BAB 43 👑

3.3K 215 12
                                    

"Iman setuju atau....."

"Ya, Iman setuju!" Belum sempat habis ayat yang dituturkan oleh Encik Hakeem, Iman sudah memintas dengan persetujuannya. Dia bukannya excited untuk menjadi tunangan Irfan namun gerun dengan renungan Irfan yang baru sahaja bertentangan mata dengannya.

Kalau betul dia culik aku dan bawa aku ke Siam untuk kahwin, macam mana? Iman bermonolog di dalam hati. Sempat lagi dia membebel tentang kehadiran lelaki itu yang sepatutnya tidak boleh hadir ke rumah perempuan sewaktu majlis pertunangan jika diikutkan adat melayu.

"Betul ni Iman setuju?" Tanya Encik Hakeem untuk kesekian kalinya. Tidak percaya bahawa persetujuan Iman mudah sahaja untuk dicapai. Iman mengangguk laju sambil menunduk. Tidak tahan apabila Irfan berterusan merenungnya. Kecut perut tahu tak? Macam singa nak baham mangsa. Seram!

"Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu." Encik Hakeem mengucap syukur. Begitu juga ahli rombongan yang lain. Semuanya lega apabila Iman bersetuju untuk menjadi tunangan Irfan. Encik Hakeem sangat lega kerana permintaan Irfan akhirnya tertunai. Rasa bersalahnya kepada Izzaty juga semakin beransur apabila anak saudaranya itu memahami situasi mereka. Dia sangat bersyukur ke hadrat ALLAH yang Esa. Senyumnya semakin melebar. Encik Hakeem lekas memandang ke arah isterinya.

"Ain, pergilah sarungkan cincin." Arah Encik Hakeem sambil senyum bahagia kekal terukir menghiasi bibirnya. Farain menggeleng perlahan. Tangan Encik Hakeem diraih.

"Hari ni, bukan saya yang sarungkan cincin, bang. Tapi tu..." Tangannya menunjuk ke arah Izzaty yang sudah bangkit dari duduknya. Encik Hakeem mengangguk faham. Dalam hatinya berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar. Usai sahaja Izzaty berdiri, Syazana dan Puan Zaidah turut berdiri dan diikuti oleh Farain. Mereka bersama-sama melangkah dan mendekati Izzaty.

Syazana dan Farain mengambil tempat duduk disebelah Izzaty. Mungkin menjadi pengiring pihak perempuan memandangkan Iman hanya mempunyai mereka sebagai keluarga.

"Iman Hannan.." Panggil Izzaty setelah duduk bersimpuh dihadapan Iman. Senyumnya cuba diukir dengan semanis mungkin bagi menutupi hatinya yang bungkam. Dia cuba untuk mengikhlaskan segalanya. Dia cuba untuk terima kenyataan dan takdir.

Iman mendongak perlahan apabila suara yang sememangnya dirindui menyapa gegendang telinganya. Ternyata gadis itu terkejut dengan kehadiran sahabat baiknya di majlis pertunangannya itu. Iman kaku. Lidahnya kelu. Air mata bergenang ditubir matanya.

"Alhamdulillah. Kau dah jadi tunang Irfan. Tahniah." Ujar Izzaty dengan suara yang bergetar. Pedih rasa hatinya tatkala ini. Biarlah! Iman pasti lebih menderita daripada aku. Bisik Izzaty dalam hati. Dia sudah berazam untuk membahagiakan Iman pula sebagaimana sahabatnya itu berusaha keras untuk membahagiakannya sejak mereka berkenalan. Pengorbanan ini sanvat kecil jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan Iman selama ini.

"Meh tangan." Pinta Izzaty dengan lembut. Senyumnya masih terukir walaupun kelihatan canggung. Iman langsung tidak berganjak. Dia masih memandang Izzaty. Easa tidak percaya menguasai dirinya.

"Ish Iman ni." Izzaty menarik lembut tangan Iman. Selepas itu, dia mengambil cincin dari kotak baldu yang berwarna merah sebelum disarungkan ke jari manis Iman. Muat. Hati Izzaty semakin runtun. Sedih apabila terpaksa melepaskan cinta pertamanya buat orang lain. Tetapi, dia perlu tabah. Mungkin ada lagi yang terbaik buatnya.

"Tahniah again, Iman Hannan. Aku rindu kau." Tanpa teragak-agak, Izzaty terus memeluk sahabatnya. Rindu yang menggunung bercampur aduk dengan perasaan sedihnya tatkala ini. Empangan air matanya mula pecah. Izzaty menangis teresak-esak.

"Jangan... menangis.." Iman bersuara dengan tergagap-gagap. Dia membalas pelukan Izzaty dengan teragak-agak. Sebak yang berbyngkam di dada cuba dikawal.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now