BAB 24 👑

3K 221 53
                                    

IMAN duduk bersimpuh di dalam sebuah bilik yang dihias cantik. Hari ini merupakan hari bersejarah dalam hidupnya. Dia akan ditunangkan dengan sahabat baiknya sendiri merangkap orang disukai oleh sahabat baiknya juga. Setelah seminggu memberi jawapan, akhirnya hari ini, dia akan menjadi tunangan Irfan Aisy bin Hakeem. Majlis pertunangan yang simple sahaja diadakan di rumah Aisy dan Syazana memandangkan Iman tiada saudara mara. Mereka sahaja lah yang menjadi saudaranya. Sengaja Iman memilih rumah Aisy dan Syazana agar tidak menyusahkan keluarga Izzaty walaupun mereka merupakan keluarga angkatnya.

"Assalamualaikum Iman." Farain menapak masuk ke dalam bilik yang di diami oleh Iman. Segera Iman mendongak. Farain senyum sahaja. Faham benar dengan perasaan yang dialami oleh gadis itu tatkala memandang wajahnya yang pucat. Gemuruh kot.

"Waalaikumussalam auntie Farain." Sahut Iman. Kedatangan Farain diiringi oleh Syazana dan ibu kepada Izzaty.

"Cantik Imam hari ni." Puji ibu Izzaty dengan ikhlas. Wanita itu sudah menganggap Iman seperti anaknya sendiri walaupun Iman hanya anak angkatnya. Dia menjaga Iman sebaik mungkin. Puan Zaidah mengambil tempat disebelah Iman manakala Farain mengambil tempat duduk di hadapan Iman. Syazana pula melabuhkan punggung di sebelah Farain.

"Hari ini, Iman akan jadi tunang Irfan. Alhamdulillah, ALLAH mempermudahkan segalanya." Tangan Iman digenggam lembut oleh Farain sebelum jari Iman diaarungkan dengan cincin emas yang bertatahkan sebutir permata. Sangat cantik apabila berada di tangan gadis itu.

Usai sahaja cincin disarungkan ke tangannya, Iman menyalami tangan Farain, Puan Zaidah dan seterusnya tangan Syazana. Air matanya tidak mampu dibendung lagi. Itu bukan air mata bahagia, tapi air mata bersalah. Iman bersalah dengan Izzaty. Sesak dadanya apabila memikirkan Izzaty.

Bagaimana perasaan gadis itu andai dia mengetahui kawan baiknya sudah menjadi tunangan orang yang dia suka?

"Shhhhh. Jangan menangis, ya. Iman dah jadi tunangan orang." Farain memeluk Iman menenangkan gadis itu. Dia senyum bahagia apabila tersalah tafsir dengan tangisan Iman. Farain fikir itu adalah tangisan bahagia. Begitu juga dengan Puan Zaidah. Dia mengusap bahu Iman.

"Tahniah anak mama." Puan Zaidah yang seterusnya mengambil alih untuk memeluk Iman. Pipi Iman dikucup penuh kasih. Lagilah Iman rasa bersalah. Air matanya semakin laju mengalir.

Kenapa dia harus membalas kebaikan orang dengan penderitaan? Mama pasti sedih apabila dia tahu aku merampas orang yang T suka. Iman bermonolog panjang. Air matanya bercucuran turun.

"Iman..." Setelah Puan Zaidah dan Farain menapak keluar dari bilik itu, segera Syazana mendekati Iman. Bahu Iman dipaut dan dibawakan gadis itu ke dalam pelukannya.

"Iman jangan macam ni." Seolah mengerti dengan perasaan sebenar Iman, Syazana cuba menenangkan Iman.

"Mesti T sedih nanti...." Luah Iman.

"No. No. T seorang kawan yang supportive. Mesti dia support Iman punya decision." Pujuk Syazana. Belakang badan Iman diusap perlahan. Cuba menyalurkan ketenangan buat gadis itu.

"Tapi mesti T menderita, kan? Dia sayangkan Irfan." Adu  Iman lagi. Dia membalas pelukan Syazana. Tangisannya mula teresak-esak.

"Shhhhhh. Jangan fikir benda yang tak jadi lagi. In shaa ALLAH, ALLAH mempermudahkan segalanya. Don't cry, ya? Akak keluar jap, okay?" Iman mengangguk sahaja. Syazana menapak keluar meninggalkan Iman bersendirian. Iman memeluk lututnya. Keadaan ini sukar buatnya.

Semuanya bermula dengan kehilangan Irfan. Dari saat itu, dia sudah melalui saat getir bersama sahabat baiknya apabila Irfan yakni sahabat baik mereka disahkan hilang dan meninggal dunia.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