BAB 33 👑

2.6K 202 17
                                    

"Kau pergi mana, Irfan Aisy?" Dush! Sebijik penumbuk melekat dipipi Irfan sesudah sahaja dia mtenutup pintu kereta. Irfan terdorong ke belakang. Kesan tumbukan Aizat dua hari lepas masih tidak hilang, kini, rasa tumbukan baharu pula menyengat pipinya. Irfan memegang pipinya yang terasa pijar dan kebas.

"Kau tak kesiankan semua orang ke?" Bentak empunya suara itu lagi. Kali ini, dia bertindak mencekak kolar baju Irfan.

"Along...."

"Kau tak kesiankan Iman ke?" Bentak Aisy lagi. Bibirnya diketap kuat. Wajahnya membahang sehingga kemerahan. Matanya mencerlung tajam ke arah Irfan.

"Abang, ya ALLAH!" Syazana yang baru sahaja menapak keluar dari rumah setelah mendengar kekecohan yang berlaku di luar rumah. Terus dia meluru ke arah Aisy dengan bersusah payah membawa perutnya yang semamin membesar.

"Lepaskan Fan, abang." Syazana memegang tangan Aisy dengan lembut. Wajah suaminya itu ditenung lembut. Dia kenal benar dengan riak wajah sang jejaka ais itu. Marah benar nampaknya. Air mendengus geram. Tangan yang mencekak kolar baju Irfan dilepaskan dengan kasar.

"Kau buat lagi, nahas along kerjakan!" Jerkah Aisy. Lekas dia menapak masuk ke dalam rumah dengan perasaan sebal yang masih berbuku di hati. Irfan menahan sebak. Sakit yang dirasai bukan kepalang. Kudrat Aisy sukar dijangka.

"Fan..." Syazana mendekati Irfan. Irfan lekas mendongak. Senyum cuba diukir namun bibirnya yang pecah menyukarkan kerjanya. Irfan mengaduh kesakitan.

"Fan tak okay ni. Jom masuk! Nanti akak bersihkan luka. Meh." Syazana mengajak Irfan. Lelaki itu hanya mengangguk lemah. Menurut sahaja. Irfan mengatur langkah membuntuti Syazana.

"Irfan Aisy, meh sini!" Kedengaran suara Aisy daripada jauh. Irfan kembali kecut perut. Dia tidak berani untuk mendongak. Matanya hanya terarah ke lantai.

"Along cakap meh sini!" Lantang suara Aisy bergema di ruangan itu. Perut Irfan semakin kecut. Gerun dengan Aisy yang menyinga. Irfan menggigit bibirnya sambil melangkah longlai menuju ke arah Aisy yang sedang duduk di atas kerusi yang terletak bersebelahan dengan tangga rumah itu.

"Duduk!" Arah Aisy. Irfan menurut sahaja. Dia masih menunduk. Tidak berani untuk memandang Aisy. Kedengaran keluhan terlepas dari bibir Aisy.

"Sakit?" Kali ini suara Aisy sudah mengendur. Tangannya menyentuh pipi Irfan yang telah menjadi tempat persinggahan penumbuknya. Irfan mengaduh kecil. Terasa menyengat apabila permukaan kulitnya bersentuhan dengan tangan Aisy. Syazana senyum dari jauh. Sungguh dia lega melihat telatah suaminya yang sukar dijangka.

Dalam tegasnya ada kasihnya. Itulah sang jejaka beku yang berjaya menambat hatinya.

"Tahan sikit. Along nak tuam." Tuala kecil di rendam ke dalam air suam yang berada di dalam besen. Tidak lama selepas itu, Aisy memerah tuala itu lalu diletakkan di pipi Irfan dengan lembut. Irfan menggigit bibir. Walaupun terasa sedikit sangat, namun hal itu sangat melegakan.

"Dah makan?" Tanya Aisy lagi.

"Belum.." Jawab Irfan lemah. Aisy menggeleng kepalanya sambil tangannya lincah membersihkan kesan darah di muka adiknya.

"Lepas ni, pergi makan. Kak Ana dah masak." Arah Aisy. Irfan mengangguk laju. Tiba-tiba dahi Aisy berkerut seribu. Wajah Irfan yang lebam di kanan dan kiri ditilik. Terselit perasaan curiga di hatinya memandangkan tumbukannya hanya mengenai pipi kanan Irfan. Bibir Irfan juga sepertinya sudah mempunyai kesan luka.

"Sekarang ni, jujur dengan along. Irfan pergi mana? Kenapa muka lebam? Siapa pukul?" Aisy bertanya direct. Tidak betah untuk terus berteka-teki.

"Cerita sekarang, Fan." Arah Aisy lagi. Irfan mengeluh perlahan. Adakah dia patut membuka cerita? Sepertinya dia sudah tidak mampu untuk menanggung beban itu sendiri. Dia perlukan bantuan abangnya. Irfan menarik nafas sedalamnya.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now