BAB 18 👑

3K 230 37
                                    

Saat kereta Irfan terparkir elok dihadapan rumah dua tingkat itu, Iman baru sahaja keluar daripada rumah. Tergesa-gesa dia mengunci pintu rumah itu dan berlari anak ke arah kereta. Tempat duduk bersebelahan dengan pemandu diambil.

"Nasib baik menepati masa." Sindir Irfan sambil senyum mengejek. Iman buat muka.

"Aku dah siap awal okay! Elok sikit cakap tu." Ujar gadis yang cantik berkemeja labuh hitam dan berseluar slek longgar itu.

"Ye ye je kau tu. Entah ya entah tidak. Entah baru je bangun. Lepas tu, tak mandi, terus pakai lawa-lawa." Irfan masih lagi galak menyakat. Iman mengetap bibir. Mamat ni, kalau tak buat hati aku panas, memang tak boleh ke? Iman membentak di dalam hari.

"Whatever Irfan Aisy bin Hakeem. Talk to my hand." Iman menunjukkan tangamnya dihadapan muka Irfan. Malas ingin melayan jejaka itu seawal waktu pagi ini. Menyakitkan jiwa aje!

"Kau still macam dulu. Tak berubah." Sambil ketawa terbahak-bahak, Irfan memandu kereta itu ke pejabat pendaftaran negara untuk mengambil dokumen-dokumen pentingnya. Iman membuang pandang ke luar tingkap. Hati, tolong jangan bertindak luar kawalan. Bisik Iman.

"Iman..." Lembut sahaja kedengaran suara Irfan menyapa gegendang telinganya. Hal ini membuat  jantung Iman berdegup dengan lebih kencang. Serta merta, wajahnya terasa membahang.

"Apa?" Sahut Iman.

"Betul ke T suka aku?" Dup! Sesak dadanya ketika soalan itu mrnyapa gegendang telinganya. Entah kenapa, hatinya begitu sakit tatkala ini. Chill Iman!

"Haah.." Lemah sahaja Iman menjawab soalan Irfan.

"Sejak bila?"

"Dah lama. Dia suka kau dah lama. Cuma dia tak berani nak luahkan kepada kau. Yelah, kau tu sepupu dia. Dia takut orang cakap dia melampau sebab suka sepupu sendiri. Lagipun, dia tahu, kau hanya anggap dia sebagai sepupu aje. Sebab tulah, dia lebih rela memendam." Panjang lebar Iman menjelaskan hal itu kepada Irfan. Biarlah! Dia ingin Irfan sedar bahawa sahabatnya sangat menyukai lelaki itu. Sehingga membawa diri nun jauh ke negara orang semata-mata ingin mengubat lara hatinya.

"Kenapa kau tak cakap kat aku?"

"Kau expect aku nak cakap kat kau? Eh itu rahsia T. Aku tak akan bukak rahsia dia." Irfan mengeluh. Sungguh, dia rasa bersalah saat ini. Kenapa langsung dia tidak sedar dengan semua ini?

"Okay..." Jawab Irfan lemah. Matanya terus melihat ke hadapan. Lama mereka senyap. Masing-masing melayan perasaan.

"Kau tak suka aku?" Tiba-tiba Irfan bertanya. Sekali lagi, jantung Iman terasa bagai direntap dengan kasar. Rasa seperti ingin tercabut jantungnya tatkala ini. Liur segera diteguk.

"Kenapa kau senyap? Kau suka aku eh?" Irfan menahan gelak. Suka benar menyakat sahabatnya yang sorang itu.

"Kau nak rasa penumbuk aku ke? Takdenya aku nak suka kau!" Bentak Iman. Wajahnya memerah. Menahan marah juga malu.

Ya, aku suka kau! Aku suka kau sangat! Tapi biarlah perasaan tu,aku je yang rasa. Kerana aku tak layak dengan kau. Kau lebih layak dengan T. Panjang Iman bermonolog di dalam hati.

"Baguslah kau tak suka aku. Kalau tak, naya je aku nak pilih siapa nanti." Tawa Irfan terhambur. Mungkin hal itu lawak baginya.

"Lagipun, kau mana ada perasaan jiwang-jiwang kan? Minah brutal mana nak jatuh cinta. Siapalah yang malang dapat isteri kasar nanti." Sambung Irfan lagi. Masih dengan sisa tawanya. Iman membuang pandang. Hatinya sakit dengan setiap bait bicara milik Irfan.

Aku tiada perasaan baginya.
Sesiapa yang dapat memiliki aku merupakan seorang yang malang.
Orang yang aku suka sendiri melafazkan hal itu.

