya diteguk. Izzaty terus menggapai beg tangannya dan berlalu ke arah pintu.

"Kenapa kak long? Kita dah lewat ke?" Tanya Izzaty dengan gusar. Nadhirah menggeleng sambil tersenyum manis. Tangan Iman digenggam dengan erat.

"Ada orang nak jumpa T." Beritahu Nadhirah dengan lembut. Izzaty mengerutkan dahinya. Berfikir tentang 'orang' yang ingin menemuunya.

"Siapa kak long?" Izzaty bertanya setelah tiada jawapan dapat dicerna dari mindanya. Nadhirah tidak menjawab sebaliknya memaut lengan adiknya itu. Dia membawa Izzaty turun ke bawah sehingganya ke ruang tamu.

"Tu, dia sedang duduk. Pergilah berbual." Nadhirah meninggalkan Izzaty yang terpinga-pinga disitu. Keningnya dikerutkan seribu. Dari belakang, dia tidak mengenali lelaki itu. Langsung tiada memori tentang bayangan lelaki itu dalam kotak memorinya. Puas memerah otak, Izzaty mengambil keputusan untuk mendekati lelaki itu.

"Ada apa...." Matanya terbuntang. Mulutnya ternganga. Kata-katanya terus mati apabila melihat seseorang yang tidak dijangka berada dihadapannya. Izzaty memandang lelaki itu tanpa berkelip.

"Hi Izzaty. It was a long time since we had finished our studies, right?" Sapa lelaki itu dengan senyuman manis terukir dibibirnya. Gelak kecilnya terhambur melihat riaksi Izzaty yang masih lagi kaku melihatnya.

"Hey, don't you miss me?" Tanyanya lagi. Izzaty meneguk liur. Matanya dipejam celik beberapa kali sambil kepalanya tergeleng-geleng. Masih tidak percaya dengan kehadiran lelaki itu di Malaysia. Apatah lagi di rumahnya!

"Don't you remember what I had said before? One fine say, I will visit Malaysia to find you." Izzaty mengukir senyum akhirnya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil senyumannya terus memekar.

"Yes. I do remember." Sahut Izzaty. Dia mengambil tempat duduk dihadapan Jeffrey. Dia memandang seraut wajah yang selalu memberi semangat buatnya dahulu. Lelaki yang sering berada di setiap jatuh bangunnya. Sering memberi motivasi untuknya.

"Why don't you call me before you came here?" Izzaty bertanya lagi. Setelah hampir lima bulan meninggalkan bumi asing itu setelah menamatkan pengajian, dia langsung tidak mengimbas kembali kenangan bersama lelaki itu.

Ya, lelaki itu lah yang selalu membuatnya ketawa. Kalau dahulu, sewaktu dia masih tidak mampu untuk move on dengan kematian Irfan, lelaki itulah yang memberi kata-kata semangat buatnya.

Kalau dahulu, sewaktu dia patah hati ditolak oleh Irfan secara mentah-mentah, lelaki itu jugalah yang berada disisinya. Jeffrey Chang, lelaki yang sentiasa disisinya untuk membahagiakn harinya tanpa langsung dia sedari.

"Suprise, I guess." Canda Jeffrey. Izzaty menggeleng sambil ketawa kecil.

"What's make you come here? Do you find any Malay girl here? Do you wanna find a wife or girlfriend here, Jeffrey?" Izzaty ketawa dengan soalannya sendiri. Jeffrey hanya senyum sahaja. Mengangguk pun tidak inikan pula menggeleng. Wajah Izzaty yang dirindui direnung lama sehingga gadis itu tidak senang duduk.

"As I said, I came here for you. I wanna marry you." Tanpa banyak bicara, Jeffrey menyampaikan hajatnya tanpa teragak-agak. Izzaty terpempan. Liurnya diteguk.

"Are you kidding me?" Izzaty bertanya. Sekadar untuk menutup resahnya. Dia tidak keruan apabila Jeffrey berterusan merenungnya.

"Nope! I'm not joking. I wanna marry you, Izzaty." Lidah Izzaty kelu. Dia kekok untuk menangani situasi seperti ini. Mana pernah dia menghadapi situasi ini seumur hidup. Peluh dinginnya mula merenik di dahi.

"Ayah dah say yes tadi. So, T pun kena say yes jugaklah nampaknya." Encik Fahmi mula menyampuk perbualan mereka. Izzaty menoleh ke belakang. Puan Zaidah dan Nadhirah turut bersama ayahnya di belakang mereka.

"Ayah.... Apa ni? Kenapa tak tanya T dulu?" Izzaty mula cemberut. Tidak suka apabila ibu bapanya membuat keputusan untuk ya.

"Kami nak yang terbaik untuk T." Kali ini Puan Zaidah pula membela suaminya.

"Tapi, T macam tak layak nak bimbing dia...." Itu sebenarnya masalah yang membelenggu Izzaty. Dia takut. Dia bimbang, dia tidak mampu memikul amanah untuk membimbing Jeffrey setelah lelaki itu memeluk Islam saat mereka telah disatukan.

"Jeffrey dah 4 tahun memeluk Islam, T." Beritahu Encik Fahmi kepada anaknya itu. Dia mengambil tempat duduk disebelah anaknya itu. Puan Zaidah pula duduk disisi Nadhirah. Izzaty ternganga. Satu lagi kejutan diterima buatnya. Lekas dia merenung Jeffrey. Lelaki itu hanya tersenyum memandangkan dia tidak memahami apa yang dibincangkan oleh keluarga itu.

"Are you muslim, Jeffrey?" Tanya Izzaty untuk kepastian. Jeffrey mengangguk laju.

"Yes. I am muslim since four years ago since I decided to marry you. As I knew you are muslim, I start to read about Islam. I read more and more and facts about Islam were interesting. I started doing my research about Islam." Jeffrey berjeda seketika. Ketika itu, air matanya bergenang.

"I never knew that Islam is beautiful. Before I knew you, I thought Islam is terrorist but it was wrong. Totally wrong. I read the meaning or Quran. Every pages, I read it. Every time, i cried because the sentences were so beautiful. I met a guy at the mosque and that day, I'm officially a muslim. My name is Yusuf bin Abdullah." Sambungnya lagi. Kali ini air matanya berlinangan. Bukan air matanya sahaja, air mata Izzaty, Nadhirah dan Puan Zaidah turut mengalir. Begitu indah bagaiman seorang makhluk ALLAH memeluk Islam. Begitu besar kuasaMu ya ALLAH.

"I'm still learning but I wish, I can learn more about Islam with you, Izzaty." Izzaty sudah tidak mampu berkata apa-apa. Dia menoleh ke arah ayahnya. Kepalanya diangguk perlahan sebagai tanda setuju.

ALL RIGHTS RESERVED BY RealStarlight.
FP - BAB 44.
25/05/2017.

So, here the update for today. In Shaa ALLAH hari ini, hakak double hapdate. Malam ni hakak update lagi.

How Izzaty ended up to be Jeffrey's or Yusuf's. Oh I wish my JC also being like this 😅

So, doa yang terbaik untuk mereka berdua. Nanti kita tengok si Iman dengan si Irfan pulak cemmana 😂😂

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now