BAB 31 👑

2.6K 179 30
                                    

KELUHAN kecil akhirnya terlepas dari bibirnya. Puas dia memikirkan perkara apa yang mengganggu hatinya, namun langsung dia tidak mampu mencari punca kegelisahan hatinya. Irfan menopang dagunya dihadapan tingkap biliknya. Suasana hening pada jam 6.30 pagi itu langsung tidak mampu merawat hatinya yang tidak tidak tenteram.

Adakah ini perasaan wajar sebelum berkahwin?

Oh tidak! Selalunya orang yang nak kahwin akan rasa gementar dan bahagia. Tapi dia? Kusut, gelisah dan tidak tenteram. Sepertinya ada sesuatu yang perlu dia selesaikan namun perkara itu tiada dalam kotak fikirannya. Irfan bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke katilnya.

"Arghhhhhh!" Jerit Irfan sedikit perlahan sambil mengusutkan rambutnya. Badannya dihempaskan ke atas katil dengan kasar. Dia buntu. Buntu dengan punca kegelisahan hatinya.

Apa yang buat aku tidak tenteram sebenarnya? Bisik Irfan lagi. Soalan yang sedari tadi tidak berjawab berulang lagi. Dia memandang ke arah siling. Tangannya diletakkan ke atas dada yang turun naik dengan teratur. Sedang ralit dia melihat silinh putih yang langsung tiada apa-apa itu, sesuatu terlintas difikirannya.

Cempaka Angsana!

Matanya terus terbuntang luas. Lekas dia mengubah posisinya kepada duduk. Dia termengah-mengah seolah-olah baru sahaja menamatkan larian seratus meter. Irfan memegang dadanya. Tangkai hatinya bagaikan disentap dengan kasar.

Satu persatu kenangan bersama Cempaka bermain dimindanya. Liur diteguk perlahan. Terasa pahit apabila memikirkan gadis naif yang mungkin sedang menunggunya.

Atau lebih tepat, gadis yang menunggu dirinya untuk menunaikan janji. Irfan meneguk liur lagi. Peluh mula merenik di dahi.

"Haah. Nadim sayang Angsana. Nanti kalau saya dah ingat balik siapa saya, saya akan kahwin dengan awak."

"In shaa Allah. Kan saya dah janji dengan Angsana sesuatu. Nanti saya datang balik dan saya tunaikan in shaa Allah. Angsana jaga diri elok-elok. Jaga mak ayah, ya? Kerja elok-elok. Jangan mudah percaya orang cakap, okay?"

Mata Irfan sudah mula berkaca-kaca. Terkejut dengan janji yang telah ditaburnya, mungkin. Rasa bersalah mula menerpa dirinya. Ya, dia benar-benar bersalah tatkala ini.

Bagaimana dia boleh melupakan gadis itu sejak dia pulang ke rumahnya? Langsung tidak terlintas nama itu di dalam benaknya. Bagaimana dengan Cempaka? Adakah dia masih menunggu? Irfan menarik nafas panjang. Terasa sesak dadanya.

Cempaka seorang gadis yang naif. Dia juga seorang gadis yang lurus. Mungkinkah dia masih berharap agar aku pulang dan menunaikan janjiku? Irfan bermonolog di dalam hati. Gugur air matanya apabila perasaan bercampur aduk mula mengusi dirinya.

Irfan rasa bersalah dan menyesal. Terasa dirinya sungguh jahat apabila janji yang ditabur dimungkiri.

Ya ALLAH, apa aku harus buat? Irfan berbisik sambil menyeka airmatanya. Usai bayangan Cempaka menapak di dalam benaknya, kini bayangan Iman pula mengambil alih. Antara janji dan perasaan, yang mana harus dia dahulukan?

Jika dia memilih janji, banyak hati bakal terluka. Bukan setakat keluarganya, Iman juga pasti terluka. Bukan itu sahaja, perasaan sendiri juga pasti terluka.

Andai dia memilih meneruskan rancangan untuk berkahwin dengan Iman, pasti perasaan Cempaka yang luhur dan naif itu terluka. Gadis itu pasti kecewa dengan teruk memandangkan Irfan cinta pertamanya.