Mata Iman mula berkaca. Perasaan sedih dan kecewanya disembunyikan agar tidak terzahir dihadapan Irfan.

Irfan yang perasan dengan perubahan drastik Iman, terpinga-pinga. Dia bimbang, Iman sakit hati dengan bicara hatinya.

"Iman...."

"Hmmmm."

"Kau marah aku ke?"

"Tak." Jawab Iman sepatah. "Aku nak tidur jap. Sampai je nanti, bagitahu aku. Amaran keras, jangan pernah usik aku masa aku tidur. Kalau tak, pecah muka kau." Mendatar sahaja suara Iman membalas. Irfan mengeluh perlahan.

Adakah Iman sakit hati dengan setiap bicaranya? Dia kenal benar dengan Iman.

"Iman..."

"Apa lagi?" Suara Iman sedikit meninggi.

"Tidur elok-elok." Niatnya untuk meminta maaf terbantut saat suara Iman yang sedikit keras itu bergema di dalam ruangan kereta itu. Suasana kembali sunyi. Radio tidak dionkan menyebabkan suasana bertambah sunyi.

Tiba-tiba, Irfan terdengar bunyi seperti esakan tangis seseorang. Bunyinya sangat perlahan dan halus sahaja. Dia menoleh ke arah Iman.

Iman menangis?

Irfan memerhati gadis itu. Wajahnya tidak kelihatan kerana dia menoleh ke arah tingkap. Namun jelas kelihatan bahunya terhinjut-hinjut.

Iman betul-betul menangis?

Irfan semakin diserbu rasa bersalah. Adakah kata-kata aku sangat menyakitkan hatinya?

----------

Izzaty mengemaskan baju sejuk yang tebal membaluti tubuhnya. Musim sejuk yang baru sahaja bermula menyebabkan dia susah untuk bergerak kerana terlalu sejuk. Berbeza dengan Malaysia yang sentiasa panas dan lembab.

Bangku yang disediakan di ambil. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu sambil memeluk tubuhnya, Izzaty mula termenung. Itulah kerjanya sewaktu masa lapang. Tiada benda lain yang dia lakukan selain termenung.

"Semoga Irfan tenang di sana." Bisiknya sambil tersenyum pahit. Setiap hari, pasti ayat itu akan dituturkan olehnya. Banyak kali.

Dia sedang mencuba untuk memujuk hatinya agar menerima kenyataan bahawa insan yang dia sayangi sudah tiada. Dia sedang berusaha untuk membiasakan dirinya agar tidak terlalu mengingati Irfan.

Dia selalu depress tentang kehilangan Irfan. Sekarang, dia cuba untuk tidak terlalu mengikut perasaan.

Sesiapun bakal melalui situasi seperti Izzaty sekiranya kehilangan orang tersayang. Namun, keadaan boleh terkawal seandainya seseorang pandai mengawal emosi dan perasaanya.

Tidak bagi Izzaty. Dia tidak reti mengawal emosinya. Tetapi, dia sednag berusaha untuk mengawal emosinya.

"Hey Izzaty, What are you doing here?" Izzaty mendongak saat dia disapa oleh seseorang.

"Hey Jeff! Nah, I'm doing nothing right now." Sahut Izzaty secara ramah. Jeff atau nama sebenarnya Jeffrey merupakan kawan sefakultinya. Lelaki yang sentiasa cuba untuk mendekatinya.

"May I join you?"

"Oh yes." Izzaty mengukir senyum sambil memberikan ruang untuk Jeffrey.

"So, how was winter for you?" Jeffrey menyoal Izzaty dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir sedari tadi. Dia melihat Izzaty dengan penuh minat.

"It was extremely cold for me. At first, I'm totally can't adapt it. But, yeah, as you see now, I can handle it." Cerita Izzaty dengan ceria. Cuba mengusir kesedihan yang bertapa dihati. Jeffrey ketawa kecil. Geli hati barangkali melihat kecomelan sang gadis dihadapannya.

ALL RIGHTS RESERVED BY RealStarlight.
FP - BAB 18
18/03/2017.

Poor my Iman 😢😢

So disebabkan ramai yang suruh sis teruskan, sis teruskan cerita ini ☺

Next chapter, it will extremely breaking heart for certain peoples. So, bersedialah.
Bermulalah episode duka dan lara pada next chapter.

😊😊😊😊😊

Thanks for keep supporting me moonlights.

Love yaa moonlights.

Komen?
Siapa nak suruh sis promote cerita, sila tinggalkan nama cerita anda diruangan komen 😊

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now