BAB 16👑

2.9K 221 61
                                    

"Aku excited nak jumpa family aku weh!" Cerita Irfan dengan muka teruja. Kereta dipandu sedikit laju. Iman hanya berdiam diri. Langsung tidak berkutik. Masih tidak percaya dengan realiti yang hidapinya pada saat ini.

"Iman...." Irfan menjeling ke arah Iman. Perasan dengan tindak tanduk Iman yang seakaan masih tidak percaya dengan kehadiran dirinya.

"Kau kenapa?"

Senyap. Iman masih tidak menjawab.

"Man, kau tak sihat ke?" Apabila Iman tidak mengendahkan soalannya, Irfan mula khuatir. Dia khuatir saat Iman yang sememangnya banyak mulut itu mula senyap.

"Man...."

"Stop talking to me!" Bentak Iman secara tiba-tiba. Wajahnya memerah. Dia menekup telinganya yang terlindung disebalik tudungnya dengan tangan. Kepalanya digelengkan.

"Iman Hannan, kenapa dengan kau ni? Kau tak happy aku balik?" Irfan sedikit berkecil hati. Sepertinya, kemunculannya kembali langsung tidak disenangi Iman. Adakah keluargaku juga seperti ini?

"Aku mintak maaf sebab...."

"Kau sepatutnya balik lebih awal, Irfan! Kau sepatutnya balik terus lepas kau hilang.." Iman berjeda seketika. Airmatanya kini kembali membanjiri.

"Kalau kau balik lebih awal, banyak benda yang boleh diubah. Banyak benda tak akan terjadi kau tahu!" Jerit Iman sedikit kuat. Gamaknya gadis itu terlampau emosi saat ini.

Iman yang sado tu, menangis depan mata kau, kau rasa?

Irfan tercengang. Apa yang berlaku selama dia tiada? Adakah perkara teruk berlaku? Irfan curious. Terus sahaja signal sebelah kiri diberikan. Lelaki itu membelok kereta ke kiri sebelum berhenti di tepi jalan.

"Apa yang terjadi?" Soal Irfan. Iman senyap. Tidak menjawab. Hanya esak tangisnya sahaja kedengaran.

"Aku tanya kau ni. Apa yang jadi?" Dengan kesabaran yang masih berbaki, Irfan bertanya lagi.

"T tinggalkan aku!" Wajahnya yang menghadap ke luar tingkap kini menghadap ke arah Irfan. Pipinya yang basah tidak dihiraukan. Anak mata Irfan direnung tajam.

"Mak...maksud kau?" Irfan tergagap. Tak mungkin! Tak mungkin Izzaty telah meninggal. Tidak, bukan?

"T tinggalkan aku sensorang kat sini, Fan..." Kali ini suara Iman sudah tidak setegang tadi. Suaranya sudah kendur.

"T... pergi mana?"

"T study kat UK sebab kau. Semuanya sebab kau! Dia tak boleh terima kau dah pergi tinggalkan kitorang. Dia tak boleh terima! Dia depress belajar kat sini sebab semua tempat ada kenangan sewaktu bersama kau." Iman membuka cerita. Esakannya semakin menjadi-jadi. Irfan sedikit tersentuh. Sampai begitu sekali Izzaty terkesan dengan 'kematian' palsunya? Namun sedikit sebanyak, andaian awalnya meleset. Izzaty hanya meninggalkan Malaysia.

"Kenapa kau tak balik awal lagi?" Tanya Iman. Kepalanya didongakkan sambil memandang sayu ke arah Irfan.

"Semua orang risaukan kau. Semua orang terkesan dengan ketiadaan kau. Semua orang perlukan kau, Fan." Irfan senyum pahit. Ingin sahaja dia menyeka air mata milik sahabat baiknya itu. Namun, dia masih ingat hukum agama yang melarang lelaki dan perempuan bukan mahram bersentuhan. Malah berdua-duaan seperti ini juga tidak boleh.

"Terima kasih sebab risaukan aku. Kau hantar aku balik rumah papa dulu, ya? Nanti aku pujuk T balik Malaysia lagi. Aku janji, In shaa Allah." Irfan mengukir senyum agar dapat memujuk gadis dihadapannya. Runtun hatinya saat melihat air matanya yang gugur kerananya.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now