BAB 14👑

2.7K 236 43
                                    

ImanHulk👻

Video call jom, T?

Aku rindu kau 😙

IzzatyIris

Okay. Boleh je. Aku pun rindu kau.

Iman bersorak gembira. Terus sahaja dia mengubah posisinya. Dari berbaring menjadi duduk. Skrin tabletnya ditekan dan video call dimulakan.

"Assalamualaikum T!" Jerit Iman dengan kuat. Sungguh dia merindui seraut wajah itu. Sudah hampir sebulan dia tidak menatap wajah Izzaty secara live. Selama ini mereka hanya berhubung melalui whatsapp sahaja.

"Waalaikumussalam, Iman!" Sahut Izzaty di hujung talian. Wajah cerianya ditayangkan. Iman meneliti seraut wajah milik Izzaty. Cekung, kelihatan tidak bermaya dan eyebag sungguh besar dibawah matanya. Adakah Izzaty tidak sihat?

"T, kau sihat?" Soal Iman. Risau, gelisah dan bimbangnya terhadap Izzaty disembunyikan. Pun begitu, suaranya bergetar hebat saat soalan itu meluncur keluar dari mulutnya.

"Alhamdulillah, aku sihat." Tutur Izzaty. Senyum manisnya diukir. Namun riaknya kelihatan aneh. Seakan senyumannya adalah fake. Palsu semata-mata untuk mengaburi mata Izzaty. Suasana senyap seketika. Iman memerhati skrin tabletnya.

Dup! Bagaikan ingin terkeluar jantungnya saat dia terpandang sesuatu yang berada di sebelah Izzaty. Matanya membulat. Kelihatan beberapa ubat yang berada di sebelah Izzaty.

Sesak nafasnya memikirkan benda yang tidak masuk akal itu. Dia sudah tidak keruan.

"Man, kau sihat?" Lamunan Iman mati apabila dia ditegur oleh Izzaty. Iman terus sahaja mengangguk laju. Benda yang dilihatnya diabaikan sahaja. Lekas sahaja dia bersangka baik. Mungkin itu hanya gula-gula?

Mana mungkin gula-gula yang terang-terangan tertulis anti-depression? Iman meneguk liur.

"Alhamdulillah, aku sihat. Dah semakin gemuk dah sekarang. Tengok! Perut aku dah boleh buat loceng macam dalam cerita spongebob tu. Macam patrick panggil Gary guna perut dia." Sambil memegang perut, Iman bercanda. Setiap tingkah laku patrik sewaktu memanggil Gary ditiru dengan jayanya. Hasilnya, Izzaty ketawa terbahak-bahak.

Suasana kembali senyap. Janggal.

"Kau nak tahu tak? Akhirnya aku dapat menari jugak macam TWICE tu. YA ALLAH. Bangganya aku. Kau nak tengok? Jap eh." Lekas Iman memanjat turun katilnya. Tablet diambil dan diletakkan di tempat yang sedikit tinggi. Sesuai sahaja Izzaty dapat melihat keseluruhan tubuhnya, Iman mula bergerak mengikut rentak lagu Twice yakni Cheer Up.

"Cheer up baby! Cheer up baby!" Dengan riangnya dia menari mengikut rentak sebelum kenangan bersama Irfan kembali menggamit mindanya. Ya, Irfan pernah menari tarian ini. Iman memandang ke arah skrin tabletnya. Izzaty! Wajah Izzaty turut berubah.

Bodoh kau, Man! Kenapa kau tak fikir? Iman mengecam dirinya sendiri. Terus hatinya dipagut rasa bersalah yang maha hebat.

"Hebat kau, Man. Ahaha." Tawa Izzaty kelihatan tidak bermaya.

"Aku rasa tak sedap badanlah. Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Terus sahaja video call itu dimatikan sebelum Iman sempat berkata apa-apa.

"Ya ALLAH, Iman Hannan apa kau telah buat? Kenapa kau tak fikir dulu sebelum kau buat sesuatu?" Iman duduk dibirai katil. Wajahnya diraup kasar. Mulutnya terkumat-kamit melafaz zikrullah bagi menenangkan hatinya.

