BAB 11👑

3.1K 236 27
                                    

Nadim ralit menatap wajah Cempaka disebalik rak yang tersusun dengan biskut 'Captain Munch'. Senyumannya terukir dan semakin lebar saat wajah polos gadis itu mencuit hatinya.

Kelihatan Cempaka sedang menekan punat-punat pada kalkulator. Mengira sesuatu, barangkali. Nadim ketawa kecil.

Cempaka Angsana. Kelihatan sangat comel tatkala ini. Setiap telatahnya membuat hati Nadim tercuit. Kenaifannya sukar ditemui dalam diri orang lain. Dia lurus. Tidak pandai menipu. Dan dia sangat jujur.

Semakin hari, Nadim semakin mengakui bahawa dia semakin menyukai Cempaka. Bukan setakat suka, tetapi jatuh cinta. Hatinya selalu berbunga tatkala bersama gadis itu.

"Nadim?" Cempaka mengerutkan dahinya apabila terlihat wajah Nadim di celah bungkusan-bungkusan biskut yang tersusun di atas rak itu.

"Ya." Sahut Nadim. Tak semenanya dia gelabah. Gabra kerana kantoi usha anak dara orang. Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki. Cempaka sedang melangkah ke arahnya. Segera Nadim bersembunyi disebalik rak yang satu lagi.

"Aik? Tadi ada kat sini. Nadim!" Panggil Cempaka lagi. Matanya melilau ke arah sekeliling. Tiada bayang Nadim terlihat di kawasan itu. Cempaka mula cuak.

"Habis tu, tadi siapa?" Cempaka menggigit bibir. Andaian pelik mula bertandang di mindanya.

"Jangan bergerak." Secara tiba-tiba ada suara kasar yang bergema di belakangnya. Mata Cempaka membulat. Segera liurnya ditelan. Penjahat! Cempaka semakin cuak. Takut menyelubungi dirinya. Betullah sangkaan aku. Bisik Cempaka dalam hati. Seperti yang di arahkan oleh 'penjahat' itu, Cemoaka sedikitpun tidak bergerak.

"Sekarang, pandang depan." Arah 'penjahat' itu lagi. Cempaka teragak-agak untuk menoleh ke hadapan. Dengan menutup mata, Cempaka menoleh ke hadapan. Air matanya sudah hampir mengalir kerana terlalu takut.

Nadim menahan tawanya. Namun, setelah melihat pipi gadis itu basah, tawanya mati. Segera dia dihambat rasa bersalah. Adakah gurauan aku keterlaluan?

Lama-kelamaan, kedengaran esakan halus milik Cempaka. Nadim semakin rasa bersalah. Wajah yang sudah dibasahi dengan air mata itu dipandang.

"Angsana..." Dia memanggil Cempaka. Nada suara 'penjahat'nya tadi sudah tidak digunakan.

"Jangan apa-apakan orang. Tolong jangan apa-apakan orang. Orang takde apa-apa kecuali maruah diri orang. Maruah ni perlu orang jaga sebab orang bawa maruah keluarga orang juga. Tolong. Jangan apa-apakan orang." Semakin gadis itu teresak-esak. Nadim terpempan.

"Orang taknak keluarga orang malu disebabkan orang. Orang taknak keluarga orang terluka sebab orang. Awak, jangan apa-apakan orang." Kini Cempaka mula berlutut. Seakan merayu kepadanya. Nadim meneguk liur. Sememangnya gurauannya pada kali ini agak keterlaluan.

"Angsana, ni Nadimlah. Saya mintak maaf. Saya hanya bergurau." Nadim juga berlutut. Dia berharap Cempaka membuka matanya, dan memandangnya.

"Nadim?" Cempaka membuka matanya.

"Ya. Saya mintak maaf. Saya tak berniat nak buat awak menangis. Niat saya nak bergurau je."

"Sampai hati awak!" Cempaka memuncung. Tiba-tiba dadanya sesak. Dirinya terasa dipermainkan. Terus dia bangkit dan kembali ke kaunter. Nadim membuntuti Cempaka.

"Angsana..."

"Angsana..."

"Saya mintak maaf." Panggilan demi panggilan tidak dihiraukan oleh Cempaka. Dia sibuk mengemas kaunter itu kerana jam sudah hampir menunjukkan jam 6 petang. Shifnya pada hari ni sudah hampir tamat. Selepas maghrib, Uncle Lee sendiri yang akan mengambil alih tugasnya untuk menjaga kedai ini.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now