BAB 17👑

3.2K 231 42
                                    

Irfan mengeluh lega. Sekurang-kurangnya ALLAH masih memberi kesempatan buatnya untuk kembali menemui keluarganya. Sungguh, dia sangat bersyukur dengan ketentuan ILAHI.

Teringat kembali hujanan soalan daripada dan abangnya. Tidak kurang juga dari Syazana dan Farain. Semuanya melemparkan soalan yang sudah dijangka.

"Fan pergi mana selama ni?"

"Fan ada kat sebuah kampung di Kelantan."

"Kenapa sekarang baru Fan balik?"

"Fan hilang ingatan. Minggu lepas baru Fan ingat balik."

"Ya ALLAH.. Fan dah okay ke sekarang?"

"Alhamdulillah. Fan sihat je selain hilang ingatan hari tu."

"Kat sana takde tv ke? Surat khabar?"

"Kat kampung tu kecil sangat. Takde kemudahan macam telefon, tv. Hidup diorang pun hanya jadi nelayan. Surat khabar payah nak jumpa. Tu yang diorang susah nak dapat maklumat."

Setelah bersoal jawab dengan lebih lanjut, akhirnya Encik Hakeem dan yang lain berpuas hati. Irfan dibawa ke pejabat polis untuk membuat laporan.

Kesnya bukan kes mudah. Kes yang sangat rumit. Orang yang dianggap mati, kembali pulang ke rumah. Kes yang rare, bukan? Beberapa hari jugalah dia berulang alik ke mahkamah dan pejabat pendaftaran negara untuk mengembalikan dokumen pengenalannya.

Ting!

Telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk ke dalam inbox whatsappnya. Terus sahaja dia membuka aplikasi itu.

ImanHulk 👻

Fan...

IrfanAisy_

Pehal?

ImanHulk 👻

T 😭😭

IrfanAisy_

Ya Allah. Kenapa dengan T? Asal ni, Man?

ImanHulk 👻

T.....

Belum sempat Irfan membaca keseluruhan pesanan Whatsapp daripada Iman, dia menerima panggilan daripada Syazana.

"Waalaikumussalam, kak Ana. Apa? Ya ALLAH." Irfan meraup wajahnya dengan kasar. Berita yang diterimanya sungguh mengejutkan.

"Okay Kak Ana, in shaa ALLAH, Fan dengan Iman cuba." Sahut Irfan. Di dalam hatinya mengucap panjang. Perbualannya dengan Iman dibuka kembali.

ImanHulk 👻

T hantar satu Whatsapp kat kak Ana. Jap. Aku copy jap.

IzzatyIris: Assalamualaikum kak Ana. Dengan kak Ana je, T mampu luah semua ni. T masih takleh move on dengan kepergian Irfan. T sayang Irfan sangat. T tak boleh lupakan dia. Bila ada dengan di samping Kak Ana, Iman, abang Aisy, T masih dapat rasa keberadaan Irfan. T tak kuat. T perlukan ketenangan. T sangat perlukan ruang. T harap sangat, kak Ana sampaikan kepada semua, jangan contact T. Kalau contact pun, selepas ni T tukar number. Harap semua dalam keadaan sihat. Jangan risaukan T.

ImanHulk 👻

Tu mesej yang kak Ana hantar kat aku. Kak Ana copy sebijik apa yang T hantar kat dia dan hantar kat aku.

Masalah ni hanya aku, kau, Kak Ana dan Abang Aisy je yang tahu. Mungkin kak Nadh jugak tahu.

Tapi kak Nadh dengan abang Aisy mungkin tahu T hanya perlukan ruang untuk bersendirian.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now