BAB 47 👑

4.6K 231 35
                                    

"IRFAN..." Iman mencuit bahu Irfan yang sedang ralit menonton televisyen.

"No." Tanpa menoleh, Irfan menjawab dengan tegas. Iman sudah mencebik. Sedih kerana permintaannya sejak semalam hanya ditolak mentah-mentah. Dari semalam, Irfan asyik membantah sahaja.

"Please..." Pintanya lagi.

"Still no!" Suara Irfan sudah meninggi. Tubir mata Iman sudah bergenang dengan air mata. Gadis itu mengeluh lemah sebelum menapak meninggalkan Irfan diruang tamu. Kononnya membawa hati yang lara. Dia sudah memohon cuti untuk aktiviti itu. Cutinya pun sudah diluluskan. Irfan pula yang tidak mengizinkannya.

Haih! Apalah nasib. Iman mendaki tangga dengan longlai. Air matanya mula mengalir dipipi. Bukan bermaksud dia cengeng tetapi dia kecewa kerana sudah lama dia merancang hal ini. Tetapi Irfan pula yang menjadi penghalang.

Kenapa aku dapat singa ni? Singa tapi cengeng! Dahlah kuat membebel. Tak sweet langsung. Bebel Iman dalam hati. Bukan dia bermaksud untuk mengutuk suaminya itu, tetapi itulah yang terlintas di benaknya sekarang.

Tengok Izzaty dapat foreigner. Handsome pulak tu. Jeffrey apa nama dia? Dahlah baik. Tengok Cempaka, Warren dia dapat. Dahlah handsome!

Kenapa aku boleh singa ni? Penulis tukar tajuk, please. Tukar jadi Singa tapi Cengeng! Irfan bukan flower prince dah. Sambung Iman lagi. Air mata yang membasahi pipi dikesat kasar menggunakan hujung bajunya. Pintu bilik ditolak perlahan sebelum dia menapak masuk ke dalam bilik itu.

"Sedih tau!" Iman meluahkan perasaannya. Dia merebahkan badannya dan wajahnya ditekup dengan bantal. Hatinya sebal. Sedang asyik dia menangisi nasibnya, bantal yang berada diwajahnya tiba-tiba terangkat.

"Alololo. Menangis ke?" Suara Irfan menyapa gegendang telinganya. Dia mencebik lalu mengiring membelakangi Irfan. Acah merajuk!

"Iman..." Irfan menyentuh bahu Iman dengan lembut.

"Don't touch me!" Marah Iman. Irfan tahan ketawa. Lawak melihat Iman yang sedang merajuk itu.

"Kau fikir, kalau kau menangis macam ni, aku benarkan kau pergi Kelantan seorang diri?" Irfan menyindir Iman. Sengaja untuk membiarkan hati gadis itu lebih mendidih.

"Suka hatilah." Sahut Iman. Bantal yang berada disebelahnya diambil lalu dia menekup wajahnya kembali. Masih melayan rajuknya barangkali. Irfan melabuhkan punggungnya dibirai katil.

"Honey..." Panggil Irfan.

Senyap. Iman masih tidak menjawab.

"Honey bunny.." Panggil Irfan lagi.

Juga senyap.

"Kau nak aku kiss kau ke?" Irfan mula mengugut. Tahu sangat bahawa Iman cukup takut jika diugut olehnya. Tidak sampai sesaat Iman merengus geram. Dia bangkit sambil melemparkan bantal itu secara membuta tuli. Tanpa disengajakan, bantal itu terkena muka Irfan.

Iman meneguk liur. Sungguh! Wajah Irfan tatkala ini sangat menyeramkan. Saat Irfan merenungnya tajam, Iman hanya mampu menyengih. Tangisnya berhenti serta merta. Perutnya kecut.

"Sorry.." Pinta Iman. Liurnya diteguk sekali lagi.

"Errr. Sakit eh?" Iman bertanya lagi apabila wajah Iman kelihatan memerah. Sebenarnya dia bingung. Sakit atau bengang? Iman menggigit bibirnya.

"Maaf.. Aku tak sengaja buat kau macam ni. Aku tak sengaja." Iman lekas mengusap pipi Irfan yang ketara merahnya denga  kalut. Jantungnya berdegup kencang. Takut weh! Bimbang singa itu kembali mengaum. Irfan melarikan anak matanya daripada terus memandang Irfan. Nyaris sahaja ketawanya terhambur saat ini.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now