BAB 39 👑

3K 209 17
                                    

IMAN mundar-mandir di dalam bilik kerjanya. Sejak lima minit yang lalu, kakinya tidak habis-habis melangkah ulang alik dari satu sudut bilik itu ke satu sudut yang lain. Mindanya jauh melayang. Langsung tidak bersama tatkala ini.

Sesungguhnya hati gadis ini runsing. Runsing dengan perkembangan projek yang bergerak terlalu perlahan. Langsung tidak seperti yang dirancangkan. Sesungguhnya dia tidak ingin berlaku sebarang kerugian untuk projek yang dikendalikan ini.

Iman tidak ingin menyusahkan orang lain seandainya projek ini menyebabkan Khalifah Holdings mengalami kerugian yang besar. Tentu sekali bos-bos besarnya pasti ditimpa kesusahan untuk membayar kerugian tersebut. Tambahan lagi, pemegang sher untuk projek ini juga pasti susah hati andainya projek ini gagal. Apatah lagi pekerja-pekerja yang turut sama berusaha untuk menjayakan projek besar pada kali ini.

Menurut bosnya, projek kali ini merupakam peluang paling besar untuk mereka mencipta nama di persada dunia. Iman buntu. Kepalanya kusut. Ya ALLAH, bantulah aku. Permudahkanlah urusanku. Jangan Kau sulitkannya, ya ALLAH. Doa Iman tak habis-habis.

Penat berulang-alik sedar tadi, Iman segera melabuhkan punggungnya. Kepalanya sedikit berdenyut. Iman bimbang. Dia bimbang dirinya pengsan memandangkan dia disahkan menghidap penyakit tekanan darah rendah. Tidak boleh terlalu stress dan tidak boleh kekurangan tidur itu pantang larang untuknya.

Matanya dipejam seketika. Kepalanya diletakkan ke atas meja. Dunia sekeliling yang berpusing cuba diabaikan.

"Fikir elok-elok, ya? Aku tahu kau tak nak orang lain susah sebab kau, kan?" Mata Iman terbuka dengan luas saat suara itu terngiang-ngiang ditelinganya. Empunya suara juga terlayar di mindanya. Iman mengeluh. Sedaya upaya dia tidak ingin menerima cadangan bodoh milik Irfan, namun pada saat ini, hanya cara itu yang terbentang luas buatnya.

Dahlah semua ini berlaku sebab mamat tu! Bentak Iman di dalam hati. Bibirnya digigit perlahan. Butang interkom ditekan dengan tidak bermaya. Dia cuba menghubungi setiausahanya.

"Alya, call wakil Aisy Holdings, Encik Irfan Aisy. Saya ingin bincang sesuatu dengan dia." Iman memaklumkan hal itu kepada Alya. Beberapa minit selepas itu, Alya menapak masuk ke dalam biliknya.

"Dah call?"

"Belum." Jawab Alya sepatah. Iman menepuk dahinya. Dunia sekeliling yang berpusing diabaikan lagi. Dia perlu kuat.

"Call sekarang. Maklumkan bahawa saya nak jumpa dia lepas lunch hari ni kat Hotel Grand." Arah Iman dengan lengkap. Sebolehnya, dia ingin menemui lelaki itu secepatnya.

"Baik, cik." Alya akur. Namun sebelum sempat dia melangkah keluar, Alya kembali menapak ke dalam bilik Iman.

"Cik Iman okay tak?" Tanya Alya dengan risau. Bukan dia tidak nampak wajah Iman yang pucat itu. Dia risaukan kesihatan bosnya itu.

"In shaa ALLAH, saya okay. Segerakan apa yang saya arahkan."

"Baik, cik." Alya menapak keluar. Iman mengeluh lega. Lekas sahaja dia meletakkan kepalanya di atas meja. Dia ingin berehat buat seketika. Kepalanya terlalu pening.

-------

"Kenapa nak jumpa saya, Cik Iman?" Iman yang sedang memicit kepalanya yang masih berdenyut itu lekas sahaja mendongak apabila suara Irfan menyapa gegendang telinganya.

"Duduklah dulu." Gumam Iman. Dia memejamkan matanya lama. Nafasnya ditarik perlahan sebelum menghembuskamnya serentak dengan membuka mata.

"Kenapa?"

"Its a deal." Tetiba Iman menyuarakan apa yang berbuku di hatinya.

"Deal? Apa yang deal ni?" Tanya Irfan sambil mengerutkan dahinya. Blur. Dia memandang seraut wajah manis dihadapannya itu. Lekas kerutan di dahi Irfan terlakar. Wajah pucat Iman menimbulkan seribu tanda tanya buatnya.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now