BAB 12 👑

2.7K 220 14
                                    

IMAN menapak secara perlahan meninggalkan perkarangan KLIA2. Pemergian Izzaty sepertinya membawa separuh semangatnya. Longlai setiap langkahnya. Semakin lama, tubir matanya semakin digenangi dengan air mata.

"Nah! Kau dah lama kan nak pandu kereta aku? Hari ni, lepas aku pergi, aku amanahkan kau untuk pandu kereta aku. Jaga elok-elok. Buat macam kereta kau sendiri." Masih terlayar bagaimana Izzaty menyerahkan kunci kereta Myvi purple miliknya. Walaupun dengan senyuman yang terukir dibibir, Iman tahu, Izzaty pasti sedih.

Setitis demi setitis mutiara jernih mula membasahi pipi Iman. Kakinya yang sedari tadi longlai seakan tidak lagi mampu untuk menampung berat badannya. Nasib sahaja dia sudah berada di hadapan Myvi purple itu. Segera punat kunci ditekan dan dia meloloskan diri ke dalam kenderaan itu. Pintu ditarik perlahan dan segera dia mengunci kenderaan itu.

"Iman, kalau aku panggil kau Hannan macam mana?" Kedengaran suara Irfan seakan bertanya kepadanya. Masih segar di mindanya setiap kenangannya tatkala bersama Irfan dan Izzaty.

"Takde masalah. Nama aku jugak." Jawab Iman acuh tak acuh. Muka toyanya ditayang.

"Tak sesuailah, Fan. Kau tengoklah. Iman tu brutal. Tak sesuai dengan nama Hannan. Aku rasa Hannan sinonim dengan wanita ayu, manja, lembut, sopan dan santun." Sambung Izzaty pula.

"Haah. Betullah apa yang kau cakap, T." Irfan menyokong. Terus sahaja letusan tawanya bergema dek imaginasinya berkaitan Iman dengan karakter lembut, sopan dan ayu sangat kelakar. Kontras!

"Eh, suka hati koranglah. Aku yakin dengan diri aku sendiri. Aku tahu diri aku istimewa." Iman acah flip tudungnya. Muka ada-aku-kisah ditayangkan. Malas untuk berbalah dengan dua makhluk di hadapan.

"Kau terlalu istimewa. Kasih dan sayang mu terpancar...." Tiba-tiba radia berkumandang dengan lagu Adibah Noor.

"Look! Adibah Noor pun cakap aku istimewa." Iman menjungkitkan keningnya. Dia bangga. Background song sangat bertepatan. Hal itu mengundang tawa Irfan dan Izzaty.

"Apa-apa ajelah sewel!" Irfan masih dengan sisa tawanya menarik handbreak. Mereka sudah sampai ke destinasi.

"Kalau aku sewel, korang yang kawan dengan aku pun sama sewel dengan aku." Iman membuka pintu kereta. Lekas dia menjelirkan lidahnya ke arah Izzaty dan Irfan sambil mengundur. Natijahnya, dia tersadung batu dan jatuh terduduk.

"Auhhhh." Iman mengaduh kesakitan. Tangannya tercalar dek tergeser dengan tar.

"Ya ALLAH! Iman!" Belum sempat Izzaty menutup pintu kereta, matanya terbuntang memandang ke arah Iman yang sudah terduduk. Segera dia menghampiri gadis itu.

"Sakit tak?" Soal Izzaty.

"Sakit..." Ujar Iman sambil tayang muka kesian sambil menayangkan tangannya ke arah Izzaty. Padahal tangannya takdelah sakit sangat berbanding punggungnya yang terpaksa meresap hentakan tanpa diduga. Izzaty menarik tangan Iman. Lekas dia membersihkan angan sahabatnya itu.

"Sakit lagi?" Iman mengangguk. Mengada. Izzaty bertindak meniup tapak tangan Iman dengan lembut. Comel je. Macam kakak sedang meredakan kesakitan adiknya. Irfan hanya memandang dengan senyuman dari jauh.

"Udah-udah ler. Kelas lagi sepuluh minit dah nak mula." Irfan mematikan sweet moment itu. Iman mencebik. Pendengki! Kutuknya di dalam hati. Lekas dia bangkit dan berjalan laju. Ditarik lengan Izzaty agar membuntutinya.

"Tulah. Lain kali, jangan mengata aku dan T. Kan dah kena." Bisik Irfan perlahan, namun cukup didengari oleh Iman dan Izzaty. Iman mengetap bibir. Telinganya berasap. Geramnya tidak mampu dibendung lagi.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now