BAB 22 👑

2.8K 200 34
                                    

Iman merenung ke luar tingkap kereta. Hujan yang lebat membasahi bumi menyebabkan gadis itu memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia jenis manusia yang sedikit rabun. Dalam hujan lebat, dia tidak berani memandu. Iman lebih rela berhenti dan menunggu hujan reda.

Tiba-tiba Iman mengeluh perlahan. Tempoh seminggu yang dia minta tingga sehari sahaja lagi sebelum tiba kepada pengakhirannya. Kini, gadis itu dilanda dilema. Dia tidak pasti untuk memberi keputusan yang dia inginkan. Hatinya berbolak-balik.

Bagaimana dia akan survive esok? Iman memicit kepalanya yang sedikit berdenyut. Kesudahannya empangan air matanya pecah lagi. Dia bingung. Masalah ini sungguh berat baginya.

Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Dia serba salah. Setiap hari dia tidak lupa berdoa agar ALLAH menunjukkan jalan yang benar buatnya. Dia tiada sesiapa lagi untuk bersandar selain ALLAH. Masalahnya hanya diadukan kepada ALLAH.

Iman menangis dengan teruk. Sejak terjebak dengan masalah ini, dia menangis dengan lebih kerap. Entah hilang ke mana sifat kerasnya digantikan dengan Iman yang mudah menangis. Hatinya mudah rapuh tatkala ini.

Dia terpaksa memilih antara persahabatan dan cinta.

Jika dipilih persahabatan, dirinya akan merana. Namun dia rela merana jika sahabatnya bahagia. Andai cinta dipilih, sudah tentu banyak pihak yang bakal merana terutama sahabat baiknya sendiri.

Ya ALLAH, bantulah hamba-MU. Iman berdoa dalam hati. Disebabkan tangisannya, kepalanya berdenyut dengan lebih kuat. Mungkin disebabkan faktor kekurangan tidur juga, kepalanya bertambah berdenyut sehingga memaksanya untuk memejamkan mata.

"ALLAHU.." Iman memegang kepalanya saat dia membuka mata. Terasa seperti dunianya berpusing. Matanya berpinar. Segera dia memjamkan kembali matanya. Berharap pening hilang.

Suasana yang sunyi tiba-tiba diganggu oleh bunyi deringan telefonnya. Iman menggagau telefonnya yang berada di dalam beg. Segera dia menjawab panggilan itu.

"Waalaikumussalam."

"Aku okay. Betul, aku tak bohong. Aku okay."

Suasana sepi seketika. Saat itu, Iman tidak mampu lagi menahan pening kepalanya.

"Aku perlukan kau. Kau kat mana?" Segera dia beralah dengan egonya. Bantuan dipinta.

"Aku tak dapat bawak kereta. Aku pening." Jawab Iman dengan lemah.

"Aku tak tahu aku kat mana, tapi aku yakin, aku guna jalan biasa je nak balik rumah kolej."

"Ya. Terima kasih." Iman melepaskan genggama telefonnya. Dia tidak mampu membendung kesakitan itu lagi. Dia ingin tidur bagi mengurangkan pening kepalanya.

----

"Iman!" Irfan yang baru sahaja tiba di lokasi lekas sahaja mengetuk cermin kereta Myvi ungu itu. Perasaan risaunya membuak-buak. Usai sahaja Iman memutuskan talian sebentar tadi, lekas dia memandu untuk mencari Iman. Tanpa bersusah payah mengesan lokasi, dia berjaya menemui kereta yang dipandu oleh Iman.

"Iman Hannan, bukak pintu ni!" Irfan mengetuk pintu bilik itu dengan lebih kuat agar Iman tersedar dari lenanya. Namun Iman masih lagi tidak menyedarkan dirinya. Irfan menggigit bibir. Penumbuknya dikepal.

"Apa yang aku kena buat ni?" Otaknya dikerah agar idea dapat dijana. Dia memandang ke arah sekeliling. Matanya melilau mencari objek yang boleh membantunya membuka pintu kereta itu. Sesaat kemudian, matanya tertancap ke arah batu yang sebesar penumbuknya. Segera diambil batu itu dan dia beralih ke pintu kereta penumpang yang bersebelah dengan pemandu.

"Bismillahirrahmanirrahim." Dengan lafaz basmallah, Irfan menghentakkan batu itu ke arah cermin kereta Myvi itu. Disebabkan cermin kereta itu keras, masa yang diambil agak lama untuk memecahkannya. Iman masih tidak sedarkan diri walaupun bunyi hentakan agak kuat. Pengsankah?

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now