BAB 26 👑

2.8K 211 17
                                    

"Maafkan orang mak. Orang buat semua ni untuk cari kepastian." Cempaka lekas sahaja menggalas beg yang berisi pakaiannya. Sebelum azan subuh berkumandang, Cempaka memulakan langkah pertamanya untuk keluar dari rumah itu. Sejak dua minggu yang lepas, kekuatannya telah banyak dikumpul. Dia telah berfikir semasak mungkin.

Cempaka hanya memerlukan kepastian daripada lelaki itu. Andai lelaki itu sudah tidak menginginkannya, dia pasrah. Hanya kepastian yang dia cari. Dengan berjalan kaki, Cempaka menyelusuri jalan yang gelap menuju ke jalan besar.

Dia perlu mencari teksi untuk ke stesen bas yang berada di pekan. Hampir lima belas minit menunggu, akhirnya sebuah kereta tiba-tiba berhenti di bahu jalan yang berdekatan dengannya.

"Hah anak nak pergi mana pagi-pagi?" Seorang pakcik yang lengkap berserban menyoalnya. Mungkin nak ke masjid. Fikir Cempaka.

"Orang nak ke stesen bas. Nak pergi Kuala Lumpur." Jawab Cempaka dengan jujur.

"Oh yeke? Kebetulan pak cik pun nak pergi masjid kat pekan. Marilah. Pak cik tumpangkan." Saat dipelawa, mata cempaka bersinar-sinar. Terus sahaja dia mengangguk dan mula menapak masuk ke dalam kereta itu.

"Terima kasih, pak cik." Ucap Cempaka dengan ceria. Dia bersyukur kerana ada juga orang yabg ingin menumpangkannya. Dia perlu keluar dari kampung ini sebelum matahari menerangi bumi. Tidak sampai sepuluh minit, Cempaka akhirnya diturunkan di stesen bas yang berada di pekan itu.

"Pak cik, berapa?" Dengan naif gadis itu bertanya.

"Tak payahlah. Pak cik ikhlas tolong. Nanti pergi Kuala Lumpur jaga diri. Tempat orang tak sama dengan tempat kita." Sempat lagi lelaki separuh abad itu berpesan sebelum keretanya meluncur pergi. Cempaka mengangguk dengan setiap bait bicara yang masih terngiang-ngiang ditelinga.

Dia sudah mengambil langkah berjaga-jaga. Nombor Mak Esah sudah dihafal begitu juga dengan nombor telefon milik Pak Yusof. Cempaka menarik nafas sedalamnya seelum melangkah ke kaunter tiket.

"Maaf, kalau nak beli tiket, beli kat sini eh?"

Tiada jawapan. Cempaka menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia melilau dari lubang yang terdapat di kaca tinted itu.

"Assalamualaikum." Kali in Cempaka mengutarakan salam pula. Dia mengetuk cermin di hadapannya. Masih tiada orang menjawab. Cempaka mengeluh. Dia mengatur langkah menuju ke tempat duduk yang berada berdekatan.

Mungkin kaunter tiket tak bukak lagi. Cempaka menyedapkan hatinya.

-----

"Hey Zaty!" Izzaty menoleh ke belakang segera apabila namanya dipanggil oleh seseorang. Terus sahaja riaknya bertukar ceria apabila melihat wajah empunya suara.

"Hey Jeff!" Sahut Izzaty sambil melebarkan senyumannya. Jeffrey lekas mendekati Izzaty.

"How was your paper?" Tanya Jeffrey. Dia merenung wajah ayu gadis dihadapannya. Entah kenapa, wajah itu sangat menarik minatnya.

"Oh. Not bad. How about yours?" Mereka jalan beriringan melalui koridor dewan peperiksan itu.

"Same goes to you. By the way, we have two paper left. Next week is semester break for a month. So, where do you wanna go?" Izzaty menggosok dagunya. Langkahnya diberhentikan.

"I'm back home, for sure." Jawab Izzaty dengan bahagia. Setelah hampir enam bulan menetap di sini tanpa menjejakkan kaki ke tanah air, rindunya terhadap keluarga dan sahabatnya semakin menggunung.

Dia ingin pulang! Dia sudah mampu untuk bertatih dan merawat lukanya. Hatinya sudah sedikit terpujuk dan dapat menerima kenyataan bahawa Irfan sudah tiada.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now