BAB 5👑

4.4K 292 40
                                    

Suasana diruang tamu itu nampaknya janggal. Mak Esah masih lagi 'merawat' lelaki itu. Erangan milik lelaki itu ternyata masih lagi kedengaran. Sakit sangat ke? Seriau Cempaka dibuatnya. Dahinya berkerut empat belas lapis apabila melihat keadaan lelaki yang menggelupur di atas lantai itu.

"Hamid, rumah kau ada panadol ke?" Mak Esah menyoal Pak Hamid. Pak Hamid mengangguk laju menandakan dirumahnya ada simpanan panadol. Laju sahaja Pak Hamid menyuruh isterinya yang dikenali sebagai Mak Teh mengambil panadol itu.

"Kau nak berapa biji, Kak Esah?" Tanya Mak Teh.

"Dua biji je, Uteh." Mak Teh mengangguk laju menghulurkan dua biji panadol kepada Mak Esah. Air kosong yang memang tersedia disitu dipegang dengan tangan kanan.

"Makan ubat ni, nak." Mak Esah menyuruh lelaki itu. Namun malangnya, lelaki itu masih menggelupur menahan kesakitan. Cempaka secara tiba-tiba menghampiri Mak Esah.

"Sir, eat!" Arah Cempaka. Berharap bahasa inggerisnya dapat diproses oleh lelaki itu memandangkan dia beranggapan bahawa lelaki dihadapannya bukan berasal dari Malaysia.

"Ayah, tolong orang." Pinta Cempaka. Pak Hamid menurut. Cempaka menyuruh ayahnya memegang bahu lelaki itu dan secara kasarnya Cempaka menyumbat ubat itu ke dalam mulutnya. Belum sempat lelaki itu meluahkan ubat itu keluar, Cempaka meletakkan gelas ke bibirnya.

Nasib sahaja ubat itu sempat melalui perjalanan di kerongkong lelaki itu dengan selamat. Kalau tidak? Nauzubillahhiminzalik.

Lelaki itu terbatuk-batuk setelah selamat sahaja ubat itu masuk ke dalam tubuhnya disertalan dengan air kosong. Namun selepas itu, erangannya masih bergema.

"Cempaka, pergi ambil bantal." Arah Pak Hamid.

"Baik, ayah." Cempaka akur. Dia berlari anak mengambil bantal seperti yang disuruh oleh ayahnya.

"Hamid, aku dah bagi panadol. Nanti in shaa ALLAH, rasa sakit dia berkurang. Esok bawa dia ke klinik." Mak Esah berpesan kepada Pak Hamid. Pak Hamid mengiakan sahaja. Seraut wajahnya memaparkan kerisauan.

"Tapi Kak Esah...." Mak Teh memotong, namun renungan lembut daripada suaminya mematikan butir bcaranya yang seterusnya. Faham dengan renungan itu, Mak Teh menundukkan kepalanya.

"Mak Esah, macam mana ayah dengan mak nak bawa lelaki ni ke hospital? Kami takde kenderaan nak ke sana. Takkan ayah nak kayuh basikal ke pekan kot." Dengan lurusnya, Cempaka mengutarakan rasa yang tersemat dihatinya. Wajah Pak Hamid dan Mak Teh terus berubah. Sebenarnya, hal itulah yang menjadi kerisauan pasangan suami isteri itu.

Sempat sahaja tangan Mak Teh hinggap di peha Cempaka sehingga Cempaka mengaduh kesakitan. Lurus sehingga tak reti nak sembunyikan kesusahan yang mereka alami.

"Kalau masalah itu, kau orang jangan risau. Gunalah kereta suami aku yang satu lagi tu." Mak Esah yang seakan memahami keperitan anak beranak ni, terus sahaja menghulurkan tawaran.

"Eh tak apalah Kak Esah. Nanti jadi apa-apa kat kereta Kak Esah, susah pulak. Nanti saya bawa budak ni naik kereta tambang." Hamid menolak dengan lembut. Biarpun keluarga mereka susah, mereka tidak mahu terima tawaran orang dengan senang. Biarlah mereka berusaha walaupun dengan keras untuk mendapatkan sesuatu.

"Tak payah, Hamid. Ambil je kereta aku tu. Lagipun, kau buat kerja mulia. Nak tolong orang. Aku pun nak dapat pahala jugak." Mak Esah masih dengan tawarannya. Apabila kaitan pahala dibicarakan, Hamid hanya mengangguk lemah. Takkan dia ingin menghalang orang untuk berbuat baik?

Dalam ralit mereka berbicara, lelaki tadi sudah kembali lena. Mungkin penat bertarung dengan kesakitan.

"Aku balik dulu. Jaga budak ni elok-elok. Luka dia tu, cepat ubatkan." Mak Esah mula bangkit dari duduknya.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now