ImanHulk👻

T, kau okay?

Sesaat. Hanya one grey tick sahaja. Iman tahu, Izzaty offline.

ImanHulk👻

T, aku harap kau sihat. Aku mintak maaf atas salah silap aku.

Terus Iman juga offline sebelum tangannya lekas mendail nombor Nadhirah. Dia harus memberitahu kaka sulung Izzaty tentang keadaan adikny itu. Dia takut Izzaty semakin kritikal. Dia juga berura-ura ingin memberitahu Syazana. Mungkin dengan Syazana, Izzaty boleh berlembut hati.

-----

"Nadim..." Puas Cempaka memanggil lelaki itu namun sedikitpun tiada respon. Sejak dia sedar sehinggalah dia sudah pulang ke rumahnya, sedikitpun lelaki itu tidak membuka mulut. Sepatah perkataan langsung tidak didengari olehnya.

"Nadim Afham..." Panggil Cempaka lagi.

"Saya kat mana?"

"Kampung Selamat. Kenapa?" Cempaka senyum bahagia apabila Nadim bercakap dengannya. Sungguh dia bahagia. Akhirnya lelaki itu membuka mulut.

"Macam mana saya boleh balik Kuala Lumpur dari sini?" Serius Nadim bersuara. Cempaka tersentak. Kenapa dia bertanyakan tentang ibu negara Malaysia itu?

"Awak boleh naik bas ke sana." Jawab Cempaka sambil tergagap-gagap. Pelbagai persoalan tampil di mindanya.

"Boleh bawakan saya ke stesen bas? Saya nak balik rumah keluarga saya. Saya pasti mereka risau, Angsana."

Dumm! Cempaka terpempan. Nadim bakal meninggalkannya? Nadim bakal meninggalkan tempat ini? Seperti yang mak cakap? Nafas Cempaka menderu kencang. Hatinya tiba-tiba rasa sakit.

"Awak dah ingat rumah awak kat mana?" Cempaka menyoal.

"Ya, Angsana. Saya dah ingat semuanya." Jawab Nadim dengan bahagia. Senyumannya mekar terukir dibibir. Senyum Cempaka mati. Dadanya senak. Sungguh! Entah kenapa hati rasa sakit, dadanya tetiba rasa sesak.

"Pak Hamid kat mana?" Segera Nadim bertanya. Di dalam hatinya membuak kerinduan terhadap keluarganya.

"Nadim..."

"Maaf, Angsana. Saya bukan Nadim. Saya Irfan Aisy. Nama saya Irfan Aisy." Mata Cempaka berkaca.

Irfan Aisy? Nama sebenar Nadim Afham ialah Irfan Aisy? Rasa terkejutnya membuat Cempaka kaku, beku dan kelu.

"Saya pergi jumpa Pak Hamid dulu." Nadim senyum manis sebelum berlari anak menuruni tangga rumah itu menuju ke jeti.

Tak, Cempaka! Dia bukan Nadim. Dia Irfan Aisy. Cempaka jatuh terduduk. Airmatanya laju mengalir. Rasa sakit menyengat di dadanya membuatkan dia bungkam.

"Nanti kalau saya dah ingat balik saya siapa, saya akan kahwin dengan awak."

Ya ALLAH! Adakah dia akan tunaikan apa yang dia cakapkan? Atau benar seperti yang mak cakapkan?

Dia dah ada tunang? Atau dah isteri dan keluarga? Bangun, Cempaka! Dia bukan Nadim lagi. Dia dah balik kepada dirinya. Irfan Aisy.

Dia Irfan Aisy!

ALL RIGHTS RESERVED BY RealStarlight.
FP-BAB14
11/02/2017

KOMEN? Errr. Fan dah kembali. Ngehngehngeh.

Meh sis nak promote ni hah.

By; xxzainixx

Cik Tengku, Mr. Tengku.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now