BAB 36👑

3.1K 225 33
                                    

"Iman Hannan!" Jerit Irfan sambil berlari laju mengejar Iman yang juga membuka langkah seribu untuk melarikan dirinya. Dia cuba sedaya upaya untuk mendapatkan gadis itu. Setelah beberapa tahun dia terpisah, akhirnya mereka ditakdirkan untuk bertemu kembali.

"Woih mak cik! Berhentilah! Aku panggil kau ni." Bentak Irfan. Wajahnya telah berubah menjadi ketat. Laju jugak minah ni lari. Atlet ke? Sambung Irfan dalam hati. Dia merengus geram sambil melajukan lariannya.

"Iman Hannan!" Belum sempat mendekati Iman, gadis itu telah lolos ke dalam rumahnya. Iman mengetap gigi. Geram kerana tidak mampu untuk menangkap Iman. Lalu, pasu bunga yang berada disebelah pintu apartment Iman disepak kasar.

"Ya ALLAH, sakitnya." Matanya terbeliak saat kakinya mencecah pasu bunga itu. Terus dia memegang kakinya yang sakit menyengat akibat sepakan tak semenggahnya itu. Irfan jatuh terduduk.

"Okay tak?" Tanpa disangka, tiba-tiba Iman muncul disebelahnya. Terus sahaja dia melihat kaki Irfan yang sudah berdarah. Mungkin kuku kakinya yang terkesan. Irfan terpana. Matanya tidak berkelip saat wajah itu muncul diruangan matanya. Hilang sakitnya buat seketika.

"Berdarah ni. Tunggu kejap. Aku ambil ubat." Iman terus bergegas melangkah masuk kembali ke dalam rumahnya. Mata Irfan mengekori kepergian Iman sehingga tubuh itu menghilang ke dalam rumah itu. Irfan meneguk liur. Lekas sahaja dia memegang dada kanannya. Jantungnya berdegup kencang.

"Meh nak tengok kaki tu." Iman muncul lagi dengan kotak kecemasan berada ditangannya. Dia menilik kaki Irfan dengan teliti sebeluk antiseptik diletakkan ke atas kapas. Tangannya lembut menyapukan antiseptik di ibu jari Irfan. Tak semenanya senyum Irfan terukir.

"I miss you.." Ujar Irfan perlahan. Iman yang ralit membuat kerjanya terus mendongak. Tidak jelas dengan butir bicara Irfan sebentar tadi.

"Apa kau cakap?" Tanya Iman.

"Takde apa. Kau tak nak jemput aku masuk rumah ke?" Irfan mengubah topik. Senyum yang terukir disembunyikan. Wajah ketat dan seriusnya ditayang.

"Tak nak. Kau nak kena kahwin free? Mengada. Tak fasal-fasal aku dengan kau kena kahwin." Balas Iman. Tangannya lincah membalut ibu jari Irfan dengan lembut. Irfan langsung tidak mengaduh kesakitan saat Iman membalut ibu jari kakinya. Kau masih tak berubah. Bisik Irfan dalam hati.

"Why not? We were almost married last five years. Why dont we continue and get married?" Irfan memandang wajah Iman. Sengaja dia tuturkan ayat itu untuk menduga hati Iman. Ternyata riak Iman berubah. Terus sahaja gadis itu mendongak memandang ke arah Irfan.

"No and never." Jawab Iman perlahan. Terus sahaja dia mengutip perkakas yang digunakan untuk merawat Irfan sebentar tadi sebelum dia mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumahnya. Namun langkahnya dihalang oleh Irfan yang memegang lengannya.

"Jangan sentuh aku! Kita dah besar. Dah tahu hukum-hakam. Blahlah!" Bentak Iman. Irfan tersentak lalu melepaskan pegangannya. Lekas sahaja Iman mengambil peluang itu untuk masuk ke dalam rumah. Pintu rumah dihempas dengan kasar. Irfan mengeluh.

Aku takde niat. Maaf. Bisik Irfan dalam hati. Dia bangkit lalu membawa diri kembali ke apartmentnya dengan terhinjut-hinjut. Perutnya sudah kenyang tiba-tiba.

------

"MANA DIA?!" Jerit Irfan yang di dalam bilik mesyuarat itu. Matanya mencerlung memandang satu persatu pekerja dibawahnya. Wajahnya yang ketat ditayang. Pekerja-pekerjanya hanya menunduk memandang lantai. Tidak berani untuk memandang ke arah bos mereka yang memang spesis singa itu.

"Where is he?!" Tanya Irfan lagi. Tangannya mengerling ke arah jam sebelum dia mencekak pinggangnya.

"Dia tahu tak dia dah lewat? Dia fikir kita ni tunggul? Aku tak suka ada pekerja macam ni. Yang lain teruskan perbentangan." Arah Irfan. Nafasnya menderu laju. Dia menghempaskan punggungnya di atas kerusi empuk itu.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now