Irfan lekas bangkit. Dia mengambil beg pikulnya dan lekas dia memasukkan beberapa helai baju dan seluar. Dia harus ke Kelantan. Dia ingin memohon maaf dengan Cempaka! Rasa bersalahnya bukan kepalang. Tanpa meninggalkan sebarang nota, Irfan memulakan perjalanannya menuju ke Kelantan yang memakan masa hampir enam jam.

Antara janji dan perasaan, mana patut didahulukan?

-----

Iman menyandarkan badannya pada belakang katil. Perasaan berbelah bahagi masih bertamu di hatinya. Tempoh perkahwinannya semakin dekat. Esok, dia bakal menginap di rumah Puan Zaidah kerana tiga hari lagi, majlis ijab kabul bakal dilangsungkan.

Iman takut. Namun dalam masa yang sama, dia gementar dan bahagia. Sedikit perasaan terbelah bahagi juga terselit. Pesanan Irfan terngiang-ngiang ditelinganya. Benar kata Irfan, mereka sudah melangkah sejauh ini, kenapa ingin berpatah balik?

Adakah dia patut teruskan melangkah?

Mungkin dia patut teruskan memandangkan langkah yang di atur sudah terlalu jauh dari garisan permulaan. Sedikit sebanyak perasaannya sudah beransur lega.

Namun apabila memikirkan Izzaty, dia kembali takut. Dia bimbang sahabat baiknya terluka. Ahhh! Apa aku harus aku buat? Adakah dia patut berbincang dengan Irfan sebelum semuanya terlambat?

My Lovely Tunang 💕

Fan. Aku nak bincang something dengan kau.

Pesanan Whatsapp dihantar. Single tick. Hal itu menandakan Irfan tidak online. Haih, ke mana mamat ni? Terus dia meletakkan telefonnya ke tepi. Dia bangkit dari katil dan mula menapak turun ke bawah.

"Cempaka tengok cerita apa?" Soal Iman saat matanua terpandang kelibat Cempaka yang sedang ralit melihat cerita di kaca televisyen. Senyumnya terukir di bibir lalu dia melabuhkan punggungnya disebelah Cempaka.

"Tak tahulah tajuk cerita ni. Tapi best! Kawan dia jahat sebab rampas kekasih kawan sendiri." Dup! Iman tersentak. Adakah itu aku? Matanya terkebil-kebil memandang kaca televisyen di hadapannya. Perasaan sebentar tadi mula bertandang kembali. Iman meraup wajahnya. Hanya bunyi dari televisyen membuatkan keadaan di situ sedikit bising.

"Cempaka..." Iman memanggil Cempaka. Mata gadis itu yang melekap di kaca televisyen terus teralih ke arahnya.

"Cempaka tahu kan, tiga hari lagi akak dah nak kahwin?" Soal Iman dengan berat hati. Cempaka mengangguk laju.

"Esok akak kena balik rumah mak akak. Cempaka okay duduk rumah ni seorang diri atau Cempaka nak ikut akak balik rumah mak akak?" Iman menyoal lagi.

"Takpe. Orang duduk rumah ni." Cempaka sengih. Sebenarnya di benaknya pada masa ini hanyalah ingin pulang ke rumahnya.

"Lepas je akak kahwin, akak hantar Cempaka balik rumah Cempaka." Sambung Iman lagi. Kepala Cempaka di usap perlahan. Cempaka mengangguk lagi. Seronok apabila Iman akan menghantarnya pulang. Rindunya kepada mak dan ayahnya sudah menggunung.

"Terima kasih akak. Orang sayang akak." Badan Iman dipeluk oleh Cempaka. Iman hanya mampu membalas pelukan gadis itu. Senyumnya ditayang walaupun ribut taufan melanda hatinya.

ALL RIGHTS RESERVED BY RealStarlight.
FP- BAB 31.
10/05/2017.

Sorry terpendek 😛 How? Okay, mulai hari ini, patutkah saya hapdate setiap hari? Kalau setuju, katakan setuju wahai moonlights 😙

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now