BAB 38 👑

3.1K 213 31
                                    

"Cik Iman, Tuan Saif dengan Tuan Syahiran sedang tunggu cik di Bilik Mesyuarat Syifaa'." Usai sahaja pintu dikuak, kepala Alya terjengul di muka pintu itu. Iman yang sedang mundar-mandir di dalam biliknya terhenti seketika dek suara Alya yang bergema.

Habislah aku! Mesti Tuan Saif tanya pasal perkembangan projek terbaharu gandingan dengan Aisy Holdings. Bagaimana aku nak jawab?
Bagitahu diorang tentang apa yang terjadi antara aku dan Irfan? And aku bakal dilabel tak profesional sebab tak reti asingkan hal peribadi dengan hal kerja. Oh tidak! Iman buntu. Keningnya berkerut seribu memikirkan jalan penyelesaian.

"Cik Iman!" Suara Alya mula bergema kuat di dalam bilik itu apabila panggilannya langsung tidak bersahut. Iman dilihat ralit termenung sendiri.

"Ya ALLAH! Cik Iman!" Panggil Alya lagi seraya menepuk dahi. Bergegas dia mendekati Iman lalu menepuk bahu gadis itu. Iman tersedar dari lamunannya.

"Eh apa?" Iman menggaru kepalanya yang tidak gatal. Riak bingung ditayang.

"Tuan Saif dan Tuan Syahiran dah tunggu Cik Iman kat bilik mesyuarat." Iman mengangguk. Bicara Alya hanya bagai angin lalu sebelum otaknya benar-bebar mencerna setiap butir bicara milik setiausahanya. Iman menepuk dahi. Laju sahaja dia mengambil laptop dan handphone miliknya dan bergegas berlalu menuju ke bilik mesyuarat yang berada di tingkat bawah.

"Alya, cepat!" Gesa Iman. Alya membuntuti langkah Iman dengan terkedek-kedek. Hati Iman masih tidak lega. Perkara itu bermain di benaknya. Sesampai sahaja di hadapan pintu bilik mesyuarat, Iman berhenti melangkah. Nafas ditarik sedalam mungkin.

"Bismillahhirrahmanirrahim." Iman membaca kalimah basmalah sebelum menolak daun pintu bilik mesyuarat itu. Langkah diatur dengan tersusun dan senyum diukir.

"Assalamualaikum Tuan Syahiran, Tuan Saif." Iman menyapa kedua-dua orang bos besarnya. Saifudin dan Syahiran mengangguk sambil menjawab salam Iman. File yang berada di tangannya diserahkan kepada Syahiran sebelum mengambil tempatnya.

"Okay, cik Iman. Memandangkan hari ini merupakan meeting antara awak dan kami sahaja, kami harap semuanya berjalan dengan lancar. You may proceed. How the progress?" Iman meneguk liur. Belum sempat dia menenangkan jantungnya yang masih berdegup kencang itu, soalan pertama daripada Saifudin menyapa gegendang telinganya. Iman tayang sengih.

"So far, projek kita baru sahaja siap 5% dan..."

"Kenapa baru 5%? Kita dah masuk 3 bulan. Then it should be 8.33%." Celah Syahiran sambil membelek file yang mempunya maklumat mengenai projek itu.

"Hasil rundingan untuk mendapatkan lebih pekerja dari syarikat Aisy Holdings masih belum diperolehi, Tuan Syahiran." Jawab Iman dengan gugup. Itu merupakan masalah paling besar. Mereka kekurangan pekerja. Disebabkan itu, progress projek itu berjalan dengan sangat perlahan.

"Cik Iman, ada apa-apa masalah sewaktu rundingan?" Saifudin menyoal pekerja terbaiknya di cawangan itu. Matanya tidak berkelip memandang ke arah Iman. Iman menggigit bibirnya. Adakah aku patut cerita? Bisik Iman. Lama dia berfikir sebelum matanya bertentangan Syahiran. Ternyata mereka menunggu jawapan daripadanya.

"Errrr. No! There is no any problem, tuan. In Shaa Allah, kita akan dapat maklum balas daripada mereka. Mereka akan tolong kita memandangkan mereka juga mempunyai sher dalam projek kita kali ini." Jawab Iman lancar. Pembohongan apakah ini, Iman? Hatinya membentak. Serta-merta hati diserbu dengan rasa menyesal kerana tidak menceritakan hal yang sebenar.

"Kalau macam tu, kami sangat berharap maklum balas daripada Aisy Holdings sangat memberangsangkan." Ujar Saifudin dengan tenang.

"In Shaa ALLAH, tuan." Iman menyahut dengan keyakinan yang kurang. Senyuman yang diukir turut kelihatan janggal.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